08 July 2011

CHELSEA LEPASKAN JACK CORK

Finally, setelah lama berkelana asyik diloan jer, midfielder Chelsea, Jack Cork, 22, telah pun dilepaskan oleh Chelsea FC. Sepanjang 13 tahun berada di Chelsea, Cork telah membuat 150 penampilan bersama kelab pinjaman. Kini, Jack Cork secara rasmi telah menyertai Southampton dengan nilai yang dirahsiakan. Apa pun, good luck untuk Jack Cork. =)

FRIENDLY FUTSAL (MBAS FC VS TUDM)

Semalam berlangsungnya perlawanan futsal antara MBAS dan TUDM buat kali kedua. Perlawanan berkesudahan MBAS menang dengan jaringan 15-13. Begitu sengit dan tengik baunya. LOL. Malam ini juga akan berlangsung futsal persahabatan antara Malaysian Blue Army Supporters F.C vs Galacticos F.C. Maklumat event adalah seperti di bawah :


  • Masa    : 11.00pm-12.00pm
  • Tempat : S7 Futsal Stadium, Lot 8097-C , Off Jalan Genting Klang Mukim Setapak, 53300 K.L.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan MBAS F.C, anda boleh menghubungi Director of Football MBAS iaitu Nyna di talian 017-2109313.

STADIUM DI TERENGGANU RUNTUH LAGI???

First and foremost, tajuk entri tu saja nak bikin gempak memandangkan situasi sama berlaku terhadap stadium kelab Belanda, FC Twente semalam. Seramai 16 orang cedera manakala seorang maut akibat runtuhan bumbung stadium. Subhanallah, kesian mereka. Dah ajal nak buat macam mana. Erm, Stadium Sultan Mizan di Terengganu macam mana? Dah mula kerja pemulihan? LOL. Korupsi, Allah S.W.T terus tunjuk. Terbaru ada baca dekat blogserius tentang entri Jambatan Hang Jebat di Jalan Tun Mahathir dah rosak. Projek harga RM7.6 juta tetapi bahan utama diperbuat daripada styrofoam? Wadehel. ;p

MANCHESTER CITY BURU SERGIO AGUERO

Selepas mendapatkan Gael Clichy dan Stefan Savic, Manchester City masih lagi memburu seorang penyerang untuk menggantikan posisi Tevez in case ada kelab lain berminat dengan Tevez dan sanggup pecah tabung sebanyak £50 juta. Sergio Aguero, 22, akan dibida dengan harga £35 juta. Samir Nasri? Footballcrazie dan korang sendiri sedia maklum bahawa mamat tu nak sangat ke Manchester United sebab dah sangap trofi. LOL. Apa pun, kita tunggu dan lihat je la apa yang bakal berlaku. Chelsea tak beli strikers pun tak apa, sebab dah banyak yang power. Tinggal kena atur strategi yang mantop sahaja. ;)


KTBFFH

LIVE UPDATED!! ( Bolivia vs Costa Rica ) 6:15 AM

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan kedua kumpulan A, Copa Amerika awal pagi ini hanya di LIVE!!  Lepas ni tak payah la tengok Argentina main, dah tahu seri. LOL.


p/s: Terbukti hanya Barcelona faham, tahu dan selesa cara Messi perform
Related Posts with Thumbnails