07 May 2011

MAIN BOLA LAGI BEST DARIPADA SEKS ??

Tajuk kat atas itu bukan pendapat aku. LOL. Salomon Kalou beritahu bahawa bermain bolasepak untuk Chelsea adalah lebih bagus berbanding melakukan hubungan seks. Kalou berkata : 


"Saya budak baik. Saya tidak melakukan seks pada hari sebelum game Chelsea. Jika ditanya mana satu saya utamakan? Semestinya bolasepak. Ia adalah kepuasan selama 90 minit berbanding kepuasan seks. Namun ia bergantung kepada jumlah jaringan dan jadual perlawanan."

Macam-macam Kalou ni. Erm, jika sehari sebelum game tak lakukan seks, macam mana baki 5 hari lagi? Mestilah pergi training. Apalah korang ni, otak kuning macam kumpulan Balas, Maharaja Lawak. LOL  =p

LIVE UPDATED!! ( Everton vs Manchester City ) 10.00 PM


Jangan lupa menonton game pilihan footballcrazie malam nanti hanya di LIVE!!. Macam aku tengok liverscore sahaja sebab nak study untuk paper esok. =D

KALAH = KELUAR

Jika Chelsea kalah game penting malam esok, Ancelotti berkemungkinan dipecat untuk musim ini dan Roman Abramovich bakal mencari pengganti coach ke-7 dalam masa 8 tahun. Satu rekod yang belum pernah dilakukan mana-mana kelab. Meskipun Chelsea bangkit dari ketinggalan 15 mata kepada 3 mata kepada Manchester United, itu semua tidak memberi sebarang makna jika Chelsea kalah di Old Trafford esok. 

Setakat ini, Chelsea hanya tercicir 2 mata dalam 9 game manakala Manchester United pula dah kerugian 11 mata. Namun, jika tewas malam esok, fans Chelsea mungkin sudah boleh ucapkan selamat tinggal kepada Carlo Ancelotti. It's hard, but you must accepted it.. Apapun, Chelsea harus kembalikan maruah mereka untuk game malam esok pada pukul 11.10 malam.

MAGIK BERMULA

Adakah Carlo Ancelotti bakal meneruskan magiknya untuk game malam esok? Aku harap dengan anugerah Manager of April yang beliau dapat bakal memberi sokongan mental kepada Ancelotti di saat-saat kritikal ini. Tatkala Ancelotti lebih suka berdiam diri. Alex Ferguson pula asyik minta pengadil bertindak adil. LOL. Apa pun, kita tunggu game malam esok. Ancelotti sendiri tidak percaya Chelsea mampu merapatkan jurang sebegini rapat dengan Manchester United. Beliau berkata :

"Saya rasa musim ini agak berbeza. Siapa sangka kita mampu bersaing serapat ini. Jika kami menang, ia merupakan saat yang amat manis."


Memang manis la. Daripada 15 mata kepada 3 mata. Aku sendiri tidak percaya. 


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails