Malam nanti, footballcrazie akan naik bas balik ke Kota Bharu. Cuti dua minggu sebelum bermulanya exam. Apa pun, footballcrazie akan tetap update blog ini seperti biasa. Namun, untuk malam ini, lets the robot do its job. =)
30 June 2011
BARISAN KAKITANGAN BARU
Petang semalam, Andre Villas-Boas telah pun membuat kata putus dengan menamakan backroom staff yang bakal beliau bekerjasama untuk membimbing Chelsea pada musim depan. Terdapat tiga muka baru yang beliau bawa masuk ke Stamford Bridge iaitu Roberto Di Matteo (kedua kiri) dan menaikkan pangkat reserve coach Chelsea, Steve Holland (kedua kiri) kepada first team assistant. Jose Mario Rocha (kiri sekali) and Daniel Sousa (kanan sekali), manakala Christophe Lollichon kekal sebagai goalkeeping coach. Villas-Boas percaya gandingan mantap ini bakal menjelmakan permainan penyerang sebagaimana diamalkan di Porto pada musim lepas. Unbeaten tu, kalah rekod Manchester United. ;)
Labels:
terbaik
SAYONARA, JULIANO BELLETTI
Bekas defender Chelsea, Juliano Belletti, 34, telah mengumumkan persaraannya daripada kancah bolasepak akibat kecederaan achilles tendon yang teruk. Apa pun, terima kasih untuk bakti beliau semasa di Chelsea FC. Bersara pun tak apa, kaya dah Belletti. =)
Labels:
terima kasih
29 June 2011
LIVE UPDATED!! ( Chelsea Press Conferences ) 4.30 PM
Buat julung kalinya Andre Villas-Boas akan muncul di hadapan para wartawan tepat pada pukul 4.30 petang waktu Malaysia. Villas-Boas dijangka akan menamakan backroom staff dan perancangan beliau untuk kempen the Blues musim depan. Korang bertuah kerana footballcrazie mendapat lampu hijau daripada CFC untuk mendapatkan coverage press conferences. LOL. Sidang media ini akan bermula tepat pukul 4.30 petang nanti. So, jangan lepaskan peluang ini. =)
Abis tengok ni, pukul 7 bergerak ke Stadium Bukit Jalil menyaksikan game Malaysia vs Taiwan. Kepada sesiapa yang keliru nak laungkan chanting apa malam karang, footballcrazie dah jumpa chanting yang membolehkan seluruh skuad Taiwan termasuk backroom staff mereka lemah semangat. Check it out!
KENAPA MONYOK NI, BUCHUK ?
Apa dah jadi kepada Samir Nasri? Terbaru, Nasri kelihatan sugul ketika menggayakan jersey away the Gunners. Nasri macam tak enjoy ketika sessi penggambaran atau memang dia ni tak pandai bergambar? Macam yang kita tahu, hubungan Nasri dengan Arsene Wenger tak berapa elok. Nasri enggan sign kontrak baru bersama Arsenal. Hrm, apa perancangan Nasri? Takkan merajuk sebab nak join Manchester United kot? =)
Labels:
apa dah jadi?,
rivals
MEREPEK MACAM KEREPEK
Lagi laporan yang merepek macam kerepek bagi footballcrazie. Real Madrid meminta Neymar agar lupakan sahaja angan-angan untuk ke Santiago Bernabeu jika dia enggan memotong rambut ayam seramanya itu. Hal ini kerana, Real Madrid mahu membaiki imej Neymar dah lama tercemar akibat tindakan mamat ni yang panas baran dan ego. Insiden terbaru mamat ini ialah ketika terlibat dengan rusuhan perlawanan final Copa Libertadores, Santos vs Penarol. Sanggupkah Neymar mengorbankan rambut trademarknya demi Real Madrid?
p/s: Cuba bayangkan David Luiz buat rebonding. LOL.
Labels:
rivals,
transfer rumours
28 June 2011
CHELSEA BATALKAN PERLAWANAN DEMI BERSIH V2.0 ?
