28 February 2011

LIVE UPDATED!! ( Stoke City vs West Bromwich Albion ) 4.00 AM


Awal pagi esok ada satu game Premier League. Layan. =)

DROGBA MAHU TINGGALKAN CHELSEA

Nampaknya, selama ini Drogba terkilan akibat disisihkan. Terkini, Drogba bersumpah dia akan tinggalkan Chelsea jika dia diletakkan di bangku simpanan menentang Manchester United Rabu nanti. Erm, aku rasa untuk pertemuan menjelang Manchester United, Ancelotti akan turunkan trio penyerang Anelka, Torres & Drogba.

KTBFFH,

PERCATURAN MINDA JOHN TERRY TIDAK MENJADI ?

Sebelum ini John Terry cuba bermain mind game dengan otai game tersebut iaitu Sir Alex Ferguson. Terry beritahu bahawa Chelsea akan kacau perjalanan Manchester United. Ferguson yang dengar berita ini berkata :


 "Kamu mencuba. Kami berjaya. Ia bukan perkara yang mudah untuk bangkit dari deficit mata yang banyak. Pasukan yang paling konsisten akan menang liga dan itu perkara yang kami, Manchester United sedang lakukan."

Erm, jangan bermain api Ferguson. Kita tengok game Rabu nanti. =D

27 February 2011

LIVE UPDATED!! ( West Ham United vs Liverpool ) 9.30 PM


Jom layan game ni di LIVE!!. Sejak Suarez main, aku pun minat tengok permainan Liverpool.

BALIK KAMPUNG

YES!!! Bukan aku nak internet tu, tetapi hari ini aku akan pulang ke kampung halaman, Kota Bharu, Kelantan. Tiket bas aku pukul 10 pagi. Antara items yang aku mesti bawa balik :

  • Notebook
  • Kasut futsal

Lama tak main futsal dengan Airborne FC. Lepas ni bot akan buat kerja, aku tidur dalam bas. Macam biasa, aku dah update highlight untuk semua games semalam di Download Highlight!! =D 

MALOUDA DIEJEK ?

Siapa kata main bola sepak tiada masa depan? ;p Terbaru, Florent Malouda muncul di kem latihan Chelsea, Cobham bersama kereta barunya. Dia juga mencipta sejarah sebab menjadi orang pertama dalam skuad utama Chelsea memakai kereta berkuasa elektrik. Ramai orang mentertawakan Malouda. Malouda berkata :


"Mereka ketawakan saya. Namun apabila saya menerangkan kelebihan kereta sport ini yang mesra alam dan lebih senyap, mereka kagum. Dengan adanya kereta ini, cara pemanduan saya bertambah baik. Saya dapat rasakan sumbangan saya kepada alam sekitar. Sekarang, saya dah tak perlu risau lagi kenaikan harga minyak RON97."

Macam-macam Malouda ni. =D

ASHLEY COLE TEMBAK ORANG ?

Nampaknya, Ashley Cole sudah mempunyai hobi baru iaitu menembak manusia. Insiden ini berlaku pada Ahad lepas. Ashley Cole tertembak trainee student pulak tu. Lepas ni mesti student tak nak buat praktikal kat Cobham. Pada mulanya, Cole ingat rifles yang dia bawa ni tidak berpeluru, jadi dia bergurau dengan menembak pelajar itu. 

Akhirnya, gurauan membawa padah, pelajar tersebut mengalami pendarahan. Abramovich meminta polis menyiasat perkara ini. Apa pun, Ashley Cole tetap turun ketika menentang Copenhagen pada Rabu lepas. Pihak Chelsea serta Ashley Cole diminta elak daripada membuat sebarang komen sebab tak nak besarkan cerita.

HARIMAU MUDA VS CHELSEA

Berita terbaik dari ladang gandum. Chelsea bakal mengadakan Asian Tour 2011 pada Julai nanti. Yang paling bestnya, mereka akan singgah di Malaysia untuk mengadakan persiapan untuk perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda pada Khamis, 21 Julai 2011 di Stadium Bukit Jalil. 

Pada 24 Julai pula mereka akan menentang Thai Premier League All Stars di Stadium Kebangsaan Rajamangala, Thailand takkan di Papua New Guinea pula. ;p Untuk sebarang pertanyaan, tiket serta perubahan jadual, please check your local listing. Macam iklan WWE pula. =D

26 February 2011

LIVE UPDATED!! ( Wigan Athletic vs Manchester United ) 11.00 PM


Jom kita tengok persembahan Manchester United malam ini. Mampukah mereka bangun dari persembahan tadika ketika lawan Marseille tempoh hari? Layan di LIVE!! LOL ;p

INI BUKAN BLOG SKEMA

Kali ini entri aku bukan tentang bolasepak tetapi tentang cara penulisan blog footballcrazie ini. Sepanjang penulisan aku dalam footballcrazie, aku pernah dapat teguran dari blogger dan kenalan rapat aku termasuk adik perempuan aku sendiri, CT. CT berkata :


"Blog footballcrazie abe yo ni mace budok skema la. Lepah tu tulisan mace dalam surat kabar, sebutir-sebutir. Bakpo tok wak mace blog lain, siap ado kutuk-kutuk pasuke lain lagi? Tapi footballcrazie best sebab ado blako dan ringkas." [dialek kelate]


Maksud dalam bahasa ibunda :


"Blog footballcrazie abang yo ini macam budak skema lah. Tulisan pula macam dalam surat khabar. Kenapa tidak tulis macam blog lain, yang siap kutuk pasukan lain? Tetapi footballcrazie best sebab ada semua dan ringkas."

