20 May 2011

KALOU BUTTHURT SAMA ANCELOTTI?

Ketika ramai pemain Chelsea pertahan kedudukan Ancelotti di Chelsea, lain pula berlaku dekat Salomon Kalou.   Malah, dia tak kisah mana-mana individu untuk memimpin Chelsea pada musim depan. Ditanya kenapa dia tidak pertahan Ancelotti, Kalou sempat gelak sebelum berkata :


"Bukan kami yang putuskan itu semua. Kami ke sini untuk bermain mewakili kelab. Itu terserah kepada lembaga kelab. Tahun lepas, kami menang double sebab pasukan. Tahun ini kami tidak menang apa-apa pun sebab pasukan. Saya tidak mencari alasan. Tak kira siapa pemain dan siapa manager, yang penting para pemain harus bekerjasama dan memberikan aksi yang sebaik mungkin."

Hurm, masa Kalao score late minute goal against Tottenham Hotspur hari itu pun dia serius jer. Maybe kecewa peluang dia untuk bermain dalam kesebelasan utama dah diambilalih oleh Fernando Torres. LOL

AMARAN DARIPADA DANIEL STURRIDGE

Daniel Sturridge semalam memberitahu kepada Chelsea bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Chelsea jika masih tidak diberi peluang untuk turun dalam kesebelasan utama pada musim depan. Setakat ini, Sturridge telah menjaringkan 8 gol daripada 11 perlawanan bersama Bolton sejak dipinjam pada Januari lepas. Sturridge berkata :


"Saya mahu bermain di Chelsea tetapi jika peluang itu gagal diberikan, saya terpaksa berhijrah ke kelab lain. Saya mahu bermain dalam kesebelasan utama untuk Chelsea Football Club. Saya suka bermain untuk Chelsea. Namun, musim depan ia amatlah penting agar saya mendapat tempat dalam kesebelasan utama."

Terbaik, cuba gandingkan Sturridge dengan Torres. Kita tengok hasilnya macam mana. 

KTBFFH
Related Posts with Thumbnails