12 July 2011

GARY MABBUTT MAHU MODRIC KEKAL DI SPURS

Bekas kapten Spurs, Gary Mabbutt menyeru kepada Tottenham Hotspur supaya cuba sebaik mungkin untuk pertahankan Luca Modric daripada dijual. Dalam masa yang sama, beliau meminta agar sekali lagi rundingan diadakan antara Modric dan Daniel Levy. Mabbutt juga menasihati Levy supaya meyakinkan Modric bahawa masa depannya cerah di White Hart Lane. Namun, jika Modric masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah, tiada guna untuk menyimpan pemain yang tidak gembira dalam skuad. Ini bakal menjejaskan reputasi pemain itu sendiri.

Bagi footballcrazie, jual je la Modric. Boleh tengok Modric perform di Stadium Bukit Jalil. Tetapi, dengan masa yang tinggal cuma lebih kurang 9 hari, sempat ke? ;)

p/s: Ha, kan footballcrazie dah cakap Argentina boleh menang jika tidak turunkan Carlos Tevez. =)

T-SHIRT MBAS BAKAL KE RUMAH ANDA

Setelah sekian lama korang menunggu, akhirnya tempahan t-shirt MBAS sempena Chelsea Asian Tour 2011 telah pun siap dicetak sepenuhnya. Jadi, kepada sesiapa yang telah membuat tempahan beserta bayaran sebelum ini, nantikan saat baju ini sampai di depan pintu rumah anda dalam minggu ini. Bagi yang minta pos jer la, yang tak pos tu kena la datang collect sendiri. LOL. ;p

Apapun, jika korang tak sempat membuat tempahan sebelum ini, korang tak perlu bimbang kerana tambahan 100 t-shirt yang bersaiz S, M, L dan XL telah pun dicetak bagi memberi peluang kepada fans the Blues untuk memilikinya dengan harga RM30. Apa yang korang perlu lakukan ialah dengan menghubungi admin MBAS:

  • Zamaroul Exthimy : 012-8662108

Siapa cepat dia dapat. FYI, t-shirt MBAS telah pun mendapat tempahan berbayar sebanyak 216 helai manakala baki 100 helai lagi mungkin menjadi milik anda. =)


Berkhidmat untuk MBAS,

BENDERA CHELSEA CUMA RM15 + DELIVERY

Bagi sesiapa yang pening nak bawa apa untuk Chelsea Asian Tour 2011 di Stadium Bukit Jalil, footballcrazie ada jalan penyelesaiannya. Korang boleh mendapatkan bendera ini yang bersaiz 2' x 3' dengan harga RM15 termasuk cost penghantaran pos. FYI, bendera ini cuma tinggal 60 helai sahaja lagi. Anda boleh membuat tempahan melalui admin MBAS:

  • Zamaroul - 012-8662108

Murah ni, cepat jangan sampai terlambat.  ;)

ESSIEN CUTI PANJANG

Chelsea FC telah sahkan bahawa Essien terpaksa berehat sehingga enam bulan selepas menjalani pembedahan pada hari ini akibat koyakan ligamen di lutut sebelah kanannya. Insiden ini berlaku ketika dia sedang menjalani latihan bersama-sama skuad Chelsea di Cobham. Fuh, nampaknya Chelsea harus percepatkan proses pembelian Luca Modric. Midfielder Chelsea dah kurang sorang. Bestlah Essien, boleh bercuti panjang. Silap hari bulan kena jual nanti. LOL. ;)

SNEIJDER PASRAH

Midfielder Inter Milan, Wesley Sneijder beritahu kepada media bahawa dia selesa tinggal di Itali dan mahu kekal bermain bersama rakan sepasukannya. Fuh, ini bakal membuatkan fans Man Utd panas bontot. Ini kerana, Inter Milan memang tak ada niat untuk menjual mamat Belanda ni. Sneijder berkata :


"Saya suka bermain di Inter Milan. Zanetti seorang kapten yang berkarisma tinggi. Namun, jika kelab mahu menjual saya, saya hanya ikutkan kehendak mereka. Ketika di Real Madrid, saya turut beritahu ingin kekal di sana berbanding di Itali. Itu lumrah biasa dalam bolasepak." 

Respect pendirian Sneijder ni. Cool je. Lepas ni ramailah yang berebut nak dapatkan mamat ni. Chelsea? Footballcrazie rasa tidak perlu jika Modric bakal menjadi player Chelsea yang terbaru. Ini kerana, permintaan gaji Sneijder terlampau tinggi.  =)
Related Posts with Thumbnails