23 August 2011

MALOUDA TERKENANGKAN CARLO ANCELOTTI


Malouda beritahu bahawa dia masih lagi bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas manager Chelsea yang ke-26, Carlo Ancelotti. Ancelotti dipecat serta-merta setelah tewas dalam perlawanan terakhir menentang Everton pada musim lepas. Malouda rasa Ancelotti harus diberi peluang. Ini kerana beliau pernah membawa kejayaan dalam Chelsea untuk jadi juara berganda.

Namun, nasib tidak menyebelahi Ancelotti apabila musim berikutnya Chelsea mengalami kemerosotan prestasi tahap gaban. Kali ini, Malouda mahu Chelsea memberi muka kepada Andre Villas-Boas dan tidak mudah pecat manager sebab Chelsea memerlukan konsistensi. Dalam masa yang sama, Malouda mengalu-alukan kedatangan Juan Mata ke Chelsea dan menyifatkan kehadiran Mata akan menambah mata dalam skuad Chelsea. LOL. :D

TORRES YAKINKAN SAYA - JUAN MATA


Juan Mata, 23, beritahu bahawa Torres mempengaruhi keputusannya untuk berhijrah ke Chelsea. Selain itu juga faktor kemenangan turut menjadi punca dia ke Stamford Bridge. Mata dibeli daripada Valencia dengan harga £29 juta. Mata berkata :


"Torres mempengaruhi keputusan saya namun faktor utama saya membuat keputusan ke sana adalah apabila berbincang dengan Villas-Boas. Beliau menerangkan formasi 4-3-3 dan bagaimana saya penting dalam pelan tersebut. Selain itu, saya turut mahu beraksi bersama Frank Lampard."

Terbaik. Tak sabar nak tunggu new signing ni beraksi. :)

CHELSEA MASIH LAGI BERBISA - JOHN TERRY


John Terry beritahu kepada media bahawa Chelsea masih lagi menjadi pilihan untuk musim ini meskipun BPL disertai kebangkitan oleh pasukan Liverpool dan Manchester City. Terry turut menyangkal bahawa otai  seperti dia, Lampard dan Drogba harus disisihkan kerana faktor usia. Malah, Terry yakin nama-nama seperti merekalah yang menetapkan tahap sebenar pemain untuk beraksi di Chelsea. Betul tu, footballcrazie sokong 100%. Tanpa mereka, Chelsea hilang identiti. :)


KTBFFH

MIKEL BERTERIMA KASIH


John Obi Mikel mengucapkan ribuan terima kasih kepada teammates, pihak Chelsea dan semua fans kat luar sana yang sentiasa menyokong dan mendoakan keselamatan ayahnya yang diculik pada 12 Ogos lepas. Kini, ayah Mikel telah pun dibebaskan apabila pihak polis berjaya mematahkan cubaan mendapatkan wang tebusan oleh penculik. Footballcrazie memuji sikap profesional yang Mikel tonjolkan pada perlawanan menentang Stoke City tempoh hari meskipun ayahnya masih lagi di tangan penculik.


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails