19 March 2011

LIVE UPDATED!! ( Manchester United vs Bolton Wanderers ) 11.00 PM


Adakah Manchester United akan kalah sebab Daniel Sturridge? Jom kita saksikan di LIVE!!

LIVE UPDATED!! ( Tottenham Hotspur vs West Ham United ) 8:45 PM



Jangan lupa saksikan perlawanan Premier League malam ini hanya di LIVE!!

JOHN TERRY BERSEMANGAT - ANCELOTTI

Ancelotti beritahu bahawa John Terry kini semakin bersemangat setelah mendapat balik armband kapten England meskipun buat sementara waktu. Capello dikhabarkan akan bagi balik kepada Ferdinand apabila dia sembuh. Beliau berkata :


"John Terry begitu teruja ketika diangkat sebagai kapten England. Diharap berita ini mampu menyuntik semangatnya ke dalam Chelsea."


Terbaik. Kita tunggu hasil pertemuan Chelsea vs Manchester City pada 21/3/2011 pukul 12.00 tengah malam waktu Malaysia hanya di LIVE!! Semalam masa final Raja Lawak 5, host Jozan beritahu ada siaran Manchester City vs Chelsea. Erm, berlaku kesilapan di situ nampaknya. Aku namakan pertemuan Chelsea vs Manchester City sebagai Battle of Riches. =)

CHELSEA VS MANCHESTER UNITED

Chelsea memang power tetapi mereka di bawah tahap sebenar sejak beberapa bulan ini. Bintang seperti Drogba, Anelka, Torres, Lampard dan John Terry akan menjadi sandaran kita. Mereka itu semua boleh aku katakan sebagai match winner. The Blues boleh gunakan peluang ini untuk menebus kekecewaan ketika final di Moscow. Namun, kita tak boleh pandang rendah Manchester United. 

Tentu banyak yang mereka belajar daripada pertemuan yang lepas, yang kita menang tu. LOL. Apa aku boleh katakan, ini merupakan silverware yang harus Chelsea dapatkan untuk mengembalikan maruah mereka. Lupakan aksi Manchester United, kita harus fokus kepada pasukan kita sendiri. David Luiz pula dah tak boleh buli Rooney sebab dia tak layak beraksi dalam Champions League untuk Chelsea sebab dah bermain untuk Benfica musim ini.

Ramalan aku Chelsea menang 3-1 secara aggregat. Pembaca semua pula macam mana?


KTBFFH

DROGBA FIKIR MASA DEPAN

Drogba beritahu kepada media yang dia belum pasti masa depan dia bersama Chelsea untuk musim depan. Kini, semakin ramai penyerang berebut tempat dalam kesebelasan utama. Kalou, Torres, Anelka, Malouda malah Sturridge akan pulang musim depan selepas mengharungi baki kempen Premier League bersama Bolton Wanderers dengan cemerlang. Drogba berkata :


"Saya akan berbincang dengan Chelsea nanti. Ancelotti telah menjelaskan perkara sebenar tentang pertukaran pemain untuk setiap game. Ia adalah penting bagi menempuhi game yang banyak. Komunikasi bersama pengurus juga amat diperlukan supaya kamu tahu apa nilai kamu di dalam satu pasukan."

Setakat ini, Drogba masih lagi buntu mencari gol dalam 9 perlawanan. Pergh, Torres pun follow Drogba juga. LOL 
Related Posts with Thumbnails