Fans Chelsea di Belanda mungkin tengah butthurt sebab Chelsea telah membatalkan perlawanan pra-musim mereka dengan Vitesse Arnhem yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai 2011. Hal ini kerana Chelsea mahu mengikuti perkembangan perhimpunan "BERSIH v2.0" yang bakal berlangsung pada tarikh tersebut. LOL. Namun, fans Chelsea di Malaysia tak perlu risau sebab perlawanan di Malaysia mengikut jadual seperti biasa. Senang cita, refer dekat background image kat belakang ni. =)
Labels:
achtung,
apa dah jadi?
DAVID DE GEA SAH SERTAI MANCHESTER UNITED
Semua fans Man Utd tahu bahawa David De Gea akan menggantikan Edwin van der Sar dengan nilai £17.8 juta di Manchester United. Meskipun baru berusia 20 tahun, dia telah menjadi kesebelasan utama untuk skuad Sir Alex Ferguson bagi musim depan. Dalam masa yang sama, Man Utd turut berjaya mendapatkan defender Blackburn, Phil Jones dan winger Aston Villa, Ashley Young. Nampaknya musim depan, memang ramai pemain muda perform untuk Man Utd. Namun, apa yang footballcrazie nak beritahu kat sini betapa noob cara mereka nak cover De Gea dari reporters. Last-last, kantoi jugak. LOL.
BETULKAH ROMAN ABRAMOVICH SEORANG PENGACAU ?
Sebelum isu ini dikupas secara lebih lanjut, jom kita tengok sejarah. Sejak 2005, enam orang manager beliau telah pecat. Manager yang hampir berjaya menghadiahkan Champions League untuk Roman Abramovich ialah Avram Grant. Malangnya, Chelsea tewas dalam sepakan penalti dalam Champions League 2008 di Moscow. Grant berkata :
"Saya telah banyak membaca berita dalam akhbar mengatakan Abramovich seorang pengacau. Hakikatnya, tidak. Beliau akan menunaikan segala permintaan manager. Lihat sahaja kemudahan di kem latihan Cobham. Ia adalah yang terbaik. Selebihnya, beliau mahukan kejayaan."
Pasal part pengorbanan Abramovich ini footballcrazie memang tak nafikan. Terbaru, Abramovich bersedia untuk mengeluarkan duit untuk membeli dua players Porto iaitu Radamel Falcao dan Joao Moutinho di atas kehendak Andre Villas-Boas. Part yang tak bestnya, beliau mahukan kejayaan dalam satu musim dan kadang-kadang suka membeli pemain yang manager rasa tidak perlu. Biasalah, orang kaya. Kalau footballcrazie kaya macam Abramovich, selamba jer tapau tiket satu stadium bagi free dekat supporters Chelsea dan Malaysia. LOL
Jadi, apa komen anda? Baik atau buruk pengaruh si Roman Abramovich ni? =)
Jadi, apa komen anda? Baik atau buruk pengaruh si Roman Abramovich ni? =)
Labels:
feedback,
terbaik,
terima kasih
LUPAKAN SAJA ALEXIS SANCHEZ
Selepas ini aku rasa Chelsea tak perlu lagi buat bid untuk mamat ni sebab Alexis Sanchez dah berterus-terang yang dia telah menolak tawaran ke Manchester City, Manchester United dan Chelsea untuk ke Barcelona. Sanchez, 22, percaya masa depan dia lagi cerah di sana. Sanchez berkata :
"Dah lama saya impikan untuk bermain di Barcelona kerana peluang untuk saya menang trofi di sana amat tinggi. Objektif saya ialah untuk menang seberapa banyak piala yang boleh."
Tengok, kalau team power senang-senang jer players serah diri. Insyaallah, Chelsea bakal menjadi gemilang dan terbilang macam Kelantan. Pelan-pelan kayuh. =)
KTBFFH
Labels:
transfer rumours
27 June 2011
DIDIER DROGBA UNTUK ARDA TURAN
Terbaru, Galatasaray akan membenarkan Arda Turan sertai Chelsea dengan tambahan £7 juta disamping Didier Drogba sebagai pertukaran pemain. Turan dianggarkan bernilai £18 juta dipasaran, manakala Drogba cuma bernilai £11 juta di mata mereka. Chelsea berkemungkinan besar akan menolak tawaran ini sebab mengecilkan kemampuan Didier Drogba. Turan, 24, merupakan peminat Liverpool. Namun, jika Guus Hiddink masuk campur, Turan mungkin akan ke Chelsea. Maklumlah, dah ada kabel besar.
