15 June 2011

LAST DAY (MUST READ)


Come on!! Hari ini merupakan last day sebelum tempahan untuk t-shirt cool ini ditutup. Sebarang tempahan selepas hari ini tidak akan dilayan. Selain itu, Malaysian Blue Army Supporters (MBAS) turut menganjurkan hari keluarga pada 2 Julai 2011. =) Klik link di bawah untuk info yang lebih terperinci.


HARI KELUARGA MBAS


Sesiapa yang menempah t-shirt melalui info dalam blog ini, sila tinggalkan nama penuh anda dalam ruangan komen untuk tujuan semakan sahaja. Tiada potongan harga sebab aku pun beli harga tu jugak. ;p

GILIRAN JEFFREY BRUMA

Wow!! Hamburg memang betul-betul aim pemain muda Chelsea. Terbaru, Jeffrey Bruma telah pun diloan daripada Chelsea selama dua tahun. Sebelum ini pun aku dah pernah keluarkan entri tentang minat bekas manager Hamburg, Armin Veh untuk dapatkan Bruma. Korang boleh refer kat sini. SAYA MAHU JEFFREY BRUMA - VEH. Akhirnya, Hamburg berjaya juga mendapatkan khidmat Bruma tambah-tambah si Frank Arnesen dah bekerja untuk mereka. =)

DUA MINGGU SAHAJA LAGI

Fans Chelsea tidak perlu tunggu lama lagi setelah CEO Chelsea sendiri berkata bahawa pengurus baru bakal diumumkan dalam masa dua minggu. Ini bermakna Chelsea telah pun mempunyai calon. Siapa? Aku rasa tidak perlulah dihebohkan sebab aku rasa Guus Hiddink calon utama. Ron Gourlay berkata :


"Abramovich mahu masa dua minggu lagi sebab buat masa sekarang beliau komited terhadap Maharaja Lawak. Insyaallah, selepas Nabil tersingkir, barulah beliau akan mula duduk berbincang dengan kami."

Fuh, finally, tak perlu teka bila lagi nama manager baru akan diumumkan sebab dah dapat due date daripada CEO Chelsea.

ESSIEN KEKAL DI CHELSEA

Michael Essien menolak laporan media yang dia mungkin akan berhijrah ke Real Madrid. FYI, Essien mahu menghabiskan baki kontrak 4 tahun di Chelsea. Agen Essien, Fabien Piveteau berkata :


"Hubungan Essien dengan Mourinho baik. Cuma Real Madrid tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapatkan beliau. Beliau amat gembira berada di London. London sebuah kota yang penuh dengan kelab malam. Essien memang suka clubbing."

Kalau Essien tinggalkan Chelsea, aku rasa lagi havoc kalau tiada pengganti yang lagi bagus atau setaraf dengan dia. =)
Related Posts with Thumbnails