Showing posts with label apa dah jadi?. Show all posts
Showing posts with label apa dah jadi?. Show all posts

19 September 2011

CHELSEA TEWAS DI OLD TRAFFORD


3-1!! Itulah scoreline untuk game Manchester United vs Chelsea. Apa yang boleh footballcrazie katakan mutu pengadilan semalam teruk. First goal Man Utd jelas offside. Rentak perlawanan terus berubah selepas itu. Namun, footballcrazie tak nak sentuh bab pengadil. Apa yang jelas kita lihat bagaimana Torres telah pun kembali ke landasan yang sebenar. Meskipun Torres terlepas peluang menjaringkan gol ke-2 Chelsea yang dah memang terhidang, footballcrazie memuji performance yang ditunjukkan oleh Chelsea no.9 ini. Apa pun, kita tunggu perlawanan di laman sendiri pula pada 4 Februari 2012. :)


KTBFFH

29 July 2011

PEMAIN MANCISTER SITI BUTTHURT

Terkini, pemain senior MakEncik Siti, Nigel de Jong, Vincent Kompany dan Micah Richards nampaknya panas bontot apabila kelab kesayangan mereka itu enggan menawarkan gaji yang lumayan sebaris pemain bintang lain dekat sana. Bak kata ayat touching, mereka di anak tirikan. Mana tak nya, Aguero yang baru masuk tu dapat gaji setaraf dengan bintang utama di sana seperti Yaya Toure dan Carlos Tevez iaitu sebanyak £200,000 seminggu. Namun, untuk kontrak baru mereka ini, Company cuma dapat £80,000, de Jong dapat £65,000, manakala Richards pula dapat £100,000 seminggu. LOL. Moral of the story, korang nampak tak betapa Luca Modric lagi dibayar murah dekat Spurs? ;)

"KICK IT OUT" PUJI CHELSEA

Badan induk anti-perkauman bolasepak, "Kick It Out" memuji tindakan Chelsea untuk membuat aduan tentang sorakan yang berbau perkauman terhadap Yossi Benayoun. Ben10 di"boo" oleh fans yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan jelajah asia mereka di Malaysia. Pihak Chelsea telah pun menghantar surat kepada Malaysian Football Association atau lebih dikenali oleh FAM. Akibat nila setitik, rosak maggi semangkuk. Kesian dekat fans yang betul-betul datang untuk melihat aksi Chelsea. Diharap semua pihak mengambil ikhtibar daripada peristiwa ini. ;)


KTBFFH

22 July 2011

YOSSI BENAYOUN JADI MANGSA PERKAUMAN

Semalam, footballcrazie terdengar kuat laungan "boo" terhadap midfielder Chelsea yang berasal daripada Israel. FYI, Benayoun datang ke Malaysia dengan menggunakan kewarganegaraan Sepanyol yang dimiliki oleh beliau. Ye lah, yahudi mana ada negara sendiri. Menumpang + rampas tanah Palestin je. Namun, apa yang sedihnya, beliau turut dikecam oleh penduduk Malaysia meskipun tidak terlibat dengan aktiviti haram tersebut. Beliau datang untuk bermain bolasepak bukan sebab nak merampas kawasan. Bukan Benayoun je di "boo", Bosingwa pun kena. LOL. Apa pun, pasti Benayoun serik nak datang ke Malaysia selepas ini.

Pepatah minggu ini: Kerana nila setitik, rosak maggi semangkuk. ;)

18 July 2011

PARAGUAY TEWASKAN BRAZIL? YES!!!

Apa dah jadi kepada pasukan pilihan utama seperti Argentina dan Brazil. Mereka masing-masing dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan underdog. Memang satu kejutan untuk Copa America kali ini. Terbaru, Brazil kalah mengejut dengan Paraguay setelah tamat perlawanan dengan seri tanpa jaringan sehingga membawa kepada penentuaan sepakan penalti. Paling OMG, semua sepakan penalti yang diambil oleh pemain Brazil ke laut. Apa yang telah terjadi? Footballcrazie rasa sebab pemain Brazil termakan janji manis Larissa Riquelme. LOL. ;)

p/s: Pasukan Chelsea dijangka tiba di Malaysia tengah hari ini dan akan menginap di One World Hotel di Bandar Utama, Kuala Lumpur. ;)

15 July 2011

PROVOKOSI MEMBAWA KONTROVERSI


Kesian mamat kat atas ni. Namun, itulah harga yang terpaksa dia bayar jika cuba menimbulkan provokasi di tengah-tengah crowd the Kops. Tahu lah dah jadi the most successful club, tapi janganlah ko pula jadi the most bloodyful Red Devils fans. Inilah yang akan terjadi apabila korang tak menghormati fans pasukan lawan. Footballcrazie kelaskan aksi mamat ni sebagai berani tak bertempat. Last-last, siapa yang tanggung malu?

