10 August 2010

LIVE UPDATED!!( Bosnia Herzigovina vs Qatar ) 2.15 AM

First & foremost, nk ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. =) Ape pun, klu nk layan bola, awal pagi nnti ada perlawanan persahabatan. Klu nk tgk, silalah ke tab LIVE!!!

LAMPARD PERKECIL MANCHESTER CITY


Bintang Chelsea, Frank Lampard tak yakin yg Man City bleh memberi saingan yg sengit terhadap BPL walaupun berbelanja besar utk persediaan musim baru ini. Setakat ini, Mancini telah membeli 5 pemain baru. Lampard bgtau yg mereka terpaksa mengambil masa utk menyuaikan diri dgn rakan sepasukan yg baru. Erm, kita tunggu dan lihat jer la. hehe ;p Setakat ini, yg cemerlang utk kempen pra-musim ialah Man Utd serta Arsenal jer. hehe ;p

RAMIRES BERTERIMA KASIH KEPADA RAKAN SENEGARA


Ramires berterima kasih terhadap bekas pemain Arsenal, Gilberto Silva dan Julio Baptista kerana mendorong beliau utk ke Chelsea pada musim baru ini. Jika xde masalah, Chelsea dpt memiliki pemain ini dgn harga £18.3 juta dari Benfica. Sblum ini, Ramires, 23, menghadapi masalah utk membuat keputusan samada ingin menyertai Chelsea atau x.

LAMPARD KRITIK JADUAL PERLAWANAN PERSAHABATAN ENGLAND


Midfielder Chelsea, Frank Lampard percaya perlawanan persahabatan antara England vs Hungary pada awal pagi Khamis, 12/8/2010 pkul 3 pagi waktu Malaysia adalah bkn suatu idea yg baik. FYI, perlawanan persahabatan itu ialah 3 hari sebelum BPL bermula. "Ia bukan suatu idea yg bagus. Saya baru sahaja berlatih seminggu dan semua kelab menghadapi masalah yg sama. Buat masa sekarang, saya hanya mahu fokus kepada Chelsea," kata Lampard. Hrm, tu la..mencarut btol.. ;p

RASMI : DECO MILIK FLUMINENSE


Bekas midfielder Chelsea, Deco telah pun rasmi menjadi milik Fluminense. Deco bgtau yg dia akan lakukan yg terbaik utk kelab barunya itu. "Setelah beraksi di luar negara selama 13 thn, saya amat bangga dpt kembali ke tanahair. Setelah menjalani proses yg sukar utk dpt kelepasan dari Chelsea, saya bersyukur sbb segala proses telah selesai." jelas Deco. Deco mengikat kontrak dgn Fluminense slama 18 bln dgn pilihan 6 bln lanjutan kontrak. Good luck, Deco. ;)

"DOMENECH MEMBUATKAN SAYA BENCI BOLASEPAK" - ANELKA


Penyerang Chelsea, Anelka, secara terbuka bgtau kt media yg dia hampir tamatkan penglibatan dia bersama skuad Perancis sebelum WC2010 lagi. Namun atas nasihat pemain senior dlm pasukan Perancis, Anelka bersabar. Namun, kini dia menyesal dgn tindakan dia utk tidak tarik diri lebih awal. Akibatnya, pasukan Perancis merudum teruk sbb masalah dalaman. Beliau gak bgtau yg Domenech cuba menghancurkan skuad Perancis dgn egonya.

YURI ZHIRKOV DIINTAI KELAB TEMPATAN


Kelab Russia, Zenit St Petersburg kini tgh memikirkan utk membeli Zhirkov dgn harga £21 juta dari Chelsea. Zhirkov, 26, menjalani musim pertama bersama Chelsea dgn malang apabila mengalami kecederaan pada kedua-dua belah lutut dan hanya sempat beraksi 10 kali utk Chelsea sejak berpindah dari CSKA Moscow dgn nilai £18.6 juta.

Related Posts with Thumbnails