09 August 2011

TRANSFER RUMOURS MINGGU INI


Minggu ini, Chelsea dilaporkan akan cuba mendapatkan winger Porto yang membantu Uruguay menang Copa America 2011 iaitu Alvaro Pereira. Ini kerana AVB mahu menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Yuri Zhirkov yang berhijrah ke Anzhi Makhachkala minggu lepas dengan harga £13 juta. Chelsea akan cuba membida mamat ni dengan harga £25 juta. 

Dalam masa yang sama, Romelu Lukaku telah pun tiba di London semalam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Cobham. Nilai Lukaku ialah sebanyak £20 juta iaitu dengan kontrak selama lima tahun. Paling best, keluarga Lukaku mendapat 25% daripada nilai tersebut. Dapat duit raya. LOL

Sementara itu, Chelsea juga akan membida Luca Modric buat kali terakhir dengan nilai £30 juta setelah tawaran sebanyak £22 juta dan £27 juta ditolak oleh Tottenham Hotspur. Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku sebelum jendela perpindahan ini ditutup pada 31 Ogos 2011.


KTBFFH

Related Posts with Thumbnails