13 July 2010

LIVE UPDATED ( Metallurg Lipetsk vs FK Spartak Moscow ) 11 PM

Agak2 bosan tu, bleh la layan perlawanan persahabatan kat tab LIVE !! Selamat menonton. ;)

"TORRES AKAN KE CHELSEA" - DAVID VILLA


Penyerang Barcelona, David Villa percaya yg Torres akan sertai Chelsea jika dia mahu keluar dari Liverpool. Villa gak bgtau yg Torres ni bkn jenis mata duitan. Jadi Torres xkan ke Man City.Villa jgk percaya yg suatu hari nnti Torres akan sertai pemain Sepanyol lain di Barcelona. Buat masa sekarang, Villa yakin Torres akan pilih Chelsea jika Liverpool dah x mampu bersaing lagi. hehe . Bg aku pula, aku percaya yg musim depan Torres akan kekal kt Liverpool utk test power pengurus baru. ;p

DIDIER DROGA AJAK LUKAKU SERTAI CHELSEA


Didier Drogba telah menasihati bintang Anderlecht, Romelu Lukaku, 17, agar berpindah ke Chelsea. Lukaku, telah menjadi penjaring terbanyak di Jupiler Pro League dgn 15 gol dlm 25 penampilan. Drogba mengatakan yg dia dah lama menghubungi mamat tu agar sertai Chelsea. Hrm, klu beli awal2 murah ckit. hehe ;p

OZIL TURUT TOLAK TAWARAN


Bintang Jerman serta Werder Bremen, Mesut Ozil telah menghampakan harapan peminat BPL apabila bgtau dia akan kekal di kelab lama sehingga kontrak tamat. Selain Chelsea, Arsenal serta Man Utd turut dikaitkan dgn Ozil, 21. Kontrak mamat ni akan tamat 2011. "Bremen mahu saya penuhi perjanjian kontrak begitu juga saya," tambah Ozil. Hrm, nmpak gayanya, utk musim 2010/2011 nnti xde la pemain Jerman dlm skuad Chelsea. ;p

"CHELSEA MAHUKAN SAYA" - BASTIAN


Bintang Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger mendedahkan yg terdpt bebapa kelab yg berminat utk dapatkan dia walaupun dia telah nyatakan hasratnya utk kekal di Bundesliga. Antara kelab yg masih berminat utk dptkan dia ialah Chelsea, Real Madrid serta Juventus. Namun dia tidak menolak utk berhijrah ke liga lain apabila kontrak dia tamat. Hrm, nmpaknya peminat Chelsea harus lupakan sementara mamat ni. 2012 baru pikir balik. LOL ;p

CHELSEA INTAI FABIO COENTRAO GANTI ASHLEY COLE!!


Chelsea dikatakan tengah merisik bek kiri Benfica, Fabio Coentrao sbgi ganti kepada Ashley Cole jika mamat tu wat keputusan utk berhijrah ke Real Madrid musim depan. Cole menjadi tumpuan media setelah pelbagai kontroversi yg dia cetuskan. Sudah tentu la Chelsea xnk Cole blah, namun mereka harus bersedia. Coentrao, 22, menarik tumpuan peminat bolasepak apabila beraksi cemerlang di sayap kiri Portugal pada Piala Dunia lepas. hehe ;p
Related Posts with Thumbnails