Apa pun, footballcrazie tak nak rate tinggi sangat mamat ni sebab dia belum pernah perform di Premier League. Tetapi melalui videoklip kat bawah ni, footballcrazie agak terpesona dengan aksi Turan. ;p Boleh jadi playmaker Chelsea ni. Namun, korang kena fikir juga, kenapa Galatasaray nak jual mamat ni untuk dapatkan Didier Drogba? Nampak sangat Drogba lagi power di mata mereka. Jom layan videoklip mamat ni :
Labels:
terbaik,
transfer rumours
26 June 2011
£44 JUTA UNTUK JAVIER PASTORE
Pergh, harga mamat ni makin lama makin tinggi pula. Terbaru, Palermo tanpa segan-silu meletakkan tag harga semahal £44 juta untuk Javier Pastore, 22. Malah presiden Palermo, Maurizio Zamparini percaya Pastore lagi bernilai jika dibandingkan dengan bintang baru Barcelona, Alexis Sanchez. Ironiknya, setakat ini masih belum ada kelab yang cuba melakukan sebarang bidaan untuk mendapatkan mamat ini. Tu la, jual mahal sangat. Macamlah player berbakat tak boleh didapati di kelab lain. Erm, sejak Chelsea beli Torres dengan £50 juta, harga semua pemain pun dah melambung. Perlukah Chelsea mendapatkan Pastore?
Komen anda?
KTBFFH
Labels:
duit,
transfer rumours
MICHAEL EMENALO NAIK PANGKAT?
Michael Emenalo dilaporkan akan menerima kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan jawatan yang pernah disandang oleh Frank Arnesen iaitu Director of Football. Emenalo, 45, yang berasal dari Nigeria, merupakan chief scout di Stamford Bridge sebelum menjadi assistant manager pada musim lepas menggantikan Ray Wilkins yang dipecat. Tahniah kepada Emenalo. Kepada fans Chelsea yang tidak berpuas hati, janganlah korang kutuk dia, dia dapat jawatan itu dengan usaha dia sendiri. Diam tak semestinya tak buat kerja. Janganlah korang butthurt sebab dia gantikan jawatan individu yang korang respect. Be professional. =)
FRIENDLY FUTSAL (MBAS FC VS GALACTICOS FC)
Pada Jumaat lepas, 24 Jun 2011, Malaysia Blue Army Supporters (MBAS) telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama Galacticos FC. Venue futsal ini diadakan di S7 FutSaL Stadium, Lot 8097-C , Off Jalan Genting Klang, Mukim Setapak, 53300 Kuala Lumpur. Acara dimulakan tepat pada 8.30 malam sehingga 11.30 malam. Berikut merupakan coretan gambar yang sempat kami rakamkan :
Labels:
terbaik
25 June 2011
AC MILAN SEDIA MEMBELI 5 PEMAIN CHELSEA
Pergh, skali buka, nak lima pemain Chelsea terus. Itu yang berlaku kepada AC Milan. AC Milan telah menyenaraikan lapan nama sebagai target players untuk shopping list mereka dan lima nama daripada lapan nama itu ialah pemain Chelsea . Antara nama-nama pemain Chelsea yang mereka senaraikan ialah Didier Drogba, Nicolas Anelka, Salomon Kalou, Michael Essien dan Alex.
