12 August 2010

CHELSEA BURU PENJAGA GOL STOKE CITY


Chelsea kini dikhabarkan tgh mencari seorng penjaga gol baru utk backup ketiadaan Petr Cech. Chelsea dikatakan berminat dgn penjaga gol muda Stoke City, Asmir Begovic,23. Petr Cech kini cedera manakala Henrique Hilario dan Ross Turnbull pula sengal tahap cipan. Begovic, seorng rakyat Bosnia Herzigovina, juga merupakan seorng pemain 'homegrown' dlm undang2 Premier League sbb dia sertai Portsmouth pada 2003 lagi.

ASHLEY COLE MALUKAN FABIO CAPELLO DI WEMBLEY


Fabio Capello dikatakan malu besar apabila Ashley Cole dilihat tidak mengendahkan beliau ketika mahu bersalam dgn Ashley Cole. Erm, biasa la tu Capello, org baru kalah, mesti bengang. LOL ;p Berikut merupakan gambar insiden tersebut ;

DROGBA GEMBIRA LEPAS JALANI PEMBEDAHAN


Penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba bersyukur sbb dia dah pulih dari kecederaan kelangkang setelah menderita selama 6 thn. Masak la, pasni mamat ni mesti perform terbaik dari ladang. hehe ;p "Dulu, saya terpaksa memakan ubat sebelum turun bermain di padang. Kini, saya gembira sebab penderitaan saya dah berakhir dan saya rasa bebas kini." tambah Drogba. Erm, salute Drogba. hehe ;)

RYAN GIGGS PERLEKEH CHELSEA


Ryan Giggs bgtau kt media yg aksi mereka ketika Piala Perisai Komuniti itu berjaya membuatkan Chelsea kelihatan biasa sahaja. "Chelsea merupakan pasukan yg bagus namun kami membuatkan mereka kelihatan biasa sahaja." kata Giggs. Erm, bleh la ko kutuk sbb pemain Chelsea blum beli lagi pemain terbaik, plus Drogba baru jer lepas menjalani pembedahan. =p Tunggu bila saingan BPL bermula nnti. hehe

ANCELOTTI AKUI CHELSEA TERLALU PERLAHAN


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menjelaskan punca kekalahan Chelsea ketika menentang Man Utd tempoh hari adalah kerana Chelsea terlalu perlahan ketika menangani Man Utd. "Kami bermain perlahan dlm separuh masa pertama, akhirnya Man Utd manfaatkan peluang ini ketika hujung separuh masa pertama" kata Ancelotti.

DROGBA TOLAK SPEKULASI KE MANCHESTER CITY


Penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba telah menolak spekulasi media yg menyatakan dia akan ke Manchester City. "Setiap musim, timbul jer spekulasi baru, dan hanya Chelsea di hati saya," jelas Drogba. Mengulas mengenai kekalahan Chelsea ketika menentang Manchester United pada Ahad tempoh hari, Drogba memberi alasan yg mereka masih belum cergas sepenuhnya setelah 10 hari berlatih bersama. Ape pun, Chelsea pasti akan bangkit kembali. hehe ;p

LIVE UPDATED!! INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH

Bg  sesiapa yg nk tunggu sahur karang, korang bolehlah layan perlawanan persahabatan yg bakal bermula pkul 2 pagi karang. Mcm biasa, silalah ke tab LIVE!! ;p
Related Posts with Thumbnails