05 April 2011

JOHN TERRY MAHU AKHIRI BADI CHAMPIONS LEAGUE


Kapten Chelsea, John Terry berharap agar penyertaan Chelsea dalam Champions League musim ini bakal mengakhiri badi beraksi di pentas Eropah. Pada 2008, Chelsea kalah penalti akibat Terry yang tergelincir semasa mengambil sepakan. Pada 2009 pula, Chelsea kalah kepada Barcelona di separuh akhir yang menyaksikan lahirnya quote infamous-amos Drogba, "F**king disgrace"! 

Apa pun, ini merupakan peluang terbaik untuk Chelsea menebus balik kehampaaan itu dengan mengalahkan Manchester United. Lebih manis lagi tewaskan Barcelona untuk semi-final pula.  =D

DROGBA KEMBALI ON-FORM - JOHN TERRY

John Terry yakin bahawa Didier Drogba kini telah kembali menemui sentuhan keramatnya setelah agak lama tidak jaringkan gol. Kini, Drogba telah mendapat suntikan semangat untuk turun menentang Manchester United pada 7 April nanti pukul 2.45 pagi. Terry berkata :


"Drogba telah lakukan yang terbaik untuk Chelsea. Namun masih ramai yang menilai pemain dengan jumlah gol. Apapun, diharap ini akan menyuntik semangant Drogba untuk bermain menentang Manchester United nanti."

Terbaik, aku gembira sangat waktu Drogba hasilkan gol. Yelah, sebab dah lama Drogba malu-malu kucing gitu. Torres pula ok cuma pemain lain kurang menghantar bola kepadanya. Apapun, yang penting don't lose faith on Chelsea.


KTBFFH

VIDIC TETAP KAWAL TORRES

Defender Manchester United, Nemanja Vidic beritahu bahawa dia masih lagi menghormati Fernando Torres meskipun Torres sudah lama tidak jaringkan gol. Vidic juga menegaskan bahawa Manchester United turut tidak memandang rendah kepada mana-mana penyerang Chelsea. Vidic berkata :


"Kami masih menghormati Torres meskipun dia dah lama tak hasilkan gol. Kami tak boleh lalai kawal Torres. Penyerang akan mencari peluang untuk mendapatkan gol. Chelsea mempunyai rekod yang baik menentang kami, namun kami tidak akan bersahaja."

Kita tunggu dan lihat perlawanan Champions League pada Khamis pukul 2.45 pagi, 7 April 2011 waktu Malaysia. Pertemuan Chelsea vs Manchester United. Biasa pukul 3.45 pagi, kali ini pukul 2.45 pagi pula. Jangan tertukar sudah. =D
Related Posts with Thumbnails