Tentang isu kutuk itu, aku ini jenis fans yang berbudi pekerti =p. Aku memang suka tak suka flaming dalam forum. Terutama dalam forum LowYat. Sebenarnya, aku buat begini sebab memudahkan pemahaman pembaca dari luar Malaysia seperti di Indonesia, United Kingdom, India, Belanda, Singapura, United State dan banyak lagi. Aku pun terkejut jugak tengok direct traffic aku datang dari luar negara. Uiii, dasyyyaaaaaaat!! Apa pun, terima kasih buat visitors sekalian yang sentiasa menyokong footballcrazie dari awal sehingga kini.

KTBFFH,

ASHLEY COLE MAHU TEBUS KESILAPAN

Ashley Cole bersumpah yang dia akan menebus kesilapan gagal menyempurnakan penalti ketika menentang Everton tempoh hari dengan membantu Chelsea julang trofi Champions League. Cole berkata :


"Saya pernah ke final dua kali dan dikalahkan dua kali dan ia satu perasaan yang tak senang. Harap musim ini akan berbeza. Saya amat terdesak untuk menang Champions League. Kini kami fokus untuk Champions League sebab kami tak pernah menjulangnya."

Insyaallah, musim ni dapat. =)

25 February 2011

MANCHESTER UNITED BUKAN KEBAL

John Terry mendakwa bahawa Manchester United tidak kebal dan mereka mungkin akan jatuh dalam saingan Premier League, satu tugas yang Chelsea mampu lakukan. Manchester United akan berkunjung ke Stamford Bridge pada Rabu, 3.45 pagi waktu Malaysia. Meskipun Chelsea dah tertinggal jauh 12 mata dibelakang Manchester United, Terry yakin Chelsea mampu kacau misi Red Devil untuk menang Premier League musim ini.

Kita tengok siapa yang kena Rabu depan. 

KTBFFH

CHELSEA BOLEH MENANG - MARADONA

Living legend Argentina, Diego Maradona akui yang Chelsea boleh menang Champions League musim ini. Beliau berpandapat bahawa perbelanjaan yang Chelsea lakukan ketika musim perpindahan bulan Januari akan membantu mereka untuk menang piala Eropah itu buat kali pertama. Beliau berkata :


"Real Madrid dan Barcelona mungkin akan ke final. Namun, kita tidak harus lupakan Chelsea. Mereka mempunyai pemain yang cukup bagus. Ini menjadikan mereka sebagai calon pilihan untuk Champions League musim ini."

 Minta-minta masin la mulut Maradona ini. Hehe ;p

KAMI TIDAK AKAN LEPASKAN STURRIDGE - ANCELOTTI

Ancelotti telah beritahu kepada Bolton Wanderers yang mereka tidak akan lepaskan Sturridge untuk berada di Bolton lebih lama. Sturridge, 21, telah meninggalkan impak yang besar terhadap kelab tersebut. Mana tidaknya, 3 gol dalam 3 game. Manager Bolton sebelum ini mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau mahu dapatkan Sturridge dengan harga £10 juta, namun ditolak oleh Ancelotti. Ancelotti berkata :


"Semua orang gembira dengan kejayaan Sturridge sebab dia merupakan pemain kami dan perform well. Saya harap dia boleh hasilkan lebih banyak gol kerana pada musim panas nanti dia akan pulang kepada Chelsea."

Nampaknya, Ancelotti dah ada perancangan untuk Sturridge musim depan. Mungkin bakal menggantikan Didier Drogba. =)

24 February 2011

ZHIRKOV MERAJUK

Yury Zhirkov beritahu kepada media yang dia mungkia akan consider untuk berpindah ke kelab lain jika gagal diturunkan oleh Ancelotti dalam skuad utama. Untuk musim ini, Zhirkov hanya bermain 5 kali untuk first eleven. Satu rekod yang amat dikesalinya. Zhirkov berkata :


"Target saya hanya untuk bermain dalam kesebelasan utama Chelsea. Jika berjaya, saya tidak akan jadi berpindah. Namun, jika sebaliknya berlaku, saya akan mula fikirkan untuk kemungkinan lain."

Bagus juga apa yang Zhirkov katakan itu. Dia ada kemahiran dan skill, namun peluang amat terbatas untuk dia beraksi di Chelsea. 

