07 June 2011

PERANG PEMBELIAN WESLEY SNEIJDER BERMULA

Guus Hiddink dilaporkan tengah mempengaruhi Chelsea untuk mendapatkan bintang Inter Milan, Wesley Sneijder, 27, daripada seteru mereka, Manchester United. Guus Hiddink dijangka akan dilantik secara rasmi sebagai manager Chelsea yang ke-27 pada minggu depan. Sneijder sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk bermain di England.

Alex Ferguson telah lama memerhatikan Sneijder sebagai calon utama bagi menggantikan Paul Scholes. Namun, dengan permintaan gaji sebanyak £200K seminggu mungkin akan membantut hasrat United. Ini menjadikan Chelsea dan Manchester City menjadi calon tuan rumah yang ideal untuk cita-cita si Sniejder. =D

GILIRAN GOKHAN TORE SERTAI HAMBURG

Seorang demi seorang pemain skuad muda Chelsea telah berhijrah. Terbaru, Hamburg telah pun berjaya mendapatkan striker Chelsea, Gokhan Tore, 19. Tore telah pun sign kontrak untuk kekal di Hamburg selama 3 tahun. Ini menjadikan Tore pemain ketiga daripada skuad simpanan Chelsea yang berhijrah ke Hamburg selepas Jacopo Sala dan Michael Mancienne. Tore berkata :


"Saya akan lakukan yang terbaik untuk Hamburg. Kelab ini penuh dengan tradisi."


Pengarah Sukan Hamburg, Frank Arnesen, yang juga pernah menjawat jawatan yang sama di Chelsea menyifatkan Tore seorang pemain yang kuat dari segi fizikal serta berbakat. Erm, ramai dah pemain muda Chelsea berhijrah sebab nak develop karier masing-masing. Good luck, lads. =)

p/s: Frank Arnesen dah macam K.Rajagobal. Suka pakai skuad pelapis. Correct, correct, correct!

FARIO BORINI TAK MENYESAL

Bekas penyerang Chelsea, Fabio Borini gembira sebab dapat berhijrah ke Parma. Dia kini telah bersetuju untuk ke liga Serie A, Itali selepas kontraknya bersama Chelsea luput. Ditanya oleh media tentang keputusannya ini, Borini berkata :


"Saya tidak menyesal sebab Parma merupakan kelab besar yang mempunyai perancangan untuk skuad pelapis. Mungkin selepas ini, saya akan kembali ke Premier League. Saya gembira ketika di Swansea. Penduduk di sana amat peramah."

Good luck, Borini. Memang pilihan yang tepat. =D

DARREN BENT MAHU ANCELOTTI DI ASTON VILLA

Penyerang Aston Villa, Darren Bent percaya Carlo Ancelotti akan menjadi manager yang bagus untuk kelab itu. Aston Villa dilaporkan tengah mencari pengganti manager yang baru setelah bekas manager mereka sebelum ini, Gerard Houllier dipecat. Namun, terdapat sumber terbaru menyatakan Ancelotti mahu berehat selama setahun sebelum menyambung balik karier beliau. Erm, boleh percaya ke? 

ZOLA PILIH HARRY REDKNAPP

Ketika seluruh fans Chelsea mahu Guus Hiddink menjadi manager baru Chelsea, berlainan pula bagi  Gianfranco Zola. Beliau memilih untuk melihat manager Tottenham, Harry Redknapp berkuasa di Stamford Bridge. Redknapp, 64, beritahu bahawa dia tidak mendapat sebarang tawaran daripada CFC namun terdapat pemain senior Chelsea mahu beliau membimbing the Blues. Zola berkata :


"Harry mempunyai gaya tersendiri untuk berjaya di mana-mana. Dengan kualiti yang dimiliki beliau, tiada siapa meragui kemampuaannya. Sebagaimana fans Chelsea lain, saya bersimpati dengan Carlo Ancelotti."

Damn, the most cruel way of sacking manager. ;(
Related Posts with Thumbnails