01 August 2011

TAWARAN KE-3 UNTUK LUCA MODRIC


Chelsea kini bersedia untuk membuat tawaran kali ke-3 untuk mendapatkan Luca Modric dengan harga £30 juta. Meskipun AVB tidak mengulas lanjut, pihak lembaga Chelsea benar-benar mahu membawa masuk Modric ke Chelsea. Apa pun, kita tunggu dan lihat sampai bila Tottenham Hotspur sanggup bertahan. Musim lepas, Chelsea membuat tiga kali tawaran sebelum berjaya mendapatkan David Luiz. Bagaimana pula dengan si Modric? Harap bulan Ramadhan ni membawa keberkatan buat peminat the Blues yang beragama Islam. ;)

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN MBAS


Sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini, pihak admin Malaysian Blue Army Supporters (MBAS) telah membuat perancangan dengan kerjasama MBAS Melaka untuk mengadakan majlis berbuka puasa. Ahli keluarga MBAS yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis berbuka puasa ini bolehlah merujuk kepada admin MBAS di negeri masing-masing untuk pertanyaan pembayaran dan juga pengesahan kehadiran.

Pihak penganjur mengenakan bayaran RM10/person  sebagai sumbangan untuk menampung kos majlis berbuka puasa ini. Selain berbuka puasa aktiviti solat terawih, tazkirah, BBQ, bersahur dan beberapa aktiviti lain telah diatur untuk memeriahkan majlis ini.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi no. telefon berikut :

1. Mohd Ellmy Yusri Ismail : 0136682329/0136363483
2. Zamaroul Exthimy : 0128662108
3. Tomey Chelsea : 0132682820
4. Syafa Azuan : 0199879767

Peta Lokasi

Alamat : 15 1/2 Kampung Jelatang, Alor Gajah, 78000, Melaka.
Masa : Sabtu, 13/8/2011 pukul 5:00 petang ~ 14/8/2011 pukul 7:00 pagi


Berkhidmat untuk MBAS,
Related Posts with Thumbnails