Sefanatik footballcrazie pun footballcrazie tak akan pakai baju Chelsea dalam events pasukan lain. At least pakai baju Bersih v2.0 pun ok lagi. Kadang-kadang, kita perlu respect
orang walaupun tinggi mana pangkat kita. Renung-renungkan dan selamat beramal. ;)

p/s: Credit to
lioedexing for this awesome video.

09 July 2011

ESSIEN MUNGKIN TIDAK AKAN KE MALAYSIA ??

Chelsea hari ini telah sahkan bahawa Michael Essien telah mengalami kecederaan di lutut kanan semasa menjalani sesi latihan bersama rakan pasukan di Cobham. Kecederaan Essien ini akan dipantau oleh CFC dalam beberapa hari ini. Fuh, kalau Essien tak sembuh, ini bermakna tak ke Malaysia lah mamat ni. Lepas sorang-sorang pemain tak boleh sertai Chelsea Asian Tour 2011. Ben10 confirm tak leh jejak kaki di Malaysia sebab warganegara Israel. Manakala, jika Brazil layak ke semi-final Copa America, David Luiz dan Ramires turut sama tak datang.

p/s:  Arsenal - Cesc Febregas. Liverpool - Steven Gerrard. Luis Suarez??

29 June 2011

KENAPA MONYOK NI, BUCHUK ?

Apa dah jadi kepada Samir Nasri? Terbaru, Nasri kelihatan sugul ketika menggayakan jersey away the Gunners. Nasri macam tak enjoy ketika sessi penggambaran atau memang dia ni tak pandai bergambar? Macam yang kita tahu, hubungan Nasri dengan Arsene Wenger tak berapa elok. Nasri enggan sign kontrak baru bersama Arsenal. Hrm, apa perancangan Nasri? Takkan merajuk sebab nak join Manchester United kot? =)

28 June 2011

CHELSEA BATALKAN PERLAWANAN DEMI BERSIH V2.0 ?

Fans Chelsea di Belanda mungkin tengah butthurt sebab Chelsea telah membatalkan perlawanan pra-musim mereka dengan Vitesse Arnhem yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai 2011. Hal ini kerana Chelsea mahu mengikuti perkembangan perhimpunan "BERSIH v2.0" yang bakal berlangsung pada tarikh tersebut. LOL. Namun, fans Chelsea di Malaysia tak perlu risau sebab perlawanan di Malaysia mengikut jadual seperti biasa. Senang cita, refer dekat background image kat belakang ni. =)

24 June 2011

JOSE MOURINHO GADUH DENGAN ANDRE VILLAS-BOAS ?

Setakat ini, Andre Villas-Boas masih tidak mendapat sebarang mesej daripada Jose Mourinho di atas perlantikan beliau menjadi manager ke-27 Chelsea. Sumber dalaman memberitahu bahawa hubungan Villas-Boas dengan Mourinho retak. Mereka juga dilaporkan tidak lagi berkawan. Mourinho tak berhubung dengan Villas-Boas semenjak Boas ambil alih Porto tahun lepas. Maybe Mourinho butthurt sebab Andre Villas-Boas tak nak stay dengan dia di Inter Milan. LOL. Sampai bila orang nak follow dia? Baos pun nak maju jugak. =)

21 June 2011

DANIEL LEVY SEDIA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Chelsea berkemungkinan besar akan dikenakan potongan mata sekiranya berkeras untuk memburu dan mempengaruhi Luka Modric untuk sertai the Blues. Chairman Tottenham, Daniel Levy, kini bersedia untuk membuat laporan kepada badan induk Premier League. Beliau menuduh Chelsea cuba membuat pendekatan secara haram untuk memikat Modric. FYI, Chelsea memang mempunyai sejarah buruk dalam memikat pemain yang mereka mahu. Pada 2005, Chelsea didenda £300,000 dan potongan 3 mata sebab memikat Ashley Cole secara haram daripada Arsenal.

