21 June 2011

DANIEL LEVY SEDIA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Chelsea berkemungkinan besar akan dikenakan potongan mata sekiranya berkeras untuk memburu dan mempengaruhi Luka Modric untuk sertai the Blues. Chairman Tottenham, Daniel Levy, kini bersedia untuk membuat laporan kepada badan induk Premier League. Beliau menuduh Chelsea cuba membuat pendekatan secara haram untuk memikat Modric. FYI, Chelsea memang mempunyai sejarah buruk dalam memikat pemain yang mereka mahu. Pada 2005, Chelsea didenda £300,000 dan potongan 3 mata sebab memikat Ashley Cole secara haram daripada Arsenal.

Pada 2009 pula, FIFA menjatuhkan hukuman tidak boleh membuat sebarang pertukaran pemain akibat mempengaruhi Gael Kakuta, juga secara haram. Namun, nasib baik denda itu ditarik balik atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, footballcrazie harap Chelsea turut menghormati kelab lain. =)
Comments
1 Comments

1 fOOtbaLLcRaziEr's:

Skype Crew said...

alah...pewwiiitt sket je, xkn xblh kot..hahaha...

Related Posts with Thumbnails