29 July 2011

MIKEL RASAI CABARAN

Midfielder Chelsea, John Obi Mikel telah rasai kehangatan yang akan mereka tempuhi pada musim 2011/2012 apabila banyak pasukan telah pun berbelanja besar. Beliau juga percaya bahawa perkara ini bakal menyukarkan mana-mana pasukan untuk bersaing nanti. Mikel berkata :


"Ia amat sukar untuk menang trofi pada musim depan. Saya rasa ia akan menjadi musim yang paling lasak untuk Chelsea tempuhi. Namun, Chelsea tidak akan mengalah dan akan turut sama berjuang."

Terbaik. Tak sabar footballcrazie nak tunggu Chelsea enter the transfer window. Kita tunggu dan lihat siapa pemain baru yang bakal Andre Villas-Boas serapkan untuk pasukan pilihannya nanti. ;)


KTBFFH

PEMAIN MANCISTER SITI BUTTHURT

Terkini, pemain senior MakEncik Siti, Nigel de Jong, Vincent Kompany dan Micah Richards nampaknya panas bontot apabila kelab kesayangan mereka itu enggan menawarkan gaji yang lumayan sebaris pemain bintang lain dekat sana. Bak kata ayat touching, mereka di anak tirikan. Mana tak nya, Aguero yang baru masuk tu dapat gaji setaraf dengan bintang utama di sana seperti Yaya Toure dan Carlos Tevez iaitu sebanyak £200,000 seminggu. Namun, untuk kontrak baru mereka ini, Company cuma dapat £80,000, de Jong dapat £65,000, manakala Richards pula dapat £100,000 seminggu. LOL. Moral of the story, korang nampak tak betapa Luca Modric lagi dibayar murah dekat Spurs? ;)

"KICK IT OUT" PUJI CHELSEA

Badan induk anti-perkauman bolasepak, "Kick It Out" memuji tindakan Chelsea untuk membuat aduan tentang sorakan yang berbau perkauman terhadap Yossi Benayoun. Ben10 di"boo" oleh fans yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan jelajah asia mereka di Malaysia. Pihak Chelsea telah pun menghantar surat kepada Malaysian Football Association atau lebih dikenali oleh FAM. Akibat nila setitik, rosak maggi semangkuk. Kesian dekat fans yang betul-betul datang untuk melihat aksi Chelsea. Diharap semua pihak mengambil ikhtibar daripada peristiwa ini. ;)


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails