24 March 2011

SCORE AWAL TAK SEMESTINYA POWER

Erk, mesti korang semua fikir kenapa gambar Thiery Henry boleh sesat di footballcrazie? Sebenarnya aku cuma nak tekankan bahawa kes Henry ini boleh di gunapakai untuk Fernando Torres. FYI, sejak dia dibeli dari Juventus, Henry tidak menjaringkan sebarang gol dalam 8 game. Lastly, lepas dia jaringkan gol untuk game ke-9, dia telah pun dalam proses menjadi seorang lagenda the Gunners

So, fans semua jangan la risau sebab dia baru 7 game tak gol. LOL. Aku percaya Torres bakal menjadi lagenda Chelsea juga bukan lagenda flop Chelsea macam Shevchenko sebab Torres memang faham benar cara permainan Premier League


KTBFFH

CER CITER..CER CITER

Mesej ini khas untuk fans Liverpool yang begitu excited kerana sempat menjual bekas pemain off-form mereka, Fernando Torres. Kini, mereka berbangga sebab dah ada Luis Suarez dan Andy Carrol. Memang aku tak nafikan Suarez memang terbaik. Namun, itu hanyalah alasan the Kops

Cuba bayangkan diawal transfer window, mereka begitu beria-ia tak mahu lepaskan Torres meskipun bakal membawa masuk pemain cemerlang semasa Piala Dunia 2010, Luis Suarez yang bermain untuk Uruguay. Kini, mereka kutuk pula Torres sebab tak hasilkan gol untuk Chelsea. LOL.

SIAPA KATA BLOGGER TIADA MASA UNTUK KEKASIH ?

Entri ini memang off topic. Footballcrazie nak dating dengan awek di Mid Valley selepas solat Jumaat. Sesiapa yang jumpa aku kat sana, tegur la.

Saja jer post kat sini lepas tu minta awek aku tengok entri ni.. Mesti dia kata aku romantik. =p

DATUK T ADALAH BELLETTI

Dimanakah Julio Belletti sekarang? Sebelum ini footballcrazie pernah keluarkan enti RASMI: BELLETTI KE FLUMINENSE. Sekarang ini dia memang dah tak main untuk Fluminense sebab tak perform. Malah Fluminense sendiri telah tamatkan kontrak mereka bersama Belletti. Jadi, korang semua tahu tak apa perkembangan mamat ni? Kongsilah info. =)
Related Posts with Thumbnails