Showing posts with label transfer rumours. Show all posts
Showing posts with label transfer rumours. Show all posts

01 September 2011

TRANSFER WINDOW UPDATE!!!!


Akhirnya jendela perpindahan dah tertutup rapat pada pagi ini. Chelsea berjaya mendapatkan midfielder Liverpool yang juga bekas pemain Porto iaitu Raul Meireles. Meireles, 28, mengejutkan Anfield apabila menghantar surat kepada lembaga pengarah Liverpool untuk berpindah ke kelab lain. Hasilnya, Meireles diikat oleh Chelsea dengan kontrak selama empat tahun dengan jumlah perpindahan yang dirahsiakan. Manakala Yossi Benayoun, Patrick Van Aanholt, Ulises Davila masing-masing dipinjamkan ke Arsenal, Wigan Athletic dan Vitesse Arnhem sehingga musim 2011/12 tamat. Gael Kakuta pula dipinjamkan ke Bolton Wanderers sehingga 1 Januari 2012.

Apa pun, footballcrazie mengucapkan selamat datang buat Raul Meireles. ;)


KTBFFH

28 August 2011

BIDAAN TERAKHIR CHELSEA UNTUK LUCA MODRIC


Nampaknya Chelsea telah melakukan bidaan terakhir untuk memancing Luca Modric iaitu sebanyak £40 juta. Adakah Spurs akan melepaskan want-away midfielder mereka ini? Kita tunggu apa yang bakal berlaku sebelum jendela perpindahan ditutup serapat-rapatnya pada malam 31 haribulan nanti. ;)


KTBFFH

25 August 2011

SLOBODAN RAJKOVIC KE HAMBURG


Setelah lama gagal mendapatkan permit kerja di England, akhirnya Chelsea terpaksa melepaskan Slobodan Rajkovic ke kelab mana lagi kalau bukan Hamburg FC. Rajkovic telah pun menandatangani kontrak selama empat tahun di sana. Apa pun, footballcrazie ingin ucapkan selamat maju jaya untuk Rajkovic. ;)

22 August 2011

JUAN MATA SAH MILIK CHELSEA


Setelah lama menunggu, akhirnya Andre Villas-Boas telah pun mendapat midfielder kreatif yang beliau mahukan iaitu Juan Manuel Mata. Mata, 23, dibeli dengan harga £29 juta daripada Valencia. Kini, Mata hanya perlu melepasi ujian kesihatan pada minggu ini dan sign kontrak. That's it. Senang cerita, sebelah kaki Mata dah ada dekat Stamford Bridge. Selepas ini, bolehlah kita tengok jentera tengah Chelsea kreatif balik seperti di era Ballack, Joe Cole dan Deco. ;)


KTBFFH

18 August 2011

SALOMON KALOU JADI UMPAN


Nampaknya, hari tidak secerah mana buat Salomon Kalou di Chelsea. Terkini, Chelsea dikatakan akan menggunakan dua umpan untuk memikat Tottenham Hotspur untuk melepaskan Luca Modric dengan menawarkan pakej Benayoun + Salomon Kalou + £27 juta = Luca Modric. Sebelum ini, dua tawaran Chelsea ditolak oleh pengerusi Spurs, Daniel Levy. Namun, dengan pakej dua dalam satu ini, adakah bakal membuka pintu hati si Levy untuk melepaskan Modric yang memang mahu keluar? Sama-samalah kita tunggu kesudahan cerita ini. ;D

KTBFFH

ROMELU LUKAKU SIGN KONTRAK MINGGU DEPAN


Fans Chelsea kini hanya perlu menghitung hari untuk melihat Romelu Lukaku bermain untuk Chelsea. FYI, Lukaku telah pun menjalani medical checkup pada dua minggu lepas dan dijangka akan sign kontrak pada minggu depan. Lukaku dibeli daripada Anderlecht dengan harga £18 juta. Apa pun, kita tunggu jer la saat tersebut. ;)


KTBFFH

LILLE MAHU PINJAM GAEL KAKUTA


Kelab liga Perancis, Lille, kini tengah mendesak Chelsea supaya meminjamkan pemain muda the Blues menyertai kelab itu pada musim baru ini. Namun, Andre Villas-Boas masih enggan memberi kata putus memandangkan Kakuta tengah terlibat untuk kempen Piala Dunia B-20 bersama pasukan Perancis. Tambahan pula, AVB belum test drive si Kakuta ni. So, mana boleh bagi kata putus lagi. ;)

KTBFFH

15 August 2011

ANDRE VILLAS-BOAS MAHU ENAM MIDFIELDER


AVB secara terbuka beritahu bahawa beliau mahu membawa masuk pemain midfielder dalam skuad the Blues. Hal ini menjadi semakin penting apabila dua midfielder Chelsea mengalami kecederaan iaitu Mikel dan Essien. Macam yang semua tahu, Chelsea tengah memburu Modric. Namun, jika Spurs tidak mahu melepaskan Modric, AVB berkemungkinan besar akan beralih ke pelan B iaitu cuba mendapatkan Scott Parker daripada West Ham United. ABV berkata :


"Kami bermain menggunakan formasi 4-3-3. Setakat ini, kami hanya mempunyai 25 orang pemain. Untuk persediaan dalam satu perlawanan, saya memerlukan enam orang pemain tengah. Namun, kami kini cuma mempunyai empat pemain sahaja."

