17 September 2011

MANCHESTER UNITED LUPA DARATAN


Kenal tak siapa mamat dekat atas ni? Dia ialah Rene Meulensteen, coach di Man Utd. Awal bulan September, mamat ni mengeluarkan kenyataan bahawa Chelsea mempunyai pemain yang tua dan sudah tidak mampu bersaing dalam BPL. Dia mengambil contoh bagaimana skuad muda mereka berjaya menang besar untuk beberapa game sebelum ini. Malah menyifatkan tempo Chelsea tidak sehebat mereka. Persoalan yang footballcrazie nak timbulkan ialah adakah mamat ni dah nyanyuk bahawa mereka menang season lepas pun sebab adanya khidmat pemain tua seperti Van Der Sar, Scholes dan Giggs? Apa pun, diharap Chelsea akan memberi pengajaran berguna kepada coach Manchester United ni di Old Trafford tepat pukul 11.00 malam waktu Malaysia pada hari esok.


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails