09 April 2011

LIVE UPDATED!! ( Chelsea vs Wigan Athletic ) 10.00 PM


Macam biasa jangan lupa layan game malam nanti hanya di LIVE!! Kita tengok perancangan Ancelotti malam karang. Aku rasa Ancelotti akan guna formasi 4-3-3 sebab masa nak lawan Manchester United nanti mesti nak serang kaw-kaw punya.

(SERIUS) CARA TERAKHIR NAK BAGI TORRES GOL

Ok, kali ini entri aku amat serius, bukan macam entri lawak ni : CARA TERAKHIR NAK BAGI TORRES GOL. Antara cara-caranya ialah :

  1. Membeli seorang pemain Sepanyol yang dah biasa main bersama Torres seperti Sergio Ramos
  2. Tunggu Benayoun main balik, confirm Benayoun assist gila-gila dekat Torres
  3. 'Sekolahkan' midfielders sekalian agar sedar diri. 
  4.  Jangan bermain untuk Torres, tapi bermain bersama-sama Torres.


Point no.1 tu straight forward. Sebab aku nampak performance Ramires lagi top setelah ada geng sebaya dengan dia iaitu David Luiz. Point no.2 pula senang sikit nak explain, hanya Benayoun mengenal manikam. LOL. Point no.3 memang best. Aku perhatikan midfielders Chelsea ni dah macam strikers pula, berebut nak jaring gol meskipun berpeluang assist kepada strikers yang lagi bagus positioning pada waktu itu. Point no.4 pula dah macam quote PM Malaysia ke-4, Pak Lah. So, anda setuju ke dengan pendapat footballcrazie? =D

JOHN TERRY LANTIK KAPTEN BARU CHELSEA?

Pertama sekali, ok tak tajuk entri tu? Aku pun confuse. Apa pun, John Terry secara terbuka beritahu bahawa David Luiz adalah calon yang sesuai untuk gantikan dia sebagai kapten Chelsea suatu hari nanti. FYI, John Terry menjawat jawatan kapten the Blues sejak 2004. Sebelum ini, beliau tidak pernah menamakan mana-mana individu sebagai gantinya. Tapi, ini lain pula. Terry berkata :


"Luiz amat menyerlah di padang serta menggamatkan suasana di kem latihan. Dia seorang pemain yang mahu belajar. Saya yakin dia mungkin akan menjadi kapten Chelsea suatu hari nanti."

Erm, apa ilmu guna-guna David Luiz pakai sampai John Terry pun tunduk dengan Luiz? Yang semestinya, aku memang respect Luiz. Dia begitu cepat sesuaikan diri dengan gaya permainan di Premier League. Even, fans Manchester United pun ketar kepala lutut jika mamat ni boleh main lawan mereka. Terbaik.

9 GAME TANPA GOL

Erk, tersedak aku jika mana-mana striker yang baru beli tak dapat jaringkan gol dalam 9 game. Tambahan pula team Chelsea tercinta ini. Apa pun, aku tak setuju pendapat yang mengatakan bahawa Torres ini sampah macam glory hunter lain. Setuju atau tak, dia banyak main peranan untuk kucar-kacirkan defend lawan. Cuma kadang-kadang tu finishing dia amat mengecewakan sejak tak gol dari Januari 2011 lagi. 

Game Chelsea vs Manchester United untuk Champions League tempoh hari mengembalikan keyakinanku terhadap Spaniard ini. Cuma, aku rasa Torres agak keseorangan di atas padang. Pemain kalau boleh tak nak pass bola kepada dia. Mungkin sense of trust tu tak ada lagi. Tak apa, Insyaallah gol lawan Wigan nanti.


KTBFFH,
Related Posts with Thumbnails