Showing posts with label achtung. Show all posts
Showing posts with label achtung. Show all posts

17 September 2011

MANCHESTER UNITED LUPA DARATAN


Kenal tak siapa mamat dekat atas ni? Dia ialah Rene Meulensteen, coach di Man Utd. Awal bulan September, mamat ni mengeluarkan kenyataan bahawa Chelsea mempunyai pemain yang tua dan sudah tidak mampu bersaing dalam BPL. Dia mengambil contoh bagaimana skuad muda mereka berjaya menang besar untuk beberapa game sebelum ini. Malah menyifatkan tempo Chelsea tidak sehebat mereka. Persoalan yang footballcrazie nak timbulkan ialah adakah mamat ni dah nyanyuk bahawa mereka menang season lepas pun sebab adanya khidmat pemain tua seperti Van Der Sar, Scholes dan Giggs? Apa pun, diharap Chelsea akan memberi pengajaran berguna kepada coach Manchester United ni di Old Trafford tepat pukul 11.00 malam waktu Malaysia pada hari esok.


KTBFFH

13 September 2011

BIKIN PANAS


Midfielder Bayer Leverkusen, Sidney Sam, 23, telah menimbulkan kemarahan seluruh fans Chelsea apabila mempamerkan komen penghinaan terhadap the Blues dalam akaun Facebook miliknya seperti gambar di atas. Apa pun, kita tunggu siapa yang kena awal pagi nanti pertemuan antara Chelsea vs Bayern Leverkusen tepat pukul 2.45 pagi waktu Malaysia.


KTBFFH

05 August 2011

ANDRE VILLAS-BOAS TIDAK MAHU MEMBELI PEMAIN


Andre Villas-Boas beritahu kepada media bahawa beliau gembira dengan prestasi keseluruhan para pemain Chelsea . Lagi best, AVB nak kekalkan skuad yang beliau miliki ini tanpa melakukan sebarang pertukaran pemain untuk musim 2011/12. Beliau berkata :


"Secara jujur, saya rasa kami tidak perlu lagi perubahan. Kami hanya akan memasuki pasaran jika terdapat pemain yang cedera atau meninggalkan kelab."

Erm, nampaknya, fans Chelsea tengok muka lama lagilah musim depan. ;) Paling penting, ini adalah misi membalas kepercayaan fans the Blues di atas persembahan buruk pada musim lepas.


KTBFFH

22 July 2011

HARI KELUARGA MBAS (STICKY POST)

Setelah dipersetujui oleh AJK Malaysian Blue Army Supporters (MBAS), tarikh  family days telah ditukar kepada 23~24 Julai 2011. Bayaran penyertaan adalah seperti berikut :

  • Dewasa = RM30/person
  • Kanak-kanak = RM15/person

* Kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak digalakkan untuk sertai atas faktor keselamatan. 
* Penyertaan adalah based on first come, first served. Tapi, aku rasa better, based on first pay, first served. ;p

10 July 2011

EXAM UNTUK SATU PAPER

Hari ini footballcrazie ambil m.c daripada mengeluarkan entri bolasepak sebab nak fokus untuk exam pagi esok. Fuh, datang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur semata-mata nak jawab satu paper, lepas tu balik ke Kota Bharu malamnya. Serius, best student. LOL. Sekian, terima kasih. =)

07 July 2011

CHELSEA MULAKAN SESSI LATIHAN HARI INI

Setelah lama bercuti, akhirnya pemain Chelsea telah pun melaporkan diri di kem latihan Chelsea bertempat di Cobham. Macam biasa, Ramires dan David Luiz masih belum tiba di London sebab mewakili Brazil dalam Copa Amerika 2011 di Argentina. Terbaik, kita tunggu players mana bakal beliau bawa masuk nanti. =)


KTBFFH

06 July 2011

GET WELL SOON, NUR ROSLAN

Salah seorang sahabat kita, Nur Roslan akan menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam otak pada pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Nur Roslan seorang yang amat peramah meskipun footballcrazie baru mengenali beliau. Diharap, kawan-kawan semua mendoakan keselamatan rakan kita ini agar segala process pembedahan berjalan dengan lancar dan beliau akan kembali sembuh dengan segera. Amin.  =)

MALAYSIA BLUES ARMY POB DAY!!!


Wah, mesti korang semua tergamam dengan poster sebegini besar memenuhi sudut mata korang! Namun, trust me, event ini bakal menggegarkan Malaysia. Julung kali diadakan di Malaysia, event ini adalah anjuran sepenuhnya Malaysia Blues Army (MBA). Kat sini, korang boleh turut terlibat sama pamerkan koleksi Chelsea rare item termasuklah boxer Zola. Selain itu juga, visitors tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mengunjungi pameran ini. Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaan, jangan malu-malu untuk menghubungi pegawai yang terlibat seperti di bawah ;p :

  • Muhammad Zaki Supandi : 013-2322625
  • Jason King                         : 017-6720107
  • Jeff A.Karim                      : 012-3050143

FYI, talian ini adalah toll free untuk mereka sebab korang yang call, so, koranglah yang kena bayar. LOL. Visitors tak perlu risau jika tak sokong Chelsea sebab kami tidak akan meminta anda menyanyikan lagu anthem the Blues. Namun, special price menanti jika korang semua datang berpakaian Chelsea. =)


KTBFFH

p/s: Pasal boxer Zola tu footballcrazie gurau jer. Apapun jangan lepaskan peluang untuk sertai event menarik ini. 

