04 March 2011

PETR CECH OPTIMIS

Petc Cech beritahu yang kemenangan 2-1 terhadap Manchester United merupakan saat kebangkitan Chelsea. Dia juga sedar bahawa peluang untuk Chelsea menang Premier League musim ini ibarat mendaki gunung. Cech berkata :


"Masih ada 33 mata untuk dicapai. Namun, ia bergantung kepada Manchester United bagaimana kekalahan terbaru ini mempengaruhi permainan mereka. Kemenangan terhadap mereka amat bermakna. Ini kerana mereka adalah musuh tradisi kami."

Selepas ini Chelsea akan berkunjung ke Bloomfield Road untuk menentang Blackpool. Harap momentum kemenangan ini kekal sehingga akhir musim.

4 GAME TANPA GOL

Sejak Fernando Torres sertai Chelsea dari Liverpool, masih belum ada sebarang gol berjaya dia jelmakan. Banyak media bertanya tentang situasi ini kepada Ancelotti. Ancelotti berkata :


"Saya minta dia bermain untuk pasukan bukan untuk personal glory. Selagi dia memberi tekanan dan bergerak lancar ke depan, saya tiada masalah. Orang mengadili permainan Torres melalui jumlah gol, saya  pula melihat dari sudut sumbangan dia kepada pasukan."

Terbaik, kalau gol tapi tak menang tak guna juga. Macam Manchester United, gol awal siap depa tangan hirup udara segar lagi. Akhirnya MENANG juga mereka, MENANGgung kekalahan. LOL =D


KTBFFH,

KALAU LAH KALOU MENANG CHAMPIONS LEAGUE

Salomon Kalou beritahu yang Chelsea ibarat sebelah kaki ke final Champions League. Ini sebab venue untuk games final Champions League akan diadakan di Stadium Wembley pada musim ini. Kalou berkata :


"Saya suka bermain di Wembley. Dah 4 kali saya menang beraksi di sana. Setiap kali kami ke sana, kami sentiasa menang. Jadi, ia adalah suasana yang amat bagus."

FYI, sejak Kalou sertai Chelsea pada 2006, dia dah menang 4 trofi ketika beraksi di Wembley. Antara trofi yang dia julang di Stadium Wembley ialah :

  • Carling Cup 2007
  • FA Cup 2007
  • FA Cup 2009
  • FA Cup 2010

KTBFFH

SIR ALEX FERGUSON BAKAL DIDENDA

FAM FA bakal mengenakan denda terhadap Sir Alex Ferguson sebab mengkritik pengadil perlawanan, Martin Atkinson secara terbuka di media. Ini secara tidak langsung menjatuhkan kredibiliti pengadilan di England. Kalau nak diikutkan, banyak lagi denda yang bakal dikenakan terhadap dia ni sebab dah banyak kritikan celupar keluar dari mulut Ferguson. Dia bakal dikenakan penggantungan perlawanan yang akan dibincangkan nanti. Padan muka Ferguson. 

ps : Aku nak tahu sangat chewing gum apa yang Ferguson selalu kunyah. Tahan lama tu. ;p

RIO FERDINAND LUPA MACAM NADZMI RAJA LAWAK 5

Nampaknya, impak kekalahan Manchester United ditangan Chelsea turut meninggalkan kesan kepada Rio Ferdinand. Rio berkata :


 "Saya tidak nampak pembelanjaan Chelsea untuk pemain baru membuahkan hasil pada musim ini. Untuk musim depan, ya."

Satu lagi kenyataan lupa ingatan daripada Ferdinand. Erm, siapa yang jaringkan gol penyamaan awal pagi semalam? It's David Luiz, the new signing. Ha, kan dah speaking London aku ini. LOL. Dia lupa kot. ;p Aku tahu Chelsea tak mampu lagi kejar Manchester United. Tetapi, Chelsea boleh menjadi penentu juara samada Arsenal atau Manchester United. Jadi, The Blues Army semua, pasukan mana korang sanggup tengok julang trofi musim ini? 
Related Posts with Thumbnails