26 May 2010

PERTUKARAN YG BAKAL TERJADI ??

Ok, nama2 aku sebut ni x confirm 100%. Ape pun, tunggu dan lihat jer la. Ni sbb khabar angin dtg dari pelbagai sudut, kiri, kanan, atas, bawah. So, meh kita layan statistik ini. hehe ;p

Yang Merepek-repek cam kerepek :

JOSE MOURINHO PERLUKAN £50 JUTA


Jose Mourinho bgtau Real Madrid utk sediakan £50  juta sbb nk dapatkan Michael Essien dan Ashley Cole setelah x dpt pancing Lampard. Mourinho telah berbincang ngn Real pada hari Isnin lepas dan dijangka akan diumumkan jawatan sbgi bos Real Madrid minggu depan. Mourinho dilaporkan akan mintak £100 juta utk buat perpindahan baru. Minat Jose terhadap Ashley Cole mmg dah terserlah dan bidaan £25 juta telah disediakan. Tetapi, Jose nk sorng lagi iaitu Essien.

£28 JUTA UTK EDIN DZEKO


Chelsea dikatakan tgh ushar mamat ni ngn harga £28 juta. Ancelotti harap Chelsea leh mng utk dapatkan Edin Dzeko, 24, berbanding AC Milan . Bos Chelsea, Carlo Ancelotti dilaporkan telah masuk pertandingan lam membida penyerang prolifik Wolfsburg iaitu Edin Dzeko.Walaupun Wolfsburg duduk ympt ke-8 pada musim ini, namun mamat ni adalah penjaring gol terbanyak Bundesliga. Khabar angin mengatakan bahawa pemain dari Bosnia ini akan blah sbb Wolfsburg dapat pengurus baru iaitu Steve McClaren.

Chelsea dikatakan akan mencari pemain penyerang yg baru utk persediaan jangka masa panjang krn Drogba, 32, serta Anelka, 31, bakal bersara 2-3 thn nnti. Edin Dzeko yg bernilai £28 juta ni adalah seorng finisher yg bagus baik bola atas padang atau di udara. Aku lagi prefer mamat ni dari Sergio Aguero. hehehe ;p

BALLACK BERSEDIA UTK KONTRAK BARU


Michael Ballack mendedahkan yg beliau dah bersedia utk pertimbangkan masa depan dia kt Chelsea dgn tandatangan kontrak baru. Kapten Jerman ini dah bleh blah jika mahu sbb kontrak dah abis setelah gagal capai kata sepakat ngn Roman Abramovich. Bgaimana pun, Ballack pertimbangkan balik permintaan beliau apabila kelab telah tunjukkan sokongan padu kt dia. "Saya fikir saya akan kekal di Chelsea. Lagi pun, Ancelotti selalu letak harapan kt saya", tambah Ballack.

Bagi footballcrazie, mamat ni mmg garang dan slalu cetus provokasi. Tapi aku suke. hehehe Biar pemain lawan gentar ckit. LOL

£25 JUTA UTK YAYA TOURE


Barcelona nk Chelsea bayar £25 juta jika nk Yaya Toure, 27, musim depan. Pemain kebangsaan Ivory Coast ini akan blah dari Barcelona musim ni dan agen dia bgtau Chelsea adalah kelab yg sesuai utk dia bermain. Chelsea sblum ni telah bida Yaya dgn harga £17 juta namun Barcelona bgtau nk lam lingkungan £25-30 juta.
Toure tanda tangan kontrak baru ngn Barcelona musim lepas tapi Pep Guardiola x bleh bg jaminan utk beliau lam first eleven.

Barcelona dikatakan nk simpan Yaya, namun atas sebab permintaan mamat ni, Barcelona mungkin akan lepaskan Yaya jika tawaran yg berpatutan datang. Chelsea skrng pun dah mantap klu ada Essien, ni kan pula jika mamat ni datang. hehehe

MALOUDA BG AMARAN KT MAN UTD


Pemain sayap Chelsea, Florent Malouda bg amaran kt Man Utd bhawa Chelsea dah mula era baru dan akan terus meningkat utk thn dpn. Walaupun hanya menang lebih 1 mata dari Man Utd, Chelsea berjaya ngn membelasah Wigan 8-0. The Blues juga menang FA Cup 1-0 menentang Portsmouth lantas mencipta sejarah kelab dlm 105 thn bru leh wat gini. hehehe. Malouda gak bgtau yg Chelsea akan terus jadi kuasa besar lam BPL utk thn mendatang dan percaya yg keyakinan yg tinggi akan membantu mereka. Malouda gak harap pasni Chelsea akan bagi saingan baru yg lebih dominan. =)

BENAYOUN HAMPIRI STAMFORD BRIDGE


Midfielder Liverpool, Yossi Benayoun telah wat kejutan apabila bgtau kt media yg dia nk kluar dari Liverpool utk ke Chelsea. "Ancelotti mahukan saya utk musim depan dan sekarang terserah kpd Liverpool. Chelsea kena bayar £6 juta utk saya dan yg pasti saya akan berpindah ke sana", kata mamat Israel ini. Sumber dari Soccernet bgtau yg Yossi ni jenis pemain yg nak bermain utk setiap perlawanan. Jika dia tidak diturunkan, dia akan blah dari pasukan tersebut dan jika dia selalu diturunkan, dia akan kekal di kelab. Dia juga selalu berubah fikiran sbb kejap jadi first eleven, jap x. hehehe
Related Posts with Thumbnails