Bagi aku, Alex, Essien dan Drogba memang tak dapatlah. =p
Labels:
transfer rumours
VIDEO PENUH TEMUBUAL BERSAMA ANDRE VILLAS-BOAS
Bagi sesiapa yang nak tengok interview long version, layan.. Dalam ni juga korang boleh belajar cara nak sebut nama manager Chelsea yang baru ni. LOL =)
Labels:
terbaik
TAWARAN HEBAT £26.5 JUTA
Chelsea kini semakin hampir untuk mengikat strikers Porto, Radamel Falcao, dengan harga £26.5 juta selepas Falcao bersetuju dengan kontrak bernilai £5 juta setahun untuk beliau. Sebelum ini Porto meletakkan tag harga £35 juta tetapi oleh kerana mahukan dana untuk pembangunan Porto, mereka sudi membuat potongan harga kepada Chelsea asalkan urusan ini berhasil. Pada musim lepas, Falcao telah menghasilkan 39 gol untuk Porto berbanding si Ashley Young yang konon-kononnya Gigs alaf baru. LOL. Falcao dijangka akan menjadi pemain Chelsea secara rasmi pada 1 Julai nanti. Kita tunggu jer la betul ke tak rumours ni.
KTBFFH
Labels:
transfer rumours
SIAPA GURU ANDRE VILLAS-BOAS ?
Manager baru Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui beliau dan Jose Mourinho banyak terhutang budi kepada mendiang Sir Bobby Robson. FYI, Robson banyak menurunkan ilmu kepada mereka berdua. Beliau beritahu mendiang seorang coach yang tidak kedekut ilmu sama macam footballcrazie. LOL. Mendiang merupakan antara individu yang mengekick startkan karier Villas-Boas. Sir Bobby Robson meninggal pada 2009 akibat penyakit kanser hati yang dialaminya. Jadi, persoalan telah terjawab. Bukan Jose Mourinho yang menjadi guru Andre Villas-Boas. So, jangan butthurt, Mourinho. =)
Labels:
feedback
24 June 2011
JOSE MOURINHO GADUH DENGAN ANDRE VILLAS-BOAS ?
Setakat ini, Andre Villas-Boas masih tidak mendapat sebarang mesej daripada Jose Mourinho di atas perlantikan beliau menjadi manager ke-27 Chelsea. Sumber dalaman memberitahu bahawa hubungan Villas-Boas dengan Mourinho retak. Mereka juga dilaporkan tidak lagi berkawan. Mourinho tak berhubung dengan Villas-Boas semenjak Boas ambil alih Porto tahun lepas. Maybe Mourinho butthurt sebab Andre Villas-Boas tak nak stay dengan dia di Inter Milan. LOL. Sampai bila orang nak follow dia? Baos pun nak maju jugak. =)
Labels:
apa dah jadi?
RAY WILKINS MAHU ANDRE VILLAS-BOAS DIBERI PELUANG
Bekas caretaker manager Chelsea, Ray Wilkins percaya Andre Villas-Boas mampu membawa perubahan kepada Chelsea jika diberi peluang secukupnya. Wilkins, yang pernah membantu Carlo Ancelotti dipecat pada November tahun lepas, merasakan tugas getir menanti Villas-Boas di Stamford Bridge. Wilkins berkata :
"Chelsea dah banyak mendapatkan khidmat manager yang jauh lebih berumur di Stamford Bridge dan mereka tidak mampu melakukannya. Jadi, kita harus memberi semangat dan pujian kepada beliau yang sanggup menggalas tugas sukar ini. Saya nak lihat apa yang orang muda ini mampu lakukan."
Terbaik. Anggaplah ini sebagai satu cabaran buat Andre Villas-Boas sebab ramai lagi kat luar sana yang curiga tentang kebolehan beliau. Apa pun, pesanan footballcrazie buat fans Chelsea di luar sana, janganlah jadi dayus. Be true fans supporters not glory hunters. =)
Labels:
feedback
FALCAO SUDI JIKA ADA TAWARAN KE CHELSEA
Striker Porto yang hebat di udara, Radamel Falcao telah membuka pintu hati untuk berhijrah ke Chelsea mengikut jejak langkah Andre Villas-Boas. Falcao akui dia kini telah bersedia untuk bermain dalam peringkat yang lebih tinggi. Falcao berkata :
"Saya serahkan perkara ini kepada agen. Saya tak menggelabah tentang hal ini dan saya tahu nama saya menjadi sebutan dikalangan fans Chelsea. Cita-cita saya adalah untuk bekerja keras dan saya yakin saya boleh bermain di liga mencabar seperti di England. Jika Chelsea mahukan saya, mereka cuma perlu membuat rundingan."
