19 January 2011

DROGBA PERTAHAN DIRI

Aku rasa tak perlu buktikan bahawa prestasi Drogba sekarang ini agak merosot. Tengok sahaja game ketika Chelsea menentang Rovers tempoh hari. Banyak peluang keemasan dipersia oleh Drogba. Nampak macam beliau dah kehilangan sentuhan gol. Adakah beliau dah penat? Namun, Drogba mengulas segala masalah tersebut :


"Saya tak jangkakan prestasi saya akan merudum sedemikian rupa. Sebelum bermula musim 2010/2011, saya dijangkiti malaria selepas menjalani pembedahan hernia. Ia akan pulih beberapa tahun lagi. Tentang jumlah gol, saya tak rasa itu akan menjadi isu."

Drogba juga mengulas panjang tentang peningkatan Chelsea kini adalah usaha berkumpulan, bukan secara individu. Bagus la kalau macam tu.

KTBFFH

LIVE UPDATED!! ( Leeds United vs Arsenal ) 4:00 AM



Jangan lupa tengok aksi perlawanan FA Cup awal pagi esok hanya di LIVE!! Esokkan cuti, jom la layan. =)

IVANOVIC SAMBUNG KONTRAK?

Branislav Ivanovic dijangka akan ditawarkan kontrak baru bersama Chelsea untuk terus kekal di Premier League. Ivanovic masih berbaki kontrak selama 17 bulan, dilaporkan akan menandatangani kontrak baru minggu depan dengan gaji sebanyak RM32,000 seminggu selama 4 tahun. Pergh, kaya betul jadi pemain bolasepak BPL ni. =p

KTBFFH

PETR CECH SERU RAKAN BANGKIT DARIPADA TIDUR

Petr Cech membuat cabaran terhadap rakan sepasukan agar menang 3 perlawanan berturut-turut untuk membuktikan bahawa Chelsea telah kembali ke pangkal jalan. Setakat ini, Chelsea dah menang 2 perlawanan berturut-turut iaitu 7-0 lawan Ipswich dan 2-0 lawan Blackburn.Cech berpesan :


"Tahniah sebab menang, tetapi ini merupakan langkah pertama. Untuk menarik nafas lega, kami harus bermain seperti menentang Blackburn tempoh hari untuk 4 dan 5 perlawanan."

Untuk 3 perlawanan selepas ini, Chelsea akan bermain di tempat lawan iaitu menentang Bolton di Reebok Stadium, kemudian FA Cup pusingan ke-4 lawan Everton. Terakhir Sunderland, geng yang merasmikan permulaan buruk bagi the Blues dengan 3-0 di Stamford Bridge pada November 2010. Apa lagi, balas dendam la. Hehe =)
Related Posts with Thumbnails