Kita tunggu apa yang bakal berlaku sebelum 31/8/2011 ini menjelma. ;)

KTBFFH

12 August 2011

UMPAN BENAYOUN UNTUK MODRIC


Seperti kamu semua sedia maklum, Chelsea telah membuat tawaran untuk mendapatkan Luca Modric dengan meletakkan syarat pertukaran pemain antara Modric dengan Benayoun sebagai cara terakhir. Namun, sampai sekarang Spurs masih lagi berdiam diri. Yossi Benayoun, 31, menyertai Chelsea daripada Liverpool dengan harga £5.5 juta pada musim lepas. Dia hanya sempat bermain sebanyak sembilan kali sebelum mengalami kecederaan. Kita tunggu apa reaksi Spurs lepas ni. ;D

09 August 2011

TRANSFER RUMOURS MINGGU INI


Minggu ini, Chelsea dilaporkan akan cuba mendapatkan winger Porto yang membantu Uruguay menang Copa America 2011 iaitu Alvaro Pereira. Ini kerana AVB mahu menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Yuri Zhirkov yang berhijrah ke Anzhi Makhachkala minggu lepas dengan harga £13 juta. Chelsea akan cuba membida mamat ni dengan harga £25 juta. 

Dalam masa yang sama, Romelu Lukaku telah pun tiba di London semalam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Cobham. Nilai Lukaku ialah sebanyak £20 juta iaitu dengan kontrak selama lima tahun. Paling best, keluarga Lukaku mendapat 25% daripada nilai tersebut. Dapat duit raya. LOL

Sementara itu, Chelsea juga akan membida Luca Modric buat kali terakhir dengan nilai £30 juta setelah tawaran sebanyak £22 juta dan £27 juta ditolak oleh Tottenham Hotspur. Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku sebelum jendela perpindahan ini ditutup pada 31 Ogos 2011.


KTBFFH

07 August 2011

ROMELU LUKAKU SARUNG JERSI BIRU MUSIM DEPAN


Akhirnya, Anderlecht telah mengumumkan bahawa kata sepakat telah pun dipersetujui antara mereka dan Chelsea terhadap pembelian Romelu Lukaku. Lukaku, 18, sebelum ini pernah beritahu bahawa dia mahu mencontohi idolanya, Didier Drogba. Pada musim lepas, Lukaku menghasilkan 16 gol daripada 37 penampilan bersama Anderlecht. Lukaku akan ke London minggu depan untuk pemeriksaan kesihatan. Namun, jumlah pembayaran yang dibelanjakan oleh Chelsea dirahsiakan. Kalau nak diikutkan, bulan lepas Chelsea bid £18 juta. Maybe up sikit kot. Lepas ni cepat-cepat beli jersi no.14. ;)


KTBFFH

05 August 2011

ORIOL ROMEU SAH MILIK CHELSEA


Finally, Chelsea telah pun berjaya mendapatkan pemain muda Barcelona yang juga seorang pemain pertahanan tengah yang boleh turun bermain di posisi defensive midfielder. Oriol Romeu, 21, berasal dari Sepanyol dibeli oleh Chelsea dengan harga £4.3 juta. Namun, dalam perjanjian tersebut termaktub bahawa Barcelona bolah membeli bekas pemain mereka ini pada penghujung musim dengan harga £9.5 juta. Barcelona dah pandai buat perjanjian jual-beli balik. Mungkin butthurt dengan Arsenal sebab tak nak release Cesc Fabregas. Tak nak sejarah berulang balik dekat Oriol Romeu. LOL. ;D


KTBFFH

03 August 2011

TAWARAN £10 JUTA UNTUK ALEX


Juventus kini bersedia untuk berbelanja £10 juta untuk mendapatkan kereta kebal Chelsea, Alex, yang dibeli daripada PSV Eindhoven pada 2007. Andre Villas-Boas dikatakan akan menjual beberapa pemain yang beliau tidak mungkin akan dibariskan dalam skuad utama. Namun, bagi footballcrazie, Alex tak mungkin akan tinggalkan Chelsea sebab beliau amat diperlukan tatkala Chelsea menentang pasukan yang kuat dan berpengalaman. ;)