Fuh, Falcao terang-terang bagi green light dekat Roman Abramovich. Namun, dengan harga £35 juta yang ditetapkan oleh Porto FC, sanggupkah Abramovich berbelanja untuk pemain Colombia ini? Harus diingat, strikers bersepah di Chelsea. =)
KTBFFH
Labels:
terbaik,
transfer rumours
23 June 2011
PRESIDEN PORTO REDHA
Berikutan perletakan jawatan oleh Andre Villas-Boas untuk meneruskan karier beliau di Chelsea, Presiden FC Porto, Pinto Da Costa, menafikan khabar angin yang mengatakan dia naik angin dengan Villas-Boas. Da Costa menganggap bahawa ini perkara biasa dalam bolasepak di mana manager muda seperti Villas-Boas mahu mencari pengalaman di serata tempat. Da Costa berkata :
"Kami tidak kecewa dan marah sebab bayaran pampasan telah pun kami terima. Sudah tentu Villas-Boas memainkan peranan penting untuk kejayaan Porto. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Andre Villas-Boas."
Bagus. Inilah dikatakan profesional. =)
Labels:
terbaik
£27 JUTA UNTUK DAVID LUIZ
Berita mengarut dan mencarut! Barcelona dilaporkan akan cuba membuat bidaan sebanyak £27 juta untuk mendapatkan defender Chelsea, David Luiz. Sebelum menyertai Chelsea, Luiz bermain untuk Benfica Lisbon. Chelsea membeli Luiz dengan harga £21.4 juta. Siapa sangka, Luiz begitu cepat menyesuaikan diri di Chelsea. Luiz menjaringkan dua gol daripada 12 game iaitu ketika menentang Manchester United dan Manchester City. Satu rekod yang bagus untuk seorang defender.
Barcelona mahu mencari back-up untuk kapten mereka, Carles Puyol yang sering mengalami kecederaan lutut sejak kebelakangan ini. Footballcrazie rasa simpan je lah hasrat murni Barcelona itu sebab Luiz tak akan dijual buat masa ini. =)
Labels:
transfer rumours
MESEJ PERTAMA ANDRE VILLAS-BOAS
Andre Villas-Boas memberi mesej pertama kepada seluruh fans Chelsea supaya tidak meletakkan harapan tinggi kepada beliau memandangkan beliau hanyalah insan biasa. Boas, 33, kembali ke Chelsea dengan rekod yang cemerlang iaitu menag treblebersama Porto. Beliau berkata :
"Jangan harapkan apa-apa daripada seorang individu. Saya berharap kami mampu membentuk kumpulan yang dinamik secara bersepadu dengan sokongan pemain serta penyokong."
Jom layan video pengisytiharan hari raya puasa oleh Andre Villas-Boas untuk seluruh fans the Blues:
Terbaiklah, manager dah dapat. Kali ini kita tunggu players mana pula Chelsea bakal bawa masuk nanti. =)
Labels:
terbaik
22 June 2011
PROS AND CONS
Satu topik yang amat menarik untuk dibincangkan, pros and cons. As we know, Andre Villas-Boas dah macam selangkah untuk jadi manager ke-27 Chelsea FC. Pros yang footballcrazie nampak ialah :
- Chelsea dapat manager yang awesome, smart and good looking in club's history
- Senang-senang tarik Falcao dan Joao Moutinho
- Dah boleh focus on players transfer
Manakala cons yang footballcrazie rasa Chelsea bakal tempuhi ialah :
- Sesetengah players lama mungkin butthurt sebab tak dapat beraksi
- Pemain kegemaran dijual
- Players muda berkhemah di bench
- Periuk nasi backstaff tergugat (isu bawa geng)
- Duit Roman Abramovich berkurangan sikit. LOL
Ok, itu jer la yang footballcrazie nampak. Ini pendapat peribadi. So, kalau korang nak tambah, jangan segan-segan komen yer. =)
Labels:
analisis,
transfer rumours
ANDRE VILLAS-BOAS BAWA GENG!!
