01 September 2011

TRANSFER WINDOW UPDATE!!!!


Akhirnya jendela perpindahan dah tertutup rapat pada pagi ini. Chelsea berjaya mendapatkan midfielder Liverpool yang juga bekas pemain Porto iaitu Raul Meireles. Meireles, 28, mengejutkan Anfield apabila menghantar surat kepada lembaga pengarah Liverpool untuk berpindah ke kelab lain. Hasilnya, Meireles diikat oleh Chelsea dengan kontrak selama empat tahun dengan jumlah perpindahan yang dirahsiakan. Manakala Yossi Benayoun, Patrick Van Aanholt, Ulises Davila masing-masing dipinjamkan ke Arsenal, Wigan Athletic dan Vitesse Arnhem sehingga musim 2011/12 tamat. Gael Kakuta pula dipinjamkan ke Bolton Wanderers sehingga 1 Januari 2012.

Apa pun, footballcrazie mengucapkan selamat datang buat Raul Meireles. ;)


KTBFFH

Related Posts with Thumbnails