Roman Abramovich sekali lagi menunjukkan kecintaan beliau terhadap Chelsea FC apabila melancarkan bidaan sebanyak £50 juta untuk Sergio Aguero, 23. Jika Aguero menjadi milik Chelsea, ini menjadikan pemain kedua Chelsea dengan harga £50 juta selepas Fernando Torres. Terbaik daripada ladang. Fuh, £100 juta untuk dua striker. Nampaknya, Abramovich memang tak kedekut demi trofi Champions League. =)
19 June 2011
MODRIC BUKAN UNTUK DIJUAL - LEVY
Nampaknya, tinggal harapan sajalah impian untuk melihat Luca Modric, 25, beraksi untuk Chelsea musim depan. Ini kerana, hasrat murni Modric untuk sertai Chelsea telah dihalang sekeras-kerasnya oleh pengerusi Tottenham sendiri, Daniel Levy. Levy berkata:
"Sekali lagi saya ingin berkeras bahawa Modric bukan untuk dijual untuk Chelsea atau mana-mana kelab. Kami bina pasukan ini daripada bawah dan tengah membangun. Kami tidak sesekali akan menjual mana-mana key players. Saya telah pun maklumkan kepada Chelsea melalui surat rasmi, namun mereka masih lagi berdegil."
Haha, Chelsea memang suka gunakan kuasa vito[duit] mereka untuk dapatkan mana-mana pemain yang mereka mahu. =)
Labels:
transfer rumours
BERITA BURUK
Selepas Modric tidak mendapat lampu hijau daripada Daniel Levy, kini Kevin De Bruyne, 19, mungkin fikir dua kali sebelum sertai Chelsea. Ini kerana dia tahu Chelsea belum tentu menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama. Mamat ni winger yang memang aku respek. Muda-muda dah power. Dia juga membantu kelab Belgium, Racing Genk untuk menang liga super di sana. LOL. De Bruyne berkata:
"Saya telah fikir tentang masa depan saya dan Chelsea adalah pasukan yang saya idamkan. Namun, apa yang penting adalah saya diturunkan. Bersama Chelsea, ia bukan satu jaminan."
Fuh, seorang lagi budak yang minat bermain di Chelsea namun demi masa depan karier bolasepaknya, dia mungkin akan tolak tawaran ke Stamford Bridge untuk bermain secara pinjaman satu musim di kelab Anderlecht sebagai pendedahan bermain di peringkat Eropah. Apa pun, jom layan video aksi De Bruyne.
Labels:
apa dah jadi?,
transfer rumours
JACK WILSHERE CARI PASAL
LOL. Kali ini Jack Wilshere menggunakan tweeternya untuk tweet menyatakan sokongan dia kepada Luca Modric untuk berhijrah ke Chelsea. Yang tak tahan, dia selamba jer mengetag fans Spurs. Fuh, panas-panas. Jom layan apa yang si Jack ni tweetkan. =)
Mesti ramai fans Tottenham Hotspur berbulu dengan Jack lepas ni. Dahlah Arsenal memang rival sejati Tottenham Hotspur. Tapi, aku suka komen si Jack ni. =)
Labels:
terbaik
Subscribe to:
Posts (Atom)