27 May 2011

PERGI TAK KEMBALI

Jose Mourinho secara terbuka beritahu bahawa beliau sama sekali tidak akan kembali ke Chelsea. Manager Real Madrid ini beritahu bahawa beliau tidak berminat untuk menggantikan kerusi panas yang ditinggalkan oleh Carlo Ancelotti. Ini mungkin membuatkan fans serta players Chelsea butthurt. Kenalan rapat Mourinho berkata :


"Jose akui bahawa Chelsea berada di hatinya dan suatu hari nanti mungkin beliau akan kembali. Masalahnya, sehingga kini tiada sebarang ikhtibar yang Chelsea pelajari sejak beliau dipecat. Mereka masih melakukan kesilapan yang sama berulang- kali."

Aku setuju kenyataan kawan Mourinho ini. Antara kesilapan yang aku sedar ialah :

  1. Chelsea memjual dan membeli pemain tanpa persetujuan manager.
  2. Memecat manager based on current performance, not overall contribution.

Erm, sampai bilakah Roman Abramovich akan sedar bahawa kejayaan tak boleh dibeli dengan wang ringgit pound sterling?


KTBFFH

DROGBA KEKAL, ANELKA DIJUAL

Nampaknya, hari masih lagi cerah buat Didier Drogba manakala mendung buat Anelka. Chelsea diberitakan akan membuat sambungan kontrak bersama Drogba untuk setahun lagi manakala Anelka mungkin akan dijual pada musim panas nanti. Mereka berdua memiliki chemistry yang cukup bagus, namun atas faktor usia dan kemasukan pemain baru, Anelka mungkin akan dijual. Inilah bolasepak, bila-bila masa boleh dijual beli. =)
Related Posts with Thumbnails