08 December 2010

LIVE UPDATED!! ( Olympique Marseille vs Chelsea ) 3:45 PM

VS

Jangan lupa saksikan perlawanan terakhir Champions League peringkat kumpulan awal pagi nanti hanya di LIVE!! =)

"PEMAIN PELAPIS SUDAH BERSEDIA" - STURRIDGE

Daniel Sturridge menjelaskan bahawa pemain pelapis Chelsea telah bersedia untuk diturunkan menentang Marseille awal pagi nanti. Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti mendedahkan yang beliau mungkin akan menurunkan pemain remaja yang telah beraksi padi perlawanan lepas seperti Jeffrey Bruma, Patrick van Aanholt, Josh McEachran, Sturridge dan Gael Kakuta, yang beraksi menentang MSK Zilina pada bulan lepas. Sturridge berkata :


"Saya rasa Josh seorang pemain yang bagus, tenang serta berkebolehan. Jeffrey Bruma di centre-half pula amat gagah, mendominasi bola di udara serta bagus kawalan kakinya. Manakala Gael seorang pemain yang penuh skill. Ia adalah sesuatu perkembangan yang bagus jika pemain muda dapat peluang keemasan ini."


p/s : Tulis menggunakan bahasa baku sebab nak uji fungsi 'Translation' di sebelah kanan kamu. =p

"KEPULANGAN LAMPARD SAAT KEBANGKITAN CHELSEA" - ASHLEY COLE

Ashley Cole kini menunggu kepulangan Frank Lampard ke Stamford Bridge bagi mengakhiri kemelut prestasi Chelsea. Kini, Lampard diberitakan telah pun berlatih secara ringan di kem Chelsea, Cobham. Cole berkata :


"Ia adalah saat yg bagus jika Lampard kembali. Dia pemain besar di Chelsea dan permainannya memberi pengaruh besar terhadap cara permainan kami. Ape pun, kami harus fokus semasa berkunjung ke White Hart Lane Isnin nnti."

Erm, harap Lampard boleh main la. Huhu ;p

ANELKA JEMU SIKAP PENYOKONG PERANCIS

Nicolas Anelka menuduh persatuaan bolasepak Perancis terhadap layanan buruk terhadap para pemain Perancis utk Piala Dunia 2010 lepas. Ketika Anelka menentang Marseille pada September lepas, dia disorak sinis oleh penyokong Perancis di sana.


"Piala Dunia 2010 lepas mencerminkan skuad Perancis sebenar. Dlm masa sama, kita dpt lihat mcmmana peminat berfikir. Mereka berkata, 'Franck Ribery pukul Yoann Gourcuff; Gourcuff seorng warganegara yg baik, Ribery pula seorng Muslim. Ia menyimpang jauh.

Bila kami tidak menang, mereka mula mencetuskan isu agama serta perkauman. Org di Perancis selalu salah anggap saya, semua kejayaan saya kecapi adalah di luar negara."

Erm, kemarahan Anelka mmg terserlah apabila dia enggan menyanyikan lagu kebangsaan tiap kali dia bermain utk skuad Perancis. Malah, lagi memburukkan keadaan, dia sendiri melafazkan ;

"I am not 'made in France'!"

JOHN TERRY DITURUNKAN

John Terry dimasukkan dlm skuad 20 org pemain Chelsea yg akan terbang ke Perancis utk saingan terakhir peringkat kumpulan menentang Olympique Marseille Khamis ini waktu Malaysia. Nicolas Anelka dan Ashley Cole direhatkan utk pertemuan menentang Tottenham ada hari Isnin. Yuri Zhirkov dan Frank Lampard masih tidak dapat diturunkan lagi manakala Alex sertai Yossi Benayoun utk berehat panjang. Berita baiknya pula, midfielder Itali, Jacopo Sala, 19, mungkin diturunkan. Antara pemain muda yg dibawa ke Perancis ialah Billy Clifford, Josh McEachran, Gael Kakuta, Patrick van Aanholt dan Jeffrey Bruma.


p/s : Happy birthday John Terry kali ke-30. ;p
Related Posts with Thumbnails