22 July 2011

FOOTBALLCRAZIE CUTI SELAMA DUA HARI

Akhirnya, saat yang dinantikan telah tiba. Esok, footballcrazie akan bercuti semalam 2 hari kerana terlibat dengan hari keluarga Malaysian Blues Army Supporters (MBAS). Korang boleh rujuk aktiviti kami di sini. FYI, MBAS mempunyai lagu tema tersendiri hasil gubahan composer terkenal tanahair, Tomey Chelsea. Nak dengar lagu tema MBAS? Sila klik kat media player di bawah. ;)


HARI KELUARGA MBAS (STICKY POST)

Setelah dipersetujui oleh AJK Malaysian Blue Army Supporters (MBAS), tarikh  family days telah ditukar kepada 23~24 Julai 2011. Bayaran penyertaan adalah seperti berikut :

  • Dewasa = RM30/person
  • Kanak-kanak = RM15/person

* Kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak digalakkan untuk sertai atas faktor keselamatan. 
* Penyertaan adalah based on first come, first served. Tapi, aku rasa better, based on first pay, first served. ;p

YOSSI BENAYOUN JADI MANGSA PERKAUMAN

Semalam, footballcrazie terdengar kuat laungan "boo" terhadap midfielder Chelsea yang berasal daripada Israel. FYI, Benayoun datang ke Malaysia dengan menggunakan kewarganegaraan Sepanyol yang dimiliki oleh beliau. Ye lah, yahudi mana ada negara sendiri. Menumpang + rampas tanah Palestin je. Namun, apa yang sedihnya, beliau turut dikecam oleh penduduk Malaysia meskipun tidak terlibat dengan aktiviti haram tersebut. Beliau datang untuk bermain bolasepak bukan sebab nak merampas kawasan. Bukan Benayoun je di "boo", Bosingwa pun kena. LOL. Apa pun, pasti Benayoun serik nak datang ke Malaysia selepas ini.

Pepatah minggu ini: Kerana nila setitik, rosak maggi semangkuk. ;)

GOL KONTROVERSI MEMBANTU CHELSEA

Seriously, game Malaysia vs Chelsea memang hambar sebagaimana footballcrazie mengantuk melihat aksi Portsmouth vs Chelsea minggu lepas. Namun, oleh sebab semangat patriotisme, footballcrazie teruskan melihat game tersebut + tiket free. LOL. Lokasi footballcrazie betul-betul di sudut tepi tiang gol Malaysia ketika Didier Drogba melakukan free kick yang terkena tiang sebelum bounce kat belakang goalkeeper Malaysia, Izzat Izham Tarmizi. Namun pujian harus diberikan kepada skuad kendalian Ong Kim Swee. Malaysia setaraf dengan Chelsea kalau nak diikutkan game semalam. Apa pun, jom saksikan gol percuma hasil daripada ehsan linesman kepada the Blues. ;)




p/s: Kagum melihat aksi Farizal Marlias pertahankan gawang Malaysia. Terbaik daripada ladang. ;)
Related Posts with Thumbnails