23 June 2011

PRESIDEN PORTO REDHA

Berikutan perletakan jawatan oleh Andre Villas-Boas untuk meneruskan karier beliau di Chelsea, Presiden FC Porto, Pinto Da Costa, menafikan khabar angin yang mengatakan dia naik angin dengan Villas-Boas. Da Costa menganggap bahawa ini perkara biasa dalam bolasepak di mana manager muda seperti Villas-Boas mahu mencari pengalaman di serata tempat. Da Costa berkata :


"Kami tidak kecewa dan marah sebab bayaran pampasan telah pun kami terima. Sudah tentu Villas-Boas memainkan peranan penting untuk kejayaan Porto. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Andre Villas-Boas."

Bagus. Inilah dikatakan profesional. =)

£27 JUTA UNTUK DAVID LUIZ

Berita mengarut dan mencarut! Barcelona dilaporkan akan cuba membuat bidaan sebanyak £27 juta untuk mendapatkan defender Chelsea, David Luiz. Sebelum menyertai Chelsea, Luiz bermain untuk Benfica Lisbon. Chelsea membeli Luiz dengan harga £21.4 juta. Siapa sangka, Luiz begitu cepat menyesuaikan diri di Chelsea. Luiz menjaringkan dua gol daripada 12 game iaitu ketika menentang Manchester United dan Manchester City. Satu rekod yang bagus untuk seorang defender

Barcelona mahu mencari back-up untuk kapten mereka, Carles Puyol yang sering mengalami kecederaan lutut sejak kebelakangan ini. Footballcrazie rasa simpan je lah hasrat murni Barcelona itu sebab Luiz tak akan dijual buat masa ini. =)


KTBFFH

MESEJ PERTAMA ANDRE VILLAS-BOAS

Andre Villas-Boas memberi mesej pertama kepada seluruh fans Chelsea supaya tidak meletakkan harapan tinggi kepada beliau memandangkan beliau hanyalah insan biasa. Boas, 33, kembali ke Chelsea dengan rekod yang cemerlang iaitu menag treblebersama Porto. Beliau berkata :


"Jangan harapkan apa-apa daripada seorang individu. Saya berharap kami mampu membentuk kumpulan yang dinamik secara bersepadu dengan sokongan pemain serta penyokong."


Jom layan video pengisytiharan hari raya puasa oleh Andre Villas-Boas untuk seluruh fans the Blues:



Terbaiklah, manager dah dapat. Kali ini kita tunggu players mana pula Chelsea bakal bawa masuk nanti. =)
Related Posts with Thumbnails