Nampaknya, Chelsea dah tak perlu rasanya membeli striker atau memburu Luca Modric. Ini kerana Andre Villas-Boas sudah mempunyai calon tersendiri. Antara pemain Porto yang beliau mahu serap masuk ke Chelsea ialah tak lain dan tak bukan iaitu penyerang sensasi Colombia, Radomel Falcao, £26.5 juta dan midfielder Portugis, Joao Moutinho, £15 juta . Tak cukup dengan itu, Boas turut mahukan coaching team beliau di Porto iaitu dua orang coaching staff, seorang physical trainer dan seorang opposition scout, Jose Mario Rocha dan Daniel Sousa. Roman Abramovich wajib tunaikan permintaan beliau jika mahu mengikatnya dengan kontrak bernilai £6.2 juta semusim selama tiga tahun.
Bagi footballcrazie itu perkara biasa dalam bolasepak. Standard ah, nak bawa masuk individu yang beliau selesa bekerjasama dan faham caranya bekerja. Mungkin Boas ambil ikhtibar ketika Ancelotti bimbing Chelsea. Terkontang-kanting Chelsea masa Ray Wilkins kena sack. Lagi pun, tak perlu Boas ajar benda baru dekat players beliau nanti memandangkan pemain yang beliau nak bawa ni memang dah biasa dengan cara kendaliannya. Tentang duit? Abramovich memang tak ada masalah. Janji menang trofi Champions League musim depan. =)
Labels:
duit,
terbaik,
transfer rumours
PERLUKAH NEYMAR DI CHELSEA ???
Lagi sekali footballcrazie timbulkan persoalan ini, perlukah Neymar di Chelsea? Footballcrazie cukup menyampah dengan budak ini sebab sentiasa membuat publisiti murahan untuk sertai Chelsea. Lepas itu, cakap mahu stay di Santos. Paling tak masuk akal ialah nilai £40 juta yang ditag oleh Santos. Even Abramovich yang kaya pun tahu Neymar tak berbaloi dengan harga tersebut. Terbaru, Neymar menyindir player idola footballcrazie, Lionel Messi, dengan menyatakan bahawa dia boleh beraksi lebih bagus daripada Messi tanpa meninggalkan negaranya. Komen Neymar menimbulkan kemarahan Maradona dan menyifatkan Neymar kurang ajar seperti Pele. LOL, Pele yang tak bersalah dapat nama.
Footballcrazie tak suka Neymar sebab kurang ajar dan sikap suka 'menyelam' tak seperti Messi yang tak akan dive. Kalau Messi jatuh, fans tahu yang beliau betul-betul kena tackle. That's why footballcrazie respect Messi. Apa pun, jom layan videoklip si Neymar 'menyelam'.
Labels:
Off-topic,
transfer rumours
21 June 2011
ANDRE VILLAS-BOAS MANAGER KE-27 CHELSEA
Finally, teka-teki sudah hampir terjawab. Terbaru, pihak Porto FC telah pun menerima fax perletakan jawatan daripada wakil Villas-Boas setelah Chelsea membayar £13.2 juta kepada Porto FC. Jadi, aku berani bertaruh bahawa Andre Villas-Boas akan menjadi manager ke-27 Chelsea FC untuk pilihanraya musim ini. Apa pun, salute juga dekat Guus Hiddink yang masih pegang janji untuk meneruskan karier beliau sebagai manager Turki. Tapi, jawatan Director of Football Chelsea turut disandang oleh Guus Hiddink. Apa lagi, malam ni jom makan lamb chop dekat Riang-Riang. =)
KTBFFH
Labels:
terbaik,
transfer rumours
BEKAS KAPTEN SPURS SOKONG MODRIC
Bekas kapten Tottenham, Gary Mabbutt mahu melihat Luka Modric dijual. Mabbutt berpendapat tiada guna menyimpan pemain yang mahu berpindah untuk sertai kelab pilihannya. Mabbutt berkata :
"Pasukan yang sertai Champions League menarik minat para pemain secara global. Apabila pemain mendapat peluang untuk bermain dalam kelab yang lebih bagus serta dapat bersaing dalam peringkat Eropah, pemain mungkin akan berfikir dua kali. Tiada guna menyimpan pemain yang tidak gembira. Gunakan duit yang dibayar untuk membina pasukan."
