05 February 2011

LIVE UPDATED!! ( Newcastle United vs Arsenal ) 11:00 PM


Adakah Newcastle United boleh bernafas tanpa Andy Carroll? Jom layan. =)

LIVE UPDATED!! ( Stoke City vs Sunderland ) 8:45 PM


Serupa tapi tak sama. Saja je letak baru lebih kurang. Bagi korang pening sikit. Jangan lupa saksikan game yang menarik lagi hanya di LIVE!!

GERRARD HORMATI KEPUTUSAN TORRES

Fernando Torres beritahu media yang dia mendapat restu dari kawan rapat dia, Gerrard untuk keluar dari Liverpool. FYI, Gerrard pernah dipikat oleh Chelsea sebanyak dua kali. Namun, ditolak mentah-mentah oleh Liverpool. Tambahan pula, Gerrard memang setia bersama Liverpool. Torres berkata :


"Stevie orang yang pertama memanggil serta menyokong saya. Dia seorang kawan serta rakan sepasukan yang bagus. Dia selalu doakan yang terbaik untuk saya dan menghormati keputusan saya. Liverpool mahu saya kekal. Tetapi, saya faham yang mereka memahami kehendak saya. Sebagaimana saya memahami kehendak Xabi Alonso dan Javier Mascherano untuk tinggalkan Liverpool. Mereka mahu kehidupan yang baru."

Erm, harap penyokong Liverpool memahami mesej yang hendak disampaikan oleh Torres sebagaimana penyokong Chelsea memahami kehendak Joe Cole yang keluar dari Chelsea untuk ke Liverpool. 

KTBFFH

ANCELOTTI TIDAK SABAR TURUNKAN FERNANDO TORRES

Carlo Ancelotti beritahu media yang beliau sudah tidak sabar untuk menurunkan Torres bagi debut pertamanya menentang Liverpool, Isnin, 12.00 pagi. Ancelotti berkata :


"Kami dah uji Torres dan dia akan diturunkan menentang Liverpool Isnin ini. Saya kenal Torres ini bukan goalkeeper, bukan defender, bukan midfielder - dia seorang striker dan dia akan diturunkan sebagai striker. Torres tiada masalah beraksi bersama Drogba. Mungkin kami akan gunakan 2 striker."


Terbaik. Drogba + Torres, Anelka pula sebagai support striker

KTBFFH
Related Posts with Thumbnails