Pada 2009 pula, FIFA menjatuhkan hukuman tidak boleh membuat sebarang pertukaran pemain akibat mempengaruhi Gael Kakuta, juga secara haram. Namun, nasib baik denda itu ditarik balik atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, footballcrazie harap Chelsea turut menghormati kelab lain. =)

20 June 2011

MICHAEL BALLACK TOLAK TAWARAN JOACHIM LOW

Michael Ballack secara selamba mengutuk manager Germany, Joachim Low dan menganggap cadangan Low sebagai satu sandiwara. Sebelum ini, footballcrazie pernah keluarkan entri tentang Low yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Ballack untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil. Sila rujuk entri : MICHAEL BALLACK BERSARA DARI AKSI KEBANGSAAN. Ballack berkata :


"Cara dia[Low], memberikan pandangan adalah satu sandiwara. Mengadakan perlawanan persahabatan yang dah lama dirancang disamping perlawanan perpisahan saya adalah satu lawak jenaka. Saya tahu saya terhutang budi dengan fans saya, namun saya tak boleh terima tawaran ini."

Nampaknya, Ballack macam touching sebab dia mahukan perlawanan perpisahan yang betul-betul khas untuknya bukan perlawanan persahabatan. LOL. Ada-ada jer si Ballack ni. Orang dah nak memudahkan kerja, dia buat perkara jadi bertambah rumit. Ronaldo selamba jer buat farewell games masa friendly match. =)

19 June 2011

BERITA BURUK

Selepas Modric tidak mendapat lampu hijau daripada Daniel Levy, kini Kevin De Bruyne, 19, mungkin fikir dua kali sebelum sertai Chelsea. Ini kerana dia tahu Chelsea belum tentu menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama. Mamat ni winger yang memang aku respek. Muda-muda dah power. Dia juga membantu kelab Belgium, Racing Genk untuk menang liga super di sana. LOL. De Bruyne berkata:


"Saya telah fikir tentang masa depan saya dan Chelsea adalah pasukan yang saya idamkan. Namun, apa yang penting adalah saya diturunkan. Bersama Chelsea, ia bukan satu jaminan."


Fuh, seorang lagi budak yang minat bermain di Chelsea namun demi masa depan karier bolasepaknya, dia mungkin akan tolak tawaran ke Stamford Bridge untuk bermain secara pinjaman satu musim di kelab Anderlecht sebagai pendedahan bermain di peringkat Eropah. Apa pun, jom layan video aksi De Bruyne.


13 June 2011

PERSEKUTUAN BOLASEPAK TURKI BENGANG!!

Persatuan Bolasepak Turki (TFA) bengang dengan Guus Hiddink sebab sentiasa mengaitkan dirinya dengan Chelsea. Guus Hiddink dijangka bakal menjadi manager ke-27 Chelsea dalam masa terdekat. CEO TFA, Mahmut Ozgener, ternyata kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Guus Hiddink dan Chelsea. Beliau berkata :


"Kamu [Hiddink] tidak boleh datang dan pergi sesuka hati. Manakala Chelsea pula suka rampas pemain yang masih dalam kontrak. Kami akan mengambil tindakan undang-undang jika Hiddink tinggalkan Turki. Selepas itu, kami akan cuba pancing manager baru iaitu K.Rajagobal."

Terbaik, Roman Abramovich cuma tunggu masa jer nak umumkan Guus Hiddink sebagai manager baru Chelsea. =)

11 June 2011

PERSOALAN JOHN TERRY TERJAWAB

Setelah lama bingung dengan paparazzi yang sentiasa berada di mana beliau pergi, akhirnya John Terry dapat jawapan kenapa paparazzi masih boleh menjejakinya meskipun beliau keluar lewat malam. Rupa-rupanya, kereta Range Rover beliau dipasang pepijat aka bugs secara rahsia oleh paparazzi. Ini membuatkan paparazzi boleh mengetahui lokasi John Terry tanpa menggunakan aplikasi 4Square. Teknologi itu juga yang membantu mengantoikan hubungan John Terry dengan Vanessa Perroncel. Terry berkata :


"Selama ini saya beranggapan mereka menggunakan ilmu hitam untuk menjejaki saya. Saya hampir menggunakan khidmat Uncle Seekers untuk merungkai permasalahan saya ini. Sekarang, baru saya sedar, saya terlampau dipengaruhi dengan rancangan mengarut itu."

