05 July 2011

LINK EXCHANGE

Sesiapa yang berminat nak tukar link, silalah komen yer. Letak link sekali dengan title untuk blog masing-masing. FYI, footballcrazie ini blog biasa. Tak la segempak yang korang semua fikirkan. Unique visitors hanyalah 20 ~ 30 orang sehari. Usop, Hantu Kak Limah Balik Rumah berkata :

 
"Nampak sangat menipu.."


Terima kasih buat pengunjung setia footballcrazie. =) Entri baru kat bawah ye...
 

PATRIOTIK BETUL MINAH INI

Model Paraguay yang famous semasa World Cup 2010, Larissa Riquelme, 26, kembali menghangatkan suasana apabila berjanji untuk bergambar telanjang bulat jika pasukan negaranya menang Copa America. Pergh, sanggup  gadai maruah demi negara tu. Patriotik betul. LOL. Namun, tugas getir menanti skuad Paraguay apabila terpaksa berdepan dengan Brazil pada 10/7/2011 nanti. Footballcrazie rasa jika Paraguay menang lawan Brazil, mungkin sebab para pemain teruja dengan janji manis minah ni. Apakah janji rakyat Malaysia jika kita layak ke Piala Dunia 2014? =)


p/s: 98% lelaki hilang fokus kerana melihat gambar di atas manakala 2% lagi tidak mengalami apa-apa simptom sebab gay. GOTCHA!!

FLOMO MAHU KEKAL DI CHELSEA

Florent Malouda atau nama manjanya 'Flomo' beritahu bahawa dia tidak berhasrat untuk berpindah ke kelab lain memandangkan dia mempunyai hubungan yang baik bersama Andre Villas-Boas. Kalau nak diikutkan, kontrak Flomo akan tamat pada 2013 namun dia meletakkan target untuk berada di Stamford Bridge sehingga 2014. Kalau nak diikutkan, musim 2009/10, mamat ni perform gila. Season lepas merudum habis. Footballcrazie tak salahkan dia sebab satu pasukan down. Footballcrazie harap Chelsea dapat mengembalikan corak permainan yang menarik pada 16/7/2011 menentang Portsmouth nanti. Flomo sertai Chelsea pada 2007 dan telah membuat 184 appearances untuk the Blues dengan menjaringkan 42 gol. Namun, jika Chelsea mahu menjual Flomo, kelab-kelab seperti Juventus dan Inter Milan sudi membuka pintu untuknya.


KTBFFH

ASHLEY COLE - CHERYL COLE RUJUK SEMULA

Setelah sembila bulan si Ashley Cole, 31, hidup bujang dan puas berparti, akhirnya dia menyatakan hasrat untuk merujuk kembali jandanya, Cheryl Cole, 28. Pengumuman penting ini dibuat oleh Ashley ketika menyambut birthday party ke-28 Cheryl pada Jumaat lepas. Cole berkata :


"Saya akan mengahwini Cheryl kembali. Itu yang kami berdua mahukan."


Terbaiklah, Ashley Cole dah dapat sokongan moral balik. Sebelum ini dia memang dikenali sebagai imej bad boys. Diharap keputusan ini bakal meningkatkan lagi prestasinya pada musim depan.


KTBFFH

LIVE UPDATED!! ( Uruguay vs Peru ) 6:15 AM

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan pertama kumpulan C, Copa Amerika awal pagi ini hanya di LIVE!!  Jom tengok aksi Luis Suarez. Selepas itu pada pukul 8.45 pagi, ada game Chile vs Mexico. Terbaik gak ni. Boleh tengok performance Alexis Sanchez dengan Chicharoti. LOL. ;p
Related Posts with Thumbnails