23 February 2011

LAGI PERMAINAN MINDA ARSENE WENGER

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali lagi cuba erm...menaikkan semangat Chelsea untuk tewaskan Manchester United. Terbaru, selepas Chelsea kalahkan Copenhagen, Wenger berkata :


"Chelsea bayar mahal untuk Torres. Sekarang, mereka lebih berbahaya. Gandingan trio Didier Drogba, Nicolas Anelka dan Torres akan menjelmakan mara bahaya yang amat dasyaaaaaaaaat."

Sebelum ini, aku pernah keluarkan entri tentang percaturan minda Wenger yang lain kat sini : PERCATURAN MINDA ARSENE WENGER ?

KTBFFH

ADA APA DENGAN FERNANDO TORRES?

Walaupun Torres tak score gol awal pagi tadi. Aku amat berbangga lihat aksinya didepan pintu gol lawan. Torres ibarat kucing cari pasangan mengawan. Mula-mula susah nak jumpa, dah jumpa asyik mengawan jer. LOL ;p . Boleh ke pakai peribahasa aku ni? Ada orang kat luar sana cakap-cakap yang Torres ini tak berbaloi, namun kita tunggu Chelsea vs Manchester United. Aku dapat rasakan bahawa Torres akan score. Erm, boleh pakai tak ramalan aku ini? We'll see. =)

KTBFFH,

CHELSEA ADA PENYERANG TERBAIK EROPAH

Carlo Ancelotti mendakwa Chelsea sudah mempunyai jentera serangan yang terbaik di Eropah apabila Anelka serta Torres mempamerkan aksi mantap aawal pagi tadi. Meskipun Torres tidak menjaringkan sebarang gol, Ancelotti berbangga dengan sumbangan Torres. Beliau berkata :


"Saya rasa kami dah ada pemain penyerang terbaik di Eropah. Mereka merupakan pemain yang mantap. Didier direhatkan kerana dia telah bermain 120 minit untuk FA Cup. Dia menerima keputusan saya. Aksi Torres pula amat bagus. Jelas memang ada kekecewaan sebab dia gagal jaringkan gol namun ia tidak penting. Kerjasama antara dia dan Anelka menjadi. Dia akan hasilkan gol ketika menentang Man Utd nanti."

Wah, hati-hati Man Utd. Lepas ini korang kena marking elok-elok Torres, Drogba dan Anelka. =)

TUMBANGKAN MANCHESTER UNITED

Carlo Ancelotti semalam gembira dengan kemenangan 0-2 ke atas Copenhagen. Hari bertambah baik buat Chelsea apabila Tottenham Hotspur tewas 3-1 ditangan Blackpool. Ini memberikan peluang kepada The Blues untuk mendaki tangga liga ke-4. Ancelotti berkata kepada para pemainnya :


"Sekarang masanya untuk kalahkan Manchester United. Kami tidak perlu bergembira dengan kekalahan Spurs, namun ia satu suntikan semangat buat kami. Sekarang, kami akan fokus kepada pertemuan lawan United dan akan mempamerkan aksi yang sama sebagaimana hari ini."

4-4-2. Nice. =)

HIGHLIGHT UPDATED!! CHAMPIONS LEAGUE & PREMIER LEAGUE

Aku dah updated highlight untuk games Champions League awal pagi tadi. Turut aku upload ialah highlight game Blackpool vs Tottenham Hotspur di Matchday 28. Cayalah, Blackpool menang. Ada peluang untuk Chelsea finish top 4. Apa lagi, silalah ke Download Highlight!!



KTBFFH,
Related Posts with Thumbnails