CHELSEA BIDA ALEXANDRE PATO


Chelsea kini dilaporkan telah membuat tawaran kepada AC Milan untuk mendapatkan penyerang muda Brazil, Alexandre Pato. Dalam tawaran tersebut, Chelsea sudi membayar £20 juta dan pertukaran salah seorang pemain sama ada Nicolas Anelka atau Salomon Kalou. Erm, nampaknya Chelsea dah mula memasuki pasaran. Terbaik. ;)


KTBFFH

01 August 2011

TAWARAN KE-3 UNTUK LUCA MODRIC


Chelsea kini bersedia untuk membuat tawaran kali ke-3 untuk mendapatkan Luca Modric dengan harga £30 juta. Meskipun AVB tidak mengulas lanjut, pihak lembaga Chelsea benar-benar mahu membawa masuk Modric ke Chelsea. Apa pun, kita tunggu dan lihat sampai bila Tottenham Hotspur sanggup bertahan. Musim lepas, Chelsea membuat tiga kali tawaran sebelum berjaya mendapatkan David Luiz. Bagaimana pula dengan si Modric? Harap bulan Ramadhan ni membawa keberkatan buat peminat the Blues yang beragama Islam. ;)

31 July 2011

SIR ALEX FERGUSON KECEWA DENGAN SNEIJDER

Midfielder Inter Milan, Wesley Sneijder baru sahaja mengakibatkan SAF butthurt sebab demand gaji tinggi setaraf dengan Wayne Rooney. Mana tak nya, Sneijder menikmati gaji sebanyak £250,000 seminggu di Inter Milan. SAF beritahu bahawa Manchester United dah berhenti memburu mamat ni Sneijder sendiri yang meletakkan syarat terlalu tinggi untuk Manchester United. Tambahan pula, mereka dah jumpa pengganti kepada Scholes iaitu ... ANDERSON???? LOL. Kita tunggu dan lihat jer la macam mana Manchester United beraksi musim depan. Terlebih dahulu, mereka akan diuji oleh Manchester City untuk merebut piala Perisai Komuniti pada 7/8/2011. ;)

30 July 2011

AVB NAFI BURU JOAO MOUTINHO

Andre Villas-Boas menafikan dakwaan media yang beliau akan cuba dapatkan midfielder Porto, Joao Moutinho. Beliau akui Chelsea memang ada membuat tawaran terhadap Luka Modric. Namun, AVB melihat buat masa ini Chelsea tidak perlu memburu sesiapa memandangkan telah sign Oriol Romeu daripada Barcelona. Beliau kini lebih ke arah menetapkan cara permainan pemain Chelsea berbanding melakukan rombakan pemain secara besar-besaran. 

Terbaik. Kalau tukar players secara mengejut nanti rosak pula pasukan macam Manchester City. Dah hilang seri meskipun dibintangi oleh players 5 stars. ;)

27 July 2011

SAH!! AGUERO SERTAI MANCHESTER CITY

Finally, setelah sekian lama Sergio Aguero menjadi buruan kelab EPL, beliau kini sudah menjadi milik rasmi Manchester City dengan harga perpindahan sebanyak £38 juta . Aguero, 22, sign kontrak bersama City selama 5 tahun dengan gaji mingguan sebanyak £200,000. Gila kaya Manchester City ni. Lepas ni Balotelli kena juallah. Menarik saingan EPL musim depan. hehehe ;)

26 July 2011

MANCHESTER UNITED KACAU DAUN

Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Man Utd cuba untuk merebut target Chelsea, Javier Pastore, 22. Malah presiden Palermo, Maurizio Zamparini akui bahawa kini terdapat persaingan antara dua kelab gergasi England ini. Maurizio Zamparini akan tanya kepada Pastore mana satu pilihannya dalam minggu ini. Perlukah Chelsea mendapatkan Pastore? Footballcrazie prefer Joao Moutinho sebab dah tengok aksi Pastore dalam Copa America. Biasa je. ;p 

Komen anda?


KTBFFH

25 July 2011

JOAO MOUTINHO KE CHELSEA JIKA ...

Tajuk entri kat atas macam contest kit-kat pulak. Terbaru, Andre Villas-Boas beritahu kepada media yang beliau berkemungkinan besar akan membawa masuk midfielder muda Porto, Joao Moutinho sekiranya Chelsea gagal mendapatkan Luca Modric. Moutinho, 24, boleh bermain sebagai central midfielder, attacking midfielder dan juga sebagai flank. Dengan kecederaan yang dialami oleh Michael Essien, Chelsea mungkin akan memberi tumpuan terhadap pembelian pemain tengah. Apa pun, kita layan dulu video mamat ni kat bawah :




p/s: Pergh, sebijik macam cara footballcrazie main futsal. LOL. ;p
Related Posts with Thumbnails