20 April 2011

LIVE UPDATED!! ( Chelsea vs Birmingham City ) 2:45 AM


Macam biasa jangan lupa layan game awal pagi nanti hanya di LIVE!! Kita tengok perancangan Ancelotti. Aku rasa Ancelotti akan guna formasi 4-3-3. Turut berlangsung ialah game Tottenham Hotspur vs Arsenal. Pukul 3 pagi pula piala Copa Del Rey, Barcelona vs Real Madrid. 


Last but not least, pukul 1.30 pagi esok juga ada game *FA Youth Cup semi-final kedua antara Manchester United vs Chelsea. Chelsea berkunjung ke Old Trafford dengan agregat 3-2. Erm, banyak pula game best. Namun, Chelsea tetap menjadi pujaan hatiku. =D


*Fixed! Terima kasih Kucing Mainan atas teguran anda. Macam inilah readers yang kita mahu, bukan hanya kutuk dan jadi Anonymous. =) 

SOALAN RAMALAN SPM 2011

Soalan pertama ialah :

Apakah faktor utama kejatuhan Chelsea?

  1. Pemecatan Ray Wilkins
  2. Kecederaan pemain berpengalaman seperti Lampard, Drogba dan Terry
  3. Polisi membawa masuk pemain muda dalam skuad
  4. Penjualan pemain berpengalaman seperti Ballack, Deco dan Joe Cole
  5. Penyerang hilang deria membunuh 

 A) I  dan II sahaja                         C) II, III dan IV sahaja
 B) I, IV dan V sahaja                    D) Kesemua di atas

Jawapan daripada Ancelotti: C
Tunggu skema jawapan malam karang yer. =D

ANONYMOUS ???

Entri ini tiada kena mengena dengan pengomen misteri. Sebenarnya, aku nak bawa isu pengganti Carlo Ancelotti nanti jika Roman Abramovich ini gila juga nak pecat manager pujaan hatiku ini. Banyak rumours calon-calon yang aku dengar bakal menggantikan tempat Ancelotti. Antaranya :

  • Frank Rijkaard
  • André Villas Boas
  • Guus Hiddink
  • Harry Redknapp
  • Marco Van Basten
  • B. Sathianathan

Harus diingat, mereka yang menerima tawaran Roman Abramovich harus berdepan dengan cita-cita serta par yang tinggi sebagaimana telah diconfig oleh Roman Abramovich. Tambahan pula, manager tidak mempunyai kuasa penuh seperti Sir Alex Ferguson rasai di Manchester United. SAF mempunyai kuasa untuk menentukan siapa pemain pergi dan masuk. Persoalannya sekarang :


"Kalau pecat Ancelotti, pengganti baru pula kantoi dari first season. Macam mana? Pecat lagi?"


Renung-renungkan dan selamat beramal. =D

    HIGHLIGHT UPDATED!! Newcastle United vs Manchester United


    Aku dah update highlight untuk game awal pagi tadi. Nampak sangat Manchester United terdesak untuk menang semalam sampaikan Chicharito sanggup 'menyelam' dalam kotak penalti. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!
    Related Posts with Thumbnails