14 January 2011

CUKUP SEKADAR RM80 JUTA

Nampaknya Chelsea telah menetapkan pendirian mereka utk berbelanja RM80 juta kepada defender Benfica, David Luiz. Jika Benfica letak harga lebih mahal, Chelsea tidak akan teragak-agak utk membeli di Pasaraya Giant pula. LOL ;p The Blues membuat pengumuman ini setelah Benfica bgtau mereka tidak akan melayan harga yg diletakkan di bawah sasaran mereka iaitu RM100 juta.

Chelsea xnk letak harga tinggi memandangkan David Luiz xleh beraksi utk Champions League musim ini akibat berdaftar utk pasukan Benfica. Sebelum ni Benfica telah meramalkan yg Chelsea akan patah balik utk mendapatkan Luiz jika the Blues gagal dapatkan pemain pertahanan pada musim panas thn lepas. Ternyata tekaan mereka tepat sekali. =) Nmpak sgt Chelsea ni merupakan target buyer diorng.

KTBFFH

DROGBA BEREHAT

Ancelotti dikatakan bakal merehatkan Drogba bg memberi peluang kepada Daniel Sturridge utk turun dalam kesebelasan utama menentang Blackburn Rovers nnti. Drogba kini tgh bergelut dgn kecergasan serta malaria. Setakat ini, Drogba hanya menjaringkan 1 gol daripada 5 perlawanan. Satu rekod yg buruk bagi seorng penyerang. Rehat la Drogba. =)

KTBFFH

AC MILAN MAHU JOSE BOSINGWA

AC Milan kini tgh mencari peluang terbaik utk dapatkan pemain bek kanan Chelsea, Jose Bosingwa dgn harga diskaun. Bosingwa, 28, dibeli dari Porto dgn harga RM78 juta pada 2008 dan akan tamat kontrak sehingga penghujung musim ini. Jadi, Milan mahu menggunakan kesempatan ini utk memancing the Blues agar menjual mamat ni dgn harga yg murah. Ini kerana, Chelsea mungkin tidak akan menyambung kontrak Jose memandangkan selalu mengalami kecederaan.

Aku rasa Chelsea akan lepaskan gak Bosingwa. Ini kerana, mereka tgh gila cari pemain pertahanan skrng utk gantikan pemain senior. Apa pun, all the best to the club

KTBFFH

CHELSEA SEMAKIN HAMPIR??

Menurut akhbar di Jerman, Chelsea telah masuk fasa kedua utk mendapatkan pemain pertahanan Borussia Dortmund, Neven Subotic. Subotic, 22, adalah satu kampung dgn Ivanovic [Serbia]. =p Akhbar tersebut bgtau yg Chelsea membida mamat ni dgn harga RM84 juta. Selain Chelsea, Manchester United dan Real Madrid turut mengikuti perkembangan Subotic.

Setakat ini, Jeffrey Burma dan Patrick van Aanholt memberi sumbangan bg menggantikan pemain senior. Namun, tanpa John Terry dan Alex, the Blues seakan tergugut. Ivanovic lak tak menang tangan nak cover semua. Mana ni pemain baru Chelsea??

KTBFFH
Related Posts with Thumbnails