28 March 2011

SIAPA JAVIER PASTORE ?

Javier Matías Pastore dilahirkan pada 20 Jun 1989, merupakan pemain bolasepak dari Argentina dan kini bermain di Serie A iaitu Palermo. Dia seorang attacking midfielder, macam Lampard jugak cuma mempunyai kelebihan gelecek dan ketinggian 1.89 meter. Teamwork Pastore pun memang terbaik dan tidak berlagak macam Neymar. Meskipun ramai memuji aksi Neymar, namun bagi aku, Neymar diibaratkan seperti Mario Balotelli. Sukar bekerjasama serta keras kepala. 

Ok, berbalik kepada Pastore. Mamat ni pernah dapat anugerah Pemain Muda Terbaik di Serie A untuk 2010. Kalau nak diikutkan, kontrak Pastore ni akan tamat pada 30 Jun 2014. Jadi, itu sudah membuktikan kemampuannya. Apa pun, sila layan klip video aksi Pastore kat bawah yer. =)






As requested by aQi + GenGkey. =D

PENDEDAHAN ZAMPARINI

Presiden Palermo, Zamparini membuat pendedahan bahawa Ancelotti memang meminati Javier Pastore. Ancelotti cuba membawa Pastore ke AC Milan namun Palermo pantas menyambar bintang remaja Argentina itu. Chelsea juga telah menghubungi Zamparini untuk menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan Pastore, namun sekali lagi Zamparini berkeras tidak mahu jual Pastore. Fuh, transfer players ni macam jual orang pun ada. Kena lapor dekat Akta Pemerdagangan Manusia ni. LOL

LIVERPOOL SEMAKIN UNGGUL TANPA TORRES - GERRARD

Kapten Liverpool, Steven Gerrard berkata bahawa Liverpool semakin mantap setelah Torres keluar dan disusuli dengan kemasukan dua pemain baru mereka iaitu Carroll dan Suarez. Gerrard berkata :


"Jika diberi pilihan antara Torres on-form dengan dua penyerang baru yang on-form, saya akan memilih dua. Bermain dengan dua penyerang lebih baik. Para pemain hampa apabila Torres meninggalkan Liverpool, namun kami menghormati keputusannya."


Erm, lepas ni mungkin Liverpool akan hampa lagi sebab Pepe Reina pun mahu tinggalkan the Kops jika tidak layak ke Champions League musim depan. Kita tunggu.... Kepada Mr. Anonymous, aku keluarkan entri ini sebab Gerrard ada mention nama "Fernando Torres". Bukan sebab aku fans lalang yang pakai nama Anonymous untuk komen sampah anda itu. =D
Related Posts with Thumbnails