06 September 2010

DIDIER DROGBA DINAMAKAN PEMAIN TAHUNAN AFRIKA BARAT 2010


Didier Drogba telah menang anugerah sbgi pemain tahunan terbaik Afrika Barat bagi thn 2010 oleh West Africa Football Union (Wafu). Upacara ini dilakukan di Abidjan, Ivory Coast, pada Rabu lepas dan dipengerusikan oleh Ghana’s FA president Kwesi Nyantakyi, yg mewakili president Wafu, Amos Adamu. Anugerah ini diundi melalui panggilan telefon serta SMS. Wah, tahniah Didier Drogba. =)  Antara 16 nama pencalonan utk anugerah itu ialah ;

ANCELOTTI TIDAK MINAT BIMBING ITALI


Carlo Ancelotti telah bgtau kt media yg dia x berhasrat utk bimbing Itali dlm masa yg terdekat sbb nak fokus utk Chelsea."Saya mahu membangun bersama Chelsea, kemudian kita tunggu apa yg berlaku seterusnya. Saya harap Cesare Prandelli kekal bersama Itali utk 20 thn. Menurut statistik, Itali menang Piala Dunia setiap 24 thn, jadi Itali akan menang pada 2030." seloroh Ancelotti. Namun, beliau berharap agar Itali boleh menang awal dari tarikh tersebut. Hahaha, ntah2 Ancelotti pergi dulu. ;p

CHELSEA DAN INTER BERSAING BURU LUKAKU


Chelsea dan Inter kini menunjukkan minat utk mendapatkan servis pemain muda Anderlecht, Romelu Lukaku. Lukaku, 17, merupakan penjaring gol terbanyak liga di Belgium pada musim lepas. Walaupun mendapat perhatian dari kelab Eropah yg lain, Lukaku bgtau yg dia mahu kekal bersama kelab Belgium sehingga 2011 sbb nk tamatkan sesi persekolahan.

FRANK LAMPARD TURUN LAWAN WEST HAM UNITED


Bos Chelsea, Carlo Ancelotti bgtau yg Lampard akan akan cergas menjelang pertemuan antara Chelsea vs West Ham pada Sabtu ini. Lampard telah berjaya jalani pembedahan hernia di German 2 minggu lepas. "Dulu, kami tidak bercadang utk membenarkan Lampard jalani pembedahan di awal musim sebab kami amat memerlukan beliau. Namun, ketika pertemuan dgn Stoke City tempoh hari, Lampard mengadu sakit." jelas Ancelotti.
Related Posts with Thumbnails