12 June 2011

ANCELOTTI MAKAN GAJI BUTA

FYI, Carlo Ancelotti terpaksa bersabar untuk 12 bulan sebelum membuat keputusan untuk membimbing mana-mana kelab Premier League. Ini kerana, Chelsea telah pun membuat persetujuaan dengan beliau dengan nilai pampasan sebanyak £6 juta. Perkara yang sama turut dilakukan oleh Chelsea semasa Jose Mourinho dipecat pada 2007. Ancelotti berkata :


"Duit itu bakal dilaburkan ke dalam Lembaga Tabung Haji Malaysia. Saya juga akan gunakan masa terluang selama 12 bulan ini untuk menonton Maharaja Lawak bersama seisi keluarga."


Terbaik. Erm, Roman Abramovich pun takut Ancelotti buat comeback dengan pasukan lain. =)

DROGBA KAHWIN SELEPAS FA CUP MALAYSIA

Setelah lama bertunang dengan kekasih gelapnya, Lalla Diakite, Drogba memilih hari ini untuk berkahwin dengan ibu kepada 3 orang anak mereka. Persandingan ini bakal berlangsung di Monaco, Perancis. Ditanya kenapa beliau memilih hari ini untuk berkahwin, Drogba berkata :


"Awalnya saya ingin memilih hari semalam [Sabtu], namun saya takut perlawanan final FA cup di antara Terengganu vs Kelantan bakal over-shadowed hari penting ini. Jadi, saya rasa elok saya lakukan majlis ini keesokan harinya [Ahad]."

 Apa pun, tahniah buat Didier Drogba. Semoga berbahagia ke cucu la sebab anak dah ada. LOL

GUUS HIDDINK NAFI LAPORAN MEDIA

Guus Hiddink menafikan sekeras-kerasnya rumours tentang beliau meminta Chelsea mendapatkan Wesley Sneijder. Beberapa hari selepas itu, Sneijder mengeluarkan kenyataan media bahawa dia mahu kekal di Inter Milan. Hiddink turut berkata bahawa beliau tidak berbincang dengan Chelsea berhubung mana-mana pembelian pemain baru. Hiddink berkata :



"Saya tidak berhubung dengan Chelsea dalam beberapa minggu ini. Mana mungkin saya meminta Chelsea mendapatkan Wesley Sneijder? Saya mempunyai calon pemain pilihan saya sendiri iaitu Nurul Azwan Roya dari Kelantan."


Erm, banyak bebenor rumours yang media manipulate untuk melariskan akhbar mereka. Lepas ini, aku post players transfer yang betul-betul confirm jer la. =D
Related Posts with Thumbnails