04 January 2011

LIVE UPDATED!! ( Manchester United vs Stoke City ) 4:00 AM


Adakah Manchester United mampu kekalkan rekod mereka tanpa kalah kepada 20 perlawanan? Jom saksikan awal pagi nnti di LIVE!! Aku tertunggu-tunggu matchday 23 & 27. Kalau diorang menang, baru aku respect. =p

CHELSEA MERUDUM SEBAB ORANG LAMA?

John Terry dan Ashley Cole dah berumur 30 thn bulan lepas. Manakala tonggak depan Chelsea, Didier Drogba, Florent Malouda dan Nicolas Anelka, semuanya dah 30-an termasuk midfielder terbaik, Frank Lampard. Anelka tidak menjaringkan gol sejak 3 November. Malouda pula scored 7 gol daripada 9 penampilan dan hanya jaringkan 1 gol sejak kebelakangan ini. Lampard pula baru kembali daripada rehat selama 4 bulan. Terry pula baru sembuh daripada masalah saraf. Ashley Cole mempunyai masalah pergelangan kaki yg memerlukan 2 hari rehat utk setiap game yg disertai. Michael Essien pula terpaksa main berhati2 selepas mengalami 2 kali kecederaan lutut yg amat serius.

Pujian harus diberikan kepada Drogba. Meskipun dia beraksi buruk sejak kebelakangan ini, dia masih mempengaruhi perlawanan serta menjadi pemain yg mencetuskan gol ketiga. Contoh terbaik ada pada Manchester United, Mereka menerapkan pemain muda tanpa menjejaskan kualiti keseluruhan permainan mereka. Ancelotti pula terpaksa terima saja keputusan bangang dari lembaga pengarah. ;p

BEBAN CARLO ANCELOTTI

Musim lepas, 5 pemain bergaji besar di Chelsea telah disingkirkan dari skuad : Michael Ballack, Joe Cole, Ricardo Carvalho, Deco dan Juliano Belletti. Yang dtg pula Yossi Benayoun, Ramires dan skuad piala presiden Jeffrey Bruma, Patrick van Aanholt, Gael Kakuta dan Josh McEachran. ;p Tindakan ini memberi penjimatan sbyk £20 juta setahun namun Ancelotti tidak percaya akan idealogi Frank Arnesen ini mampu menolong Chelsea hingga tamat musim 2010/11. Hasilnya, kita boleh lihat apa yg berlaku skrng ni. Pengurus terpaksa guna pemain kurang berpengalaman, org lama masih perah keringat sampai cedera serta penggantungan perlawanan.

Skuad utama Ancelotti boleh dikatakan yg terkuat di England namun sama dgn Wigan, mereka hanya ada 19 pemain dlm skuad, berbeza dgn Man Utd yg memiliki 29 pemain. The Blues tidak sebagus thn lepas, juga x berpengalaman spt musim sudah. Tiada sesiapa yg fresh. Sbb itulah kita bermula dgn baik kemudian segalanya terhenti. Mana tidaknya, semua dah cedera pastu xde pula pemain berpengalaman utk rotate. Org yg bagi idea ni, Frank Arnesen plak bgtau nk cabut hujung musim ini. Cam cipan. ;p Harap Roman sedar la hal ini dan tidak memecat Ancelotti.

KTBFFH
Related Posts with Thumbnails