18 May 2010

LAMPARD & ANCELOTTI TERPEGUN ??

Cakap pun x guna, tendang pun x kena. So, krng tgk la sendiri video ni. hehehe. Footballcrazie. Well, it's all about Chelsea FC. =P

BAPA BOATENG MINTA MAAF KT BALLACK


Kali ni bapa kepada mamat kt atas ni , Kevin Prince Boateng meminta maaf kat Ballack atas kekasaran anak dia ni. Dia bgtau yg Boateng x sengaja nk cederakan Ballack. Bapa Boateng kecewa ngn terjahan keras ank dia ni. Namun, dia minta peminat jgn cepat salahkan Boateng. Seblum ni, Boateng pernah bertikam lidah ngn Ballack semasa Ballack bermain utk Bayern Munich. Pada 2006, Boateng jaringkan gol pertama utk Hertha (Berlin). Kemudian, Hertha vs Bayern Munich. Boateng bertikam lidah ngn Ballack. "Kamu baru jaring satu gol, dan kamu fikir kamu bagus", kata Ballack. Sejak hari tu, Boateng x pernah lupa kata2 Ballack. Last2, mrk jumpe plak masa perlawanan akhir FA Cup tempoh hari.

Namun bapanya bgtau yg ini bkn mmbalas dendam xpi bersaing utk dapatkan bola. Boateng memilih utk mewakili Ghana manakala adiknya, Jerome Boateng pilih utk mewakili Jerman. LOL Bapa Boateng meminta agar pihak media jgn lagakan bnda ni kat Jerome Boateng plak. hehehe

GERRARD PILIH JOE COLE


Jgn keliru tajuk entri kat atas. hehehe Ni bkn ttg kelab xpi utk skuad England. Gerrard bgtau kt media yg Capello harus ambik Joe Cole utk beraksi di saingan Piala Dunia krn Joe Cole ni mmpunyai skill yg terbaik dari ladang. Malah Gerrard turut menyifatkan Joe Cole ni sbg Messi atau C.Ronaldo apabila mengawal bola. Gerrard gak bgtau yg Joe Cole leh bersaing ngn mana2 pemain dgn skill serta helah bola beliau. Erm, Gerrard puji lebih nmpak? Nk pancing Joe Cole masuk Liverpool ker? hehehe

BENAYOUN KE CHELSEA??


Satu lagi khabar angin yg x best aku dpt dari Soccernet yg bgtau jika Joe Cole blah, Chelsea mungkin dapatkan mamat Israel ni. Joe Cole nmpaknya cam temui jalan buntu utk sambung kontrak ngn Chelsea krn permintaan beliau nk up gaji. Roman dikatakan x brapa setuju. Manakala Ron Gourlay lak bgtau yg Joe Cole plak cuba kawal sumber kewangan Chelsea. hehehe Mcm2.

DECO TINGGALKAN CHELSEA SELEPAS PIALA DUNIA


Deco,32 thn, dikhabarkan akan tinggalkan Chelsea selepas Piala Dunia ni utk sertai kelab Fluminense, Brazil. Renato Maurício Prado, seorng kolumnis O Globo, melaporkan yg Deco dan Fluminense akan bincangkan hal ni pada hari Isnin ni. Deco memilih utk fokus kat Piala Dunia terlebih dahulu. 


Utk musim ni, Deco membuat 23 penampilan utk Chelsea dlm Premier League dan Champions League pada 2009/2010, dgn menjaringkan 2 gol. Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dikatakan akan membawa masuk pemain muda dari akademi utk musim depan dan Chelsea pula suka kalau Deco keluar sbb nk cut cost. hehehe Deco ada baki kontrak selama 1 thn lagi, namun Roman bg Deco blah secara percuma. =)

LAMPARD MASIH LAGI PILIHAN UTK TENDANGAN PENALTI



Frank Lampard bgtau yg dia nk ambil penalti utk England pada Piala Dunia 2010 nnti walaupun terlepas penalti masa Chelsea vs Portsmouth hari tu. Sejak Capello terajui England pada Disember 2007, beliau telah bg tanggungjawab tu kt Lampard utk ambik tendangan penalti. Setakat ini, Lampard telah sumbat kesemua 3 penalti yg England perolehi dan semuanya berjaya.

Lampard mengakui yg dia tersalah langkah masa berlari lantas membuatkan sepakan penalti yg diambil oleh beliau menuju "ke laut". hehehe Apepun, tahniah utk Chelsea sbb mng double. hehehe Org xkn sbut lagi tentang sepakan penalti itu sbb Chelsea dah mng. Lain la klu Chelsea tewas sbb gagal sempurnakan penalti. =)

Related Posts with Thumbnails