18 February 2011

LAMPARD IDAM KEJUARAAN EROPAH

Frank Lampard meletakkan sasaran untuk menang Champion League untuk musim ini setelah gagal membantu Chelsea bersaing dalam Premier League. Chelsea ketinggalan 12 mata dibelakang Manchester United dan akan menentang mereka 2 kali untuk baki 12 perlawanan yang tinggal. Lampard berkata : 


 "Saya benci dengan situasi yang menimpa Chelsea setakat ini namun kami harus menang satu piala dan Champions League merupakan satu-satunya sasaran kami. Jika kami menang, ia akan mengembalikan keyakinan kepada kami."

Bagi aku, Chelsea kurang menyengat musim ini sebab banyak sangat pemain yang cedera.

APA DAH JADI ?

Pemain lagenda Chelsea, Desailly akui agak terkejut dengan kedudukan Chelsea sekarang ini iaitu ditangga ke-5. Satu kedudukan yang buruk sejak zaman pemerintahan Roman Abramovich. Desailly berkata :

"Sukar untuk diterima, namun mereka harus fokus untuk Champions League. Apa yang berbeza berbanding Ancelotti dengan coach yang lain ialah beliau berjaya membawa Chelsea untuk menang double. Namun, beliau harus pandai membuat percaturan untuk pemain yang sedia ada dengan taktiknya."

Mungkin sebab itu Roman Abramovich sayang Ancelotti kot. =D

KTBFFH,

EVERTON MAHU TUMBANGKAN CHELSEA

Kapten Eveton, Phill Neville nekad untuk menebus kekecewaan peminat mereka atas permainan yang buruk ketika menentang Bolton Wanderers tempoh hari dengan menewaskan Chelsea untuk saingan FA Cup. Chelsea akan menentang Everton pada pukul 8.30 malam, Ahad waktu Malaysia. Berbalik kepada kisah mamat ni, Neville berkata :


"Masalah sekarang ini kami tidak perform. Kami menggalas tanggungjawab itu namun gagal laksanakannya. Kami mempunyai pemain yang berbakat tetapi kami tidak menghasilkan apa-apa." 

Kita tunggu Ahad nanti. Kita tengok siapa yang kena. Minta-minta Torres score gol. Hehe ;p
Related Posts with Thumbnails