15 August 2011

LIVE UPDATED!! ( Manchester City vs Swansea City ) 3:00 AM


Tepat pukul 3.00 pagi nanti, Manchester City akan melayan kunjungan kelab baru naik iaitu Swansea. Adakah Sergio Aguero akan buat debut awal pagi nanti? Sama-sama kita lompat terus ke LIVE!!

ANDRE VILLAS-BOAS MAHU ENAM MIDFIELDER


AVB secara terbuka beritahu bahawa beliau mahu membawa masuk pemain midfielder dalam skuad the Blues. Hal ini menjadi semakin penting apabila dua midfielder Chelsea mengalami kecederaan iaitu Mikel dan Essien. Macam yang semua tahu, Chelsea tengah memburu Modric. Namun, jika Spurs tidak mahu melepaskan Modric, AVB berkemungkinan besar akan beralih ke pelan B iaitu cuba mendapatkan Scott Parker daripada West Ham United. ABV berkata :


"Kami bermain menggunakan formasi 4-3-3. Setakat ini, kami hanya mempunyai 25 orang pemain. Untuk persediaan dalam satu perlawanan, saya memerlukan enam orang pemain tengah. Namun, kami kini cuma mempunyai empat pemain sahaja."

Kita tunggu apa yang bakal berlaku sebelum 31/8/2011 ini menjelma. ;)

KTBFFH

SERI 0-0


Semalam kita menyaksikan bagaimana Chelsea terikat 0-0 dengan tuan rumah, Stoke City. Meskipun Chelsea menguasai hampir 65% perlawanan, the Blues gagal untuk menjaringkan gol. Ini kerana performance yang superb dipamerkan oleh goalkeeper Stoke City, Asmir Begovic dalam menafikan beberapa cubaan berbahaya daripada Chelsea. Berita baik pula, Torres sudah mula mempamerkan aksi yang meyakinkan serta cuba mencipta beberapa peluang yang terbaik. 

Apa pun, Chelsea akan menerima kunjungan West Bromwich Albion pada 20 hb 8 manakala laluan sukar menanti Manchester United yang menerima kunjugan Tottenham Hotspur pada keesokkan harinya. Footballcrazie sudah update semua highlight matchday 1 beserta Spanish Super Cup antara Real Madrid vs Barcelona. Korang bolah ushar kat Download Highlight!! ;)

Related Posts with Thumbnails