12 October 2010

LIVE UPDATED!! KELAYAKAN EURO 2012

Sesiapa nk tgk perlawanan tu, silalah ke tab LIVE!!

RAMIRES AMBIL MASA LAMA SESUAIKAN DIRI


Midfielder Chelsea, Ramires akui yg dia kini tengah menyuaikan diri bersama Chelsea. Ramires menonjol ketika Chelsea menang 2-0 ke atas Arsenal. Namun, dia tetap bgtau kt media yg dia masih belum selesa berada di England seperti mana dia bergelut di atas padang.


"Saya belum selesa namun saya tgh mencuba. Rintangan yg paling besar ialah bahasa. Kadangkala, kamu mahu bercakap dgn seseorng namun xleh bercakap atau faham. Namun, saya akan berubah jadi bagus sedikit demi sedikit."

Hehe, pasni Ramires gi la kelas bahasa Inggeris dgn Ancelotti. LOL ;p

DROGBA GEMBIRA BERADA DI ENGLAND



Didier Drogba bgtau yg peminat bolasepak yg bencikan dia akhirnya terpaksa mengalah dgn kebolehan dia. Pada musim awal bermain utk the Blues, beliau dikritik akibat sengaja jatuhkan diri apabila diberi asakan.


"Saya rasa dihargai. Saya bersyukur dgn penyokong di England. Pada awal musim saya berada di sini, saya rasa sukar utk menyuaikan diri dgn penyokong kt sini. Skrg, saya lebih bagus dari dulu dan orng di England sudah mula menghormati saya."

Drogba jg bgtau yg dia tidak kesal jika tidak menang CL, piala yg menjadi keutamaan Chelsea pada musim ini. Ini kerana, org tetap akan akur dgn kemampuan dia. Hehe..Drogba mmg terbaik dari ladang. ;)

FRANK ARNESEN PUJI KESABARAN ROMAN ABRAMOVICH


Pengarah Sukan Chelsea, Frank Arnesen berterima kasih kepada Roman Abramovich di atas kesabaran beliau utk melihat perkembangan polisi pemain pelapis sehingga berjaya mcm hari ni. Bekas pemain Denmark itu, dibawa ke Stamford Bridge pada 2005 ditugaskan utk ke luar negara bg merekrut bakat baru menjadi bintang bolasepak.

BRANISLAV IVANOVIC TIDAK AKAN TINGGALKAN CHELSEA


Agen Branislav Ivanovic, Vlado Borozan bgtau yg Ivanovic xkan tinggalkan Chelsea malah dia kini tgh berunding utk lanjutkan kontrak dia bersama skuad the Blues. Juventus atau nama glamour mereka, 'The Old Lady' bgmana pun bgtau yg mereka x berminat utk mendapatkan pemain Serbia ini.


"Berita itu tidak benar. Juventus tidak pernah nyatakan hasrat mereka utk dapatkan Ivanovic. Mungkin khabar angin ni timbul sbb saya turut menjadi agen bg pemain Juventus, Milos Krasic. Kontrak Ivanovic akan tamat pada 2011, namun kini dia bersedia utk perbaharui kontraknya."

Bagus, aku sayang pemain Chelsea. ;)

DERITA JOHN TERRY


John Terry telah balik semula ke Chelsea selepas pihak England melepaskan beliau akibat masalah sakit belakang. Menurut laporan bolasepak England :


"John salah landing ketika berlatih dgn skuad England, ini menyebabkan Terry rasa sakit belakang dan telah kembali ke Chelsea. Kami akan perhati progress beliau utk beberapa hari ni."

FYI, Chelsea akan berkunjung ke Aston Villa pada Sabtu ini kemudian menerima kunjungan Spartak Moscow pastu menentang Wolves pada 23 Oktober. 3 game dlm seminggu. Terbaik dari ladang. Hehe ;p
Related Posts with Thumbnails