11 June 2011

PERSOALAN JOHN TERRY TERJAWAB

Setelah lama bingung dengan paparazzi yang sentiasa berada di mana beliau pergi, akhirnya John Terry dapat jawapan kenapa paparazzi masih boleh menjejakinya meskipun beliau keluar lewat malam. Rupa-rupanya, kereta Range Rover beliau dipasang pepijat aka bugs secara rahsia oleh paparazzi. Ini membuatkan paparazzi boleh mengetahui lokasi John Terry tanpa menggunakan aplikasi 4Square. Teknologi itu juga yang membantu mengantoikan hubungan John Terry dengan Vanessa Perroncel. Terry berkata :


"Selama ini saya beranggapan mereka menggunakan ilmu hitam untuk menjejaki saya. Saya hampir menggunakan khidmat Uncle Seekers untuk merungkai permasalahan saya ini. Sekarang, baru saya sedar, saya terlampau dipengaruhi dengan rancangan mengarut itu."

Well, with today's technology, it doesn't really matter where you hide. =)

NEYMAR BELUM MATANG

Lagenda Brazil menyifatkan Neymar sebagai buah mangga apabila beritahu bahawa si Neymar ini masih belum matang apabila beraksi di hadapan penyokong. Dalam masa yang sama, Pele turut membandingkan Neymar dengan Messi. Pele berkata :


"Neymar tidak cukup matang. Dia cepat menggelabah ketika beraksi di hadapan penyokong yang ramai terutama dengan penyokong the red warriors. Namun, Neymar mempunyai kelebihan berbanding Messi. Neymar boleh menjaringkan gol menggunakan kedua-dua belah kaki. Tidak seperti Messi yang kurang percaya terhadap kaki kanannya. "

Erm, mana ni transfer untuk Chelsea musim ini? Bala-bala, semua tak suka dengan pemerintahan diktator Roman Abramovich. LOL

LUKAKU MAHU BERAKSI DI KELANTAN

Bintang Anderlecht, Romelu Lukaku menafikan kenyataan akhbar serta media yang mengatakan bahawa dia tidak melakukan perjanjian dengan Chelsea. Senang cerita, itu semua hanyalah transfer rumours oleh media untuk mempromosikan rancangan mereka. Lukaku berkata :


"Saya banyak baca khabar angin mengatakan saya akan ke Chelsea. Namun, itu tidak benar. Saya akan beraksi untuk Anderlecht bagi perlawanan pra-musim. Buat masa sekarang, saya hanya fokus pada paper PAI berkenaan hukum sah solat. Insyaallah, jika Kelantan menang FA cup pada malam ini, saya mungkin akan beraksi di negeri Cik Siti Wan Kembang. Hidup Tok Guru."

Fuh, nampaknya kita dah tak boleh percaya khabar angin ini 100%. Jadi selepas ini, aku harap korang semua janganlah terlalu menaruh harapan tinggi terhadap transfer rumours. Nama pun rumours. =D

JERSI AWAY 2011/2012



Setelah dua hari menyepi daripada mengeluarkan sebarang post, kali ini aku keluarkan entri seperti biasa. Tidak adil rasanya jika aku mengaut traffik daripada pelawat tanpa memberi info tentang CFC kepada mereka. Terbaru, Chelsea secara official telah mengeluarkan gambar jersi away mereka untuk season depan. Bagi aku ok la daripada jersi away Chelsea pada musim lepas. Ada jugak la kaler biru. Jersi baru ini akan mula dipakai oleh players Chelsea untuk Barclays Asia Trophy 2011 yang berlangsung di Hong Kong bermula pada 27 Julai 2011. FYI, Malaysia pernah menjadi tuan rumah pada 2003. Untuk musim ini di Hong Kong, empat pasukan terlibat iaitu Chelsea, Aston Villa, Blackburn Rovers serta juara liga Hong Kong, Kitchee. Apa pun, jom layan gambar jersi baru ini di bawah.

Related Posts with Thumbnails