CHAMPIONS LEAGUE HIGHLIGHT

Aku dah update highlight perlawanan awal pagi tadi. Layan. =)

CARA CHELSEA LAYAN PEMAIN BARU

John Terry mendedahkan yang Fernando Torres agak panik apabila diminta menyanyikan lagu anthem Chelsea. Kalau korang nak tahu macam mana lagu anthem Chelsea, silalah tekan button play dekat bawah ini.





Torres terpaksa nyanyi lagu tersebut sebab itu merupakan cara Chelsea kenakan pemain baru ketika dalam perjalanan ke stadium pihak lawan. Terry berkata :


"Dia enggan. Namun dia terpaksa lakukannya."


Torres dinasihatkan agar tidak mengikuti jejak langkah Yossi Benayoun, dia tersilap nyanyi lagu 'You’ll Never Walk Alone' ketika diminta menyanyikan lagu anthem Chelsea ketika awal sertai Chelsea dahulu – dan kemudian Benayoun dibaling objek oleh skuad Chelsea yang lain! LOL ;p


KTBFFH

LIVE UPDATED!! ( Olympique Marseille vs Manchester United ) 3.45 AM


Macam mana performance Manchester United pula awal pagi esok? Jangan lupa saksikan game seteru utama Chelsea ini hanya di LIVE!!  Selain itu juga, terdapat satu game Premier League berlangsung awal pagi nanti iaitu Arsenal vs Stoke City. =p


KTBFFH

23 February 2011

LAGI PERMAINAN MINDA ARSENE WENGER

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali lagi cuba erm...menaikkan semangat Chelsea untuk tewaskan Manchester United. Terbaru, selepas Chelsea kalahkan Copenhagen, Wenger berkata :


"Chelsea bayar mahal untuk Torres. Sekarang, mereka lebih berbahaya. Gandingan trio Didier Drogba, Nicolas Anelka dan Torres akan menjelmakan mara bahaya yang amat dasyaaaaaaaaat."

Sebelum ini, aku pernah keluarkan entri tentang percaturan minda Wenger yang lain kat sini : PERCATURAN MINDA ARSENE WENGER ?

KTBFFH

ADA APA DENGAN FERNANDO TORRES?

Walaupun Torres tak score gol awal pagi tadi. Aku amat berbangga lihat aksinya didepan pintu gol lawan. Torres ibarat kucing cari pasangan mengawan. Mula-mula susah nak jumpa, dah jumpa asyik mengawan jer. LOL ;p . Boleh ke pakai peribahasa aku ni? Ada orang kat luar sana cakap-cakap yang Torres ini tak berbaloi, namun kita tunggu Chelsea vs Manchester United. Aku dapat rasakan bahawa Torres akan score. Erm, boleh pakai tak ramalan aku ini? We'll see. =)

KTBFFH,

CHELSEA ADA PENYERANG TERBAIK EROPAH

Carlo Ancelotti mendakwa Chelsea sudah mempunyai jentera serangan yang terbaik di Eropah apabila Anelka serta Torres mempamerkan aksi mantap aawal pagi tadi. Meskipun Torres tidak menjaringkan sebarang gol, Ancelotti berbangga dengan sumbangan Torres. Beliau berkata :


"Saya rasa kami dah ada pemain penyerang terbaik di Eropah. Mereka merupakan pemain yang mantap. Didier direhatkan kerana dia telah bermain 120 minit untuk FA Cup. Dia menerima keputusan saya. Aksi Torres pula amat bagus. Jelas memang ada kekecewaan sebab dia gagal jaringkan gol namun ia tidak penting. Kerjasama antara dia dan Anelka menjadi. Dia akan hasilkan gol ketika menentang Man Utd nanti."

Wah, hati-hati Man Utd. Lepas ini korang kena marking elok-elok Torres, Drogba dan Anelka. =)

TUMBANGKAN MANCHESTER UNITED

Carlo Ancelotti semalam gembira dengan kemenangan 0-2 ke atas Copenhagen. Hari bertambah baik buat Chelsea apabila Tottenham Hotspur tewas 3-1 ditangan Blackpool. Ini memberikan peluang kepada The Blues untuk mendaki tangga liga ke-4. Ancelotti berkata kepada para pemainnya :


"Sekarang masanya untuk kalahkan Manchester United. Kami tidak perlu bergembira dengan kekalahan Spurs, namun ia satu suntikan semangat buat kami. Sekarang, kami akan fokus kepada pertemuan lawan United dan akan mempamerkan aksi yang sama sebagaimana hari ini."

4-4-2. Nice. =)

HIGHLIGHT UPDATED!! CHAMPIONS LEAGUE & PREMIER LEAGUE

Aku dah updated highlight untuk games Champions League awal pagi tadi. Turut aku upload ialah highlight game Blackpool vs Tottenham Hotspur di Matchday 28. Cayalah, Blackpool menang. Ada peluang untuk Chelsea finish top 4. Apa lagi, silalah ke Download Highlight!!



KTBFFH,

22 February 2011

LIVE UPDATED!! ( Blackpool vs Tottenham Hotspur ) 4.00 AM


Jangan lupa bahawa awal pagi esok ada perlawanan Premier League. Silalah ke tab LIVE!!
Related Posts with Thumbnails