Well, with today's technology, it doesn't really matter where you hide. =)

26 May 2011

PENGHINAAN BUAT ANCELOTTI

Pemecatan manager Chelsea, Carlo Ancelotti membawa kerosakan kepada dunia bolasepak menurut pengerusi League Managers' Association (LMA), Richard Bevan. Ancelotti dipecat serta-merta setelah baru sahaja selesai melakukan post interview game bersama-sama para wartawan. Bevan berkata :


"Apa yang Chelsea lakukan terhadap Ancelotti merupakan satu penghinaan kepada manager, penyokong, kelab serta Premier League. Dalam hal ini, Roman Abramovich memrlukan beberapa orang penasihat jika ingin menang Champions League."

Seriously, kesian dekat Ancelotti. Habis madu, sepah dibuang. Apa pun, jom kita layan fakta di bawah tentang pencapaian untuk setiap manager dibawah era Roman Abramovich.


Rekod pengurus di bawah kendalian Roman Abramovich :

• Guus Hiddink 2.43 mata/match
• Avram Grant 2.24
• Jose Mourinho 2.23
• Carlo Ancelotti 2.03
• Claudio Ranieri 1.98
• Luiz Felipe Scolari 1.97


14 May 2011

"BUKAN SALAH DAVID LUIZ" - ANCELOTTI




Ingatkah lagi anda video kat atas? "Not me!" LOL. Ancelotti menolak dakwaan para penyokong yang mengatakan David Luiz punca utama Chelsea tewas lawan Manchester United tempoh hari. Ancelotti lebih melihat perkara itu sebagai kealpaan semua. Ancelotti berkata :


"Saya rasa itu Chelsea tewas bukan sebab dia seorang. Ia adalah tanggungan satu pasukan. Ya, memang saya marah dengan Luiz. Namun, dia tak harus risau sebab dia pemain yang bagus. Dia muda lagi, dia harus fokus untuk 90 minit."

Secara jujurnya, memang David Luiz agak tertekan malam itu selepas kesilapan pertama itu. Kawalan bola kantoi, ball positioning tak betul dan macam-macam lagi. Apa pun, aku harap kejadian itu menjadi pengalaman bermakna buat Luiz di masa depan. =)

10 May 2011

ALEX FERGUSON SOKONG ANCELOTTI

Fuh, terbakar tengok gambar kat atas. Macam tengok Kelantan kena belasah dengan Perak 4-0 pada 12 April lepas. Apa pun, bukan itu yang footballcrazie nak cerita. Terbaru, Alex Ferguson menyatakan sokongan beliau terhadap Carlo Ancelotti. Ferguson berkata :


"Saya amat terkejut jika Ancelotti dipecat. Ancelotti mempunyai KPI yang tinggi. Dia menang The Doubles pada musim lepas. Kenapa kita persoalkan kebolehan beliau? Beliau seorang yang bermaruah."

Tengok? Manager musuh tradisi Chelsea sendiri tolong backup manager kita. Anda pula macam mana? FYI, aku memang seorang yang meminati gaya Ancelotti sejak beliau membimbing AC Milan lagi. Jadi, aku memang Pro-Celotti. LOL ;p

09 May 2011

HIGHLIGHT UPDATED!! Matchday 36

Aku dah update highlight untuk semua game, terutama Manchester United vs Chelsea. Performance Chelsea pada babak pertama semalam memang teruk. Bagi yang tak nak download, anda boleh stream highlight padat kat Video. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!

08 May 2011

LAMPARD DAN FERDINAND TIDAK BERTEGUR SAPA

Defender Manchester United, Rio Ferdinand beritahu bahawa mereka berdua saling berdiam diri dan tidak bertegur sapa terutama ketika penghujung musim. FYI, mereka berdua ni merupakan sahabat baik sejak dari West Ham United lagi. Namun, kepentingan kelab masing-masing mengakibatkan mereka tidak bertegur. Fadilnand Ferdinand berkata :


"Pada awal musim kami saling berbalas SMS dan menghubungi satu sama lain. Namun, apabila berdepan dengan game penentu juara, kami saling membisu. Ia seolah-olah satu perjanjian antara kami."

Erm, sampai begitu serius mereka berdua ni. Baguslah, profesional.  Macam prinsip Petr Cech pula tidak akan sign autograph sebelum game berlangsung. =)
Related Posts with Thumbnails