Sejujurnya, memang footballcrazie sokong buah fikiran Mabbutt. Bukan sebab ini blog Chelsea, tetapi atas dasar kesetiaan para pemain itu sendiri. Buat apa nak simpan pemain yang hati sudah tiada di kelab? Renung-renungkan, dan selamat beramal. =D
Labels:
feedback
DANIEL LEVY SEDIA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Chelsea berkemungkinan besar akan dikenakan potongan mata sekiranya berkeras untuk memburu dan mempengaruhi Luka Modric untuk sertai the Blues. Chairman Tottenham, Daniel Levy, kini bersedia untuk membuat laporan kepada badan induk Premier League. Beliau menuduh Chelsea cuba membuat pendekatan secara haram untuk memikat Modric. FYI, Chelsea memang mempunyai sejarah buruk dalam memikat pemain yang mereka mahu. Pada 2005, Chelsea didenda £300,000 dan potongan 3 mata sebab memikat Ashley Cole secara haram daripada Arsenal.
Labels:
apa dah jadi?
ALEXIS SANCHEZ MILIK BARCELONA
Finally, Barcelona telah pun mencapai perjanjian untuk mengikat winger Udinese, Alexis Sanchez. Harga mamat ini ialah £34 juta dan akan sign kontrak pada hari ini. Adoi, Premier League hilang permata sorang ini. Harap Ryan Bertrand boleh perform pun tak apa. =)
Labels:
transfer rumours
20 June 2011
BETULKAH ANDRE VILLAS-BOAS KE CHELSEA?
Lepas buka laptop tadi, tiba-tiba famous berita tentang Andre Villas-Boas akan jadi manager ke-27 Chelsea. Persoalan footballcrazie, betulkah berita ini? Namun, setelah berita ini menjadi semakin merebak, Porto tampil dengan statement mereka. Wakil Porto FC berkata :
"Villas-Boas mempunyai harga belian berjumlah £13.2 juta. Namun, sehingga kini, pihak kami tidak mendapat sebarang bidaan daripada Chelsea."
Erm, logik juga. Kalau Chelsea nak dapatkan Boas, mesti awal-awal mereka dah bayar. Entahlah, maybe Chelsea nak pertimbangkan calon-calon lain kot. Apa pun, tak usah bimbang. Kalau ikutkan janji si CEO Chelsea, Ron Gourlay, minggu ini adalah due date untuk tentukan siapakah manager Chelsea. Harap Gourlay bukan buat janji Melayu. LOL. =p
Labels:
analisis,
transfer rumours
LIVE UPDATED!! ( Juventus vs Newcastle United ) 8:45 PM
Fuh, dah lama tak post LIVE game. Bagi siapa yang gian game persahabatan antara kelab, jangan lupa saksikan game kejap lagi di LIVE!!
Labels:
LIVE
HAPPY BIRTHDAY, FRANK LAMPARD
Happy birthday ke-33 to our midfielder, Frank Lampard. Dah tua pakcik ni. Apa pun, beliau masih power. Jom layan videoklip kat bawah yang direka oleh fans Lampard dan semestinya fans Chelsea FC.
