18 August 2011

PETR CECH CEDERA


Berita yang tak terbaik daripada ladang!! Andre Villas-Boas telah umumkan bahawa Petr Cech akan berehat selama 3~4 minggu akibat kecederaan ligamen lutut semasa melakukan sesi latihan semalam. Manakala David Luiz akan kembali beraksi pada minggu depan menentang Norwich City di Stamford Bridge. Aduh, yang paling mengecewakan ialah kecederaan Petr Cech. Dah la Hilario dengan Turnbull tu macam De Gea je. ;D Apa pun, kita sama-samalah berharap agar dua backup goalkeeper Chelsea ni tak buat hal macam musim yang sebelumnya. ;)


KTBFFH

SALOMON KALOU JADI UMPAN


Nampaknya, hari tidak secerah mana buat Salomon Kalou di Chelsea. Terkini, Chelsea dikatakan akan menggunakan dua umpan untuk memikat Tottenham Hotspur untuk melepaskan Luca Modric dengan menawarkan pakej Benayoun + Salomon Kalou + £27 juta = Luca Modric. Sebelum ini, dua tawaran Chelsea ditolak oleh pengerusi Spurs, Daniel Levy. Namun, dengan pakej dua dalam satu ini, adakah bakal membuka pintu hati si Levy untuk melepaskan Modric yang memang mahu keluar? Sama-samalah kita tunggu kesudahan cerita ini. ;D

KTBFFH

ROMELU LUKAKU SIGN KONTRAK MINGGU DEPAN


Fans Chelsea kini hanya perlu menghitung hari untuk melihat Romelu Lukaku bermain untuk Chelsea. FYI, Lukaku telah pun menjalani medical checkup pada dua minggu lepas dan dijangka akan sign kontrak pada minggu depan. Lukaku dibeli daripada Anderlecht dengan harga £18 juta. Apa pun, kita tunggu jer la saat tersebut. ;)


KTBFFH

LILLE MAHU PINJAM GAEL KAKUTA


Kelab liga Perancis, Lille, kini tengah mendesak Chelsea supaya meminjamkan pemain muda the Blues menyertai kelab itu pada musim baru ini. Namun, Andre Villas-Boas masih enggan memberi kata putus memandangkan Kakuta tengah terlibat untuk kempen Piala Dunia B-20 bersama pasukan Perancis. Tambahan pula, AVB belum test drive si Kakuta ni. So, mana boleh bagi kata putus lagi. ;)

KTBFFH
Related Posts with Thumbnails