13 February 2011

LIVE UPDATED!! ( Bolton Wanderers vs Everton ) 12:00 AM



Jangan lupa saksikan perlawanan antara Bolton Wanderers dan Everton hanya di LIVE!!

KAMI MASIH BERJUANG - FRANK LAMPARD

Frank Lampard menafikan bahawa para pemain Chelsea dah mengaku kalah terhadap cabaran Premier League musim ini. Dengan kekalahan 0-1 terhadap Liverpool minggu lepas, perlawanan derby dengan Fulham merupakan satu game yang mesti kena menang. Seri atau kalah akan memburukkan lagi keadaan. Lampard berkata:


"Mereka salah jika fikir kami dah mengaku kalah untuk Premier League. Di Chelsea, kami masih rasakan kami berpeluang. Dua game lawan United akan menjadi kayu ukur. Samada itu akan tentukan juara liga, kami pun tak tahu. Apa yang penting adalah fokus untuk Chelsea berbanding fikir prestasi United."


Dengan baki 13 perlawanan lagi, mampukah Chelsea mengejar Manchester United? Sama-sama kita renung-renungkan dan selamat beramal. LOL

SAYA AKAN BERI PERSEMBAHAN TERBAIK - DAVID LUIZ

David Luiz beritahu yang dia akan lakukan yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan cara permainan Chelsea. Luiz akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Fulham pada 16 haribulan bersamaan pukul 4 pagi waktu Malaysia.

Bintang pertahanan ini tiba di Stamford Bridge bulan lepas dari Benfica dengan reputasi yang tinggi malah dengan rambut afronya. Namun, dia lebih mementingkan gaya permainan bola berbanding rambutnya.



"Saya memilih untuk simpan rambut sewaktu musim sejuk sebab di Portugal amat sejuk dan ia menjadi trademark di Lisbon. Saya tidak meniru Puyol atau orang lain. Saya harap peminat menyokong permainan saya, bukan gaya rambut." 

LOL 

DEBUT PERTAMA DAVID LUIZ

Carlo Ancelotti telah sahkan bahawa David Luiz akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Fulham pada Selasa, 4 pagi waktu Malaysia. David Luiz akan mengisi tempat Jose Bosingwa, manakala Ivanovic akan kembali ke posisi asal iaitu di bek kanan. Manakala untuk serangan pula, Ancelotti akan kekalkan orang sama semasa lawan Liverpool tempoh hari iaitu Anelka, Torres dan Drogba.

Pasukan: Cech, Ferreira, Bosingwa, Terry, Ivanovic, Luiz, Cole, Mikel, Essien, Lampard, Ramires, McEachran, Kalou, Malouda, Torres, Anelka, Drogba, Turnbull.

HIGHLIGHT UPDATED!! MATCHDAY 27


Aku dah update perlawanan semalam, budak rumah aku memang excited tengok gol gunting oleh Rooney yang diajar oleh aku. LOL
Related Posts with Thumbnails