Labels:
birthday boy
TAWARAN KE-3
Nampaknya, Chelsea betul-betul serius untuk mendapatkan Luca Modric. Terkini, Michael Essien akan dijadikan umpan untuk membida pemain Croatia tersebut. Antara pakej tawaran ke-3 Chelsea ini ialah, Essien + £28 juta = Luca Modric. Pergh, kalau betullah rumours ni, teruk macam ni sebab Essien salah seorang playmaker Chelsea. Apa pun, sentiasalah update dengan footballcrazie untuk mengetahui perkembangan terbaru. Well, it's all about Chelsea FC. =)
Labels:
transfer rumours
MICHAEL BALLACK TOLAK TAWARAN JOACHIM LOW
Michael Ballack secara selamba mengutuk manager Germany, Joachim Low dan menganggap cadangan Low sebagai satu sandiwara. Sebelum ini, footballcrazie pernah keluarkan entri tentang Low yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Ballack untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil. Sila rujuk entri : MICHAEL BALLACK BERSARA DARI AKSI KEBANGSAAN. Ballack berkata :
"Cara dia[Low], memberikan pandangan adalah satu sandiwara. Mengadakan perlawanan persahabatan yang dah lama dirancang disamping perlawanan perpisahan saya adalah satu lawak jenaka. Saya tahu saya terhutang budi dengan fans saya, namun saya tak boleh terima tawaran ini."
Nampaknya, Ballack macam touching sebab dia mahukan perlawanan perpisahan yang betul-betul khas untuknya bukan perlawanan persahabatan. LOL. Ada-ada jer si Ballack ni. Orang dah nak memudahkan kerja, dia buat perkara jadi bertambah rumit. Ronaldo selamba jer buat farewell games masa friendly match. =)
Labels:
apa dah jadi?
19 June 2011
HOT & SPICY!! £50 JUTA UNTUK SERGIO AGUERO
Roman Abramovich sekali lagi menunjukkan kecintaan beliau terhadap Chelsea FC apabila melancarkan bidaan sebanyak £50 juta untuk Sergio Aguero, 23. Jika Aguero menjadi milik Chelsea, ini menjadikan pemain kedua Chelsea dengan harga £50 juta selepas Fernando Torres. Terbaik daripada ladang. Fuh, £100 juta untuk dua striker. Nampaknya, Abramovich memang tak kedekut demi trofi Champions League. =)
Labels:
duit,
transfer rumours
MODRIC BUKAN UNTUK DIJUAL - LEVY
Nampaknya, tinggal harapan sajalah impian untuk melihat Luca Modric, 25, beraksi untuk Chelsea musim depan. Ini kerana, hasrat murni Modric untuk sertai Chelsea telah dihalang sekeras-kerasnya oleh pengerusi Tottenham sendiri, Daniel Levy. Levy berkata:
"Sekali lagi saya ingin berkeras bahawa Modric bukan untuk dijual untuk Chelsea atau mana-mana kelab. Kami bina pasukan ini daripada bawah dan tengah membangun. Kami tidak sesekali akan menjual mana-mana key players. Saya telah pun maklumkan kepada Chelsea melalui surat rasmi, namun mereka masih lagi berdegil."
Haha, Chelsea memang suka gunakan kuasa vito[duit] mereka untuk dapatkan mana-mana pemain yang mereka mahu. =)
Labels:
transfer rumours
BERITA BURUK
Selepas Modric tidak mendapat lampu hijau daripada Daniel Levy, kini Kevin De Bruyne, 19, mungkin fikir dua kali sebelum sertai Chelsea. Ini kerana dia tahu Chelsea belum tentu menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama. Mamat ni winger yang memang aku respek. Muda-muda dah power. Dia juga membantu kelab Belgium, Racing Genk untuk menang liga super di sana. LOL. De Bruyne berkata:
"Saya telah fikir tentang masa depan saya dan Chelsea adalah pasukan yang saya idamkan. Namun, apa yang penting adalah saya diturunkan. Bersama Chelsea, ia bukan satu jaminan."
Fuh, seorang lagi budak yang minat bermain di Chelsea namun demi masa depan karier bolasepaknya, dia mungkin akan tolak tawaran ke Stamford Bridge untuk bermain secara pinjaman satu musim di kelab Anderlecht sebagai pendedahan bermain di peringkat Eropah. Apa pun, jom layan video aksi De Bruyne.
Labels:
apa dah jadi?,
transfer rumours
Subscribe to:
Posts (Atom)