07 September 2010

LIVE UPDATED!! ( Russia vs Slovakia ) 11.00 PM


Sementara nk menunggu saingan BPL bermula balik pada hari Sabtu ni, jom kita layan perlawanan kelayakan Euro 2012 mlm ni. Mcm biasa, silalah ke tab LIVE!!!

ASHLEY COLE : PEMAIN SERBA BOLEH


Suka atau x, Ashley Cole seorng pemain pertahanan yg terbaik di England dan kt dunia ni. Di bawah kendalian Ancelotti, Cole telah menjadi pemain bek kiri dlm masa yg sama leh berfungsi sbgi paksi strategi menyerang Chelsea. Fullback mmg penting dlm mana2 pasukan dan Ancelotti telah berjaya bawa Cole ke dimensi baru. Dgn Cole naik ke atas, ini akan menarik pemain pertahanan lain utk marking dia lantas membuka ruang kepada pemain penyerang utk bebas ke depan.


MILOVAN RAJEVAC PERTAHAN ESSIEN


Keputusan Michael Essien utk berehat seketika daripada sertai Ghana utk memberi fokus kepada Chelsea mendapat reaksi yg positif dari jurulatih Ghana, Milovan Rajevac. "Essien sblum ni telah alami kecederaan 2 tahun berturut-turut dgn pasukan kebangsaan. Ini menjejaskan prestasi beliau." jelas Rajevac.

DANIEL STURRIDGE BUANG IMEJ BUDAK JAHAT


Daniel Sturridge tiba di Chelsea dgn imej budak jahat. Sturridge dikatakan akan menggantikan tempat Anelka utk jangka masa panjang nnti. "Ramai kritik saya sebab tinggalkan Man City utk ke Chelsea. Mrk mendakwa yg saya ni mata duitan. Namun, aper yg saya mahukan sebenarnya adalah trofi. Buktinya, kami jadi juara berganda musim lepas." jelas Sturridge. Dia gak bgtau yg dia tidak menyesal sertai Chelsea. Btul tu, klu kekal kt Man City, bkn leh main pun. Hehe ;p

ANCELOTTI DEDAH RAHSIA KEJAYAAN


Carlo Ancelotti menjelaskan kt media bahawa usaha tanpa jemu serta biasa hidup susah merupakan rahsia kejayaan beliau utk berjaya mcm hari ini. Ancelotti bgtau yg dia dah biasa tolong keluarga dia utk menternak lembu walaupun ketika cuti hujung minggu. "Lembu mesti diberi makan, 2 kali sehari. Sewaktu saya tidak bersekolah, ayah akan kejutkan saya utk bgn minum kopi sebelum kami sama-sama bersarapan bersama-sama lembu kami." seloroh Ancelotti.

SAYA TIDAK AKAN KEMBALI - ANELKA


Penyerang Chelsea dan Perancis, Nicolas Anelka telah tampil utk sidang media sekali lagi yg dia tidak akan sertai skuad Perancis seumur hidup lagi walaupun sudah diberi pengampunan. "Saya yakin 100% yg jiwa saya kina hanya utk the Blues." jelas Anelka. Dia gak bgtau yg dia selalu bersedia utk bermain bersama Chelsea utk setiap minggu. Buang yg keruh (Perancis), ambil yg jernih (Chelsea). LOL ;p
Related Posts with Thumbnails