    04 July 2011

    JUTAAN TERIMA KASIH

    Footballcrazie nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggundi yang sudi mengundi footballcrazie selama seminggu berturut-turut. Yang paling best, abang footballcrazie pun menang. Kemenangan yang paling bergaya adalah apabila saudara kita turut menang. Pemenang dapat satu tiket RM108 percuma. Chelsea, jumpa kamu di Stadium Bukit Jalil.  =)


    28 June 2011

    CHELSEA BATALKAN PERLAWANAN DEMI BERSIH V2.0 ?

    Fans Chelsea di Belanda mungkin tengah butthurt sebab Chelsea telah membatalkan perlawanan pra-musim mereka dengan Vitesse Arnhem yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai 2011. Hal ini kerana Chelsea mahu mengikuti perkembangan perhimpunan "BERSIH v2.0" yang bakal berlangsung pada tarikh tersebut. LOL. Namun, fans Chelsea di Malaysia tak perlu risau sebab perlawanan di Malaysia mengikut jadual seperti biasa. Senang cita, refer dekat background image kat belakang ni. =)

    26 June 2011

    MICHAEL EMENALO NAIK PANGKAT?

    Michael Emenalo dilaporkan akan menerima kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan jawatan yang pernah disandang oleh Frank Arnesen iaitu Director of Football. Emenalo, 45, yang berasal dari Nigeria, merupakan  chief scout di Stamford Bridge sebelum menjadi assistant manager pada musim lepas menggantikan Ray Wilkins yang dipecat. Tahniah kepada Emenalo. Kepada fans Chelsea yang tidak berpuas hati, janganlah korang kutuk dia, dia dapat jawatan itu dengan usaha dia sendiri. Diam tak semestinya tak buat kerja. Janganlah korang butthurt sebab dia gantikan jawatan individu yang korang respect. Be professional. =)

    15 June 2011

    LAST DAY (MUST READ)


    Come on!! Hari ini merupakan last day sebelum tempahan untuk t-shirt cool ini ditutup. Sebarang tempahan selepas hari ini tidak akan dilayan. Selain itu, Malaysian Blue Army Supporters (MBAS) turut menganjurkan hari keluarga pada 2 Julai 2011. =) Klik link di bawah untuk info yang lebih terperinci.


    HARI KELUARGA MBAS


    Sesiapa yang menempah t-shirt melalui info dalam blog ini, sila tinggalkan nama penuh anda dalam ruangan komen untuk tujuan semakan sahaja. Tiada potongan harga sebab aku pun beli harga tu jugak. ;p

    08 June 2011

    TINGGAL 7 HARI LAGI (MUST READ)


    Come on!! Tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum tempahan untuk t-shirt cool ini ditutup. Sebarang tempahan selepas 15 Jun 2011 tidak akan dilayan. Selain itu, Malaysian Blue Army Supporters (MBAS) turut menganjurkan hari keluarga pada 2 Julai 2011. =) Klik link di bawah untuk info yang lebih terperinci.


    24 May 2011

    SERGIO AGUERO : ROAD TO STAMFORD BRIDGE !!

    Achtung!! Sergio Aguero kini sudah bersedia untuk meninggalkan Atletico Madrid. Aguero, 22, dikatakan tidak akan menyertai kelab musuh tradisi Atletico Madrid, iaitu Real Madrid. Ini menjadikan Chelsea pilihan utama untuk manantu Maradona ini. Terbaiklah kalau Aguero join Chelsea. Aku suka gaya permainan mamat ni. Lincah macam Sturridge. Plus, Aguero telah pun menjaringkan lebih daripada 100 gol untuk Atletico Madrid sejak 2006. Cuba bayangkan gandingan Aguero --- Torres --- Sturridge. =)

    23 May 2011

    ANCELOTTI DIPECAT!!

    Akhirnya, Ancelotti dipecat setelah tamat game Everton vs Chelsea. Musim ini agak malang untuk Chelsea setelah menamatkan musim 2011/12 tanpa sebarang trofi. CEO Chelsea, Ron Gourlay memecat Ancelotti sejurus selepas berakhirnya sidang media selepas perlawanan yang menyaksikan Chelsea kalah  0-1 di tangan Everton. Ancelotti dengan cool pula menjawab :
     

    "Saya sekarang sedang bercuti. Namun saya tidak tahu selama mana saya akan bercuti."

    Footballcrazie ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Carlo Ancelotti di atas sumbangan beliau dalam skuad Chelsea. Persoalannya sekarang, who's next?

    16 May 2011

    NO MORE ANONYMOUS

    Kalau korang semua perasan, aku dah disable comment by anonymous. Bukan sebab aku butthurt a.k.a sakit bontot dengan spesis ini. Namun sebab aku banyak dapat reply yang mencarut plus spam melampau dari anonymous. Setakat bakar line tu, aku boleh terima. Tetapi jika mencarut secara tak bertanggung jawab, aku rasa mereka ini dayus. Sekian, harap maklum. =) 

    02 May 2011

    BERMULANYA FINAL EXAM

    Esok dah mula first paper for final exam aku iaitu Real Time System. Jadi, untuk 2 minggu ini, aku akan kurangkan pengeluaran entri footballcrazie sebab nak fokus untuk exam. Kurangkan entri, tingkatkan prestasi. =D